Thursday, July 5, 2012

Stress..dan penyebabnya.


Apakah yang anda faham dengan perkataan  stress?
Stress merupakan tekanan kepada mental yang akan mengakibatkan perubahan tingkahlaku jika ia tidak diurus dengan betul.Stress merupakan sesuatu keadaan yang normal kepada manusia tidak kira siapa anda sama ada pelajar,pekerja profesional ataupun buruh.Stress biasa berlaku kepada semua orang . Sebanyak 85% dari mereka yang datang berjumpa doktor mengakui mereka mengalami stress/tekanan. Apabila anda selalu mengalami stress/tekanan anda berkemungkinan besar akan mengalami sakit kepala, ulsers, insomnia (sukar tidur), keletihan, hipertension, sakit bahu dan pelbagai jenis sakit yang disebabkan stress. Dalam kehidupan seharian, kita mengalami seribu macam keadaan di mana jantung kita berdegup dengan kuat, badan (terutama bahagian tangan) terasa sejuk, berpeluh dan otot menjadi tegang.

Punca-punca Stress

Sebenarnya gaya hidup kita boleh menyebabkan kita sentiasa berada di dalam keadaan stress. Kebanyakan dari kita telah dilatih semenjak kita kecil lagi untuk bertindak pada tahap yang sebaik-baiknya.
Bila kita tidak mencapai apa yang diharapkan maka kita akan kecewa. Semua ini mendatangkan tekanan kepada kita. Kebanyakan daripada kita akan bertindak kepada sistem otot-otot lebih daripada sistem-sistem yang lain.
Contohnya apabila kita teringat tugasan yang diberikan kepada kita oleh pensyarah bila kita bangun pagi kita akan merasa sengal-sengal badan. Jika usaha-usaha kita pada hari itu menghadapi kesulitan (umpamanya kita gagal mendapat buku yang kita cari di perpustakaan) ketegangan kepada otot-otot kita akan menjadi lebih ketara. Biasanya kita memerlukan 20 minit untuk mengendurkan otot-otot kita.
Tindakan kita terhadap rangsangan-rangsangan kepada diri kita secara yang disebutkan tadi menyebabkan tiada ruang masa untuk otot-otot kita untuk kendur.("paste" dari blog saudara Zul)

Bagaimana untuk mengatasi keadaan ini?

(a) Riadah

Sukan dan riadah merupakan satu keperluan di dalam hidup manusia. Dengan bersukan badan menjadi sihat. Fizikal menjadi lebih mantap, pernafasan menjadi lebih baik. Apabila kita beriadah kita menjadi lebih segar dan tenteram. Apabila kita beriadah bersama rakan-rakan kita selalunya merasa gembira dan hubungan sesama kawan-kawan dapat megurangkan stress.

(b) Hargai Diri Sendiri

Penghargaan selalu diberikan oleh guru kepada pelajar-pelajarnya demi menaikkan semangat untuk terus belajar. Ia seolah-olah satu suntikan kepada mereka untuk terus berusaha.
Begitu juga keadaannya dengan diri kita. Setiap tindakan yang baik yang kita lakukan, kita sendiri yang memberikan penghargaan tersebut. Ganjaran diri ini dilakukan dengan menyatakan bahawa kita juga mempunyai bakat dan potensi yang cemerlang, kerana itulah kita berhak cemerlang. Sehubungan itu ia dapat mengurangkan stress dalam diri.

(c) Percakapan diri yang membina

Percakapan diri membawa maksud kita bercakap di dalam diri iaitu menggunakan komunikasi intrapersonal. Kita boleh melakukannya. Tentu ada rahsia disebalik kejayaan tersebut. Dengan kemahiran pendidikan serta pengetahuan yang ada pada kita, kita dapat melakukan sebagaimana orang yang telah berjaya dapat melakukannya. Jika ini dilaksanakan kita sudah ada jalan keluar dari kongkongan stress. Ini mengelakkkan kita daripada hanya mempunyai impian tanpa ada apa-apa tindakan atau daya juang. Percakapan diri boleh membantu diri kita.

(d) Kerja kemasyarakatan dan kebajikan

Manusia saling berhubung dengan insan yang lain. Kerja-kerja kemasyarakatan dan berbentuk kebajikan perlu dilaksanakan untuk mengurus stress. Jika sekarang kita lihat badan-badan bukan kerajaan yang berperanan membina kumpulan masyarakat yang bahagia. Bagi pelajar aktiviti badan beruniform adalah satu kaedah terbaik mengurus stress. Kita juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti amal sama ada di dalam kawasan sekolah atau luar sekolah. Sumbangan kepada sekolah misalnya dapat membawa implikasi yang besar dalam hidup pelajar.

(e) Penulisan

Bagi individu yang merasakan bahawa mereka tidak cenderung untuk memasuki badan-badan beruniform dan kecemerlangan mereka adalah dengan puisi, sajak, cerpen dan sebagainya. Maka kaedah yang terbaik untuk mengurus stress ialah dengan melaksanakan aktiviti penulisan. Ekspresikan segala apa yang terbuku dalam perasaan kepada bentuk penulisan. Luahkan perasaan yang terpendam dalam bentuk yang lebih kreatif dan dinamik. Kaedah penulisan ini sememangnya membawa erti yang besar iaitu membina bakat dan potensi kita. Dengan itu kita dapat mengurus stress dalam corak yang lebih baik.

(f) Humor

Jenaka atau humor adalah perkara yang lumrah dalam masyarakat kita. Sesekali manusia perlu berjenaka. Rasulullah s.a.w selalu berjenaka dengan isteri-isterinya. Ini adalah fitrah manusia yang suka kepada jenaka dengan baik dan mengikut lunas-lunas agama, budaya dan norma masyarakat. Jenaka ini adalah bertujuan untuk menghilangkan masalah yang mana masalah itu merupakan rentetan dari stress yang timbul. Jenaka atau humor juga boleh menyebabkan kita ketawa.Ketawa mampu mengurangkan ketidakseimbangan emosi yang kita hadapi.
(g) Ketenangan ( Bebaskan Diri )

Setiap pelajar perlukan ketenangan dalam hal-hal tertentu. Ketenangan perlu dicari. Kaedah yang dimaksudkan ini ialah apabila kita berada dalam keadaan stress, maka carilah tempat yang jauh dari kebisingan dan orang ramai dan di tempat itu melaunglah sekuat hati dan sepuas-puasnya tentang apa-apa yang mahu dilaungkan sebagi contoh 'Ah... ... ..'. Namun begitu laungan tersebut jangan hingga melanggar batas-batas agama dan norma masyarakat. Laungan ini sebenarnya dapat membebaskan ketegangan yang terkumpul di dalam diri.

(h) Meninjau orang yang kurang bernasib baik

Keinginan manusia yang tinggi seperti yang disebutkan di dalam penyebab stress sering berlaku. Antara keinginan yang tinggi ini ialah seperti untuk lebih daripada orang lain. Oleh itu dalam keadaan-keadaan tertentu adalah lebih baik kita merenung sejenak dan meninjau golongan yang lebih miskin dan susah daripada kita. Penelitian dan pemerhatian seumpama ini sekurang-kurangnya dapat menyedarkan kita bahawa kita sebenarnya lebih bernasib baik dan lebih beruntung daripada mereka tersebut. Hal ini juga dapat memberikan ketenangan tentang pentingnya bersyukur.

Secara keseluruhannya pemahaman tentang stress yang sering mendatangi kita adalah penting. Apabila kita faham tentang faktor-faktor yang menyebabkan stress dan bagaimana pula untuk mengurus stress, ia dapat memberikan kita celik akal bagaimana kedudukan kita sebagai pelajar. Jika kita berada dalam keadaan stress, apabila menghadapi peperiksaan, maka laksanakanlah cara-cara mengurus stress dengan baik.


TEKNIK ATASI STRESS
(a) Bertemu profesional seperti kaunselor
(b) Alih pandangan kepada keadaan yang releks
(c) Gunakan teknik meditasi /yoga
(d) Laksanakan latihan fizikal - Jalan 15 minit
(e) Menyusun keutamaan tugas -yang penting mula dahulu
(f) Luahkan perasaan ke dalam diari/ cakap dalam pita rakaman
(g) Dapat sokongan emosi dari orang lain
(h) Latihan pernafasan dalam
(i) Mengurus masa dengan baik
(j) Mandi dalam air suam -seeloknya berendam dalam tab mandi
(k) Teknik besarkan situasi ke tahap tak masuk akal
(l) Melihat dari segi positif walau perkara yang sangat teruk
(m) Menguasai kehidupan anda - menyelesaikan masalah
(n) Terapkan semula matlamat yang realistik
(o) Ingat peranan anda di dunia-sebagai hamba Allah yang hanya sementara di dunia ini

No comments:

Post a Comment

HOT NEWS