Thursday, July 5, 2012

HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak


TOPIK 1 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK
1.1 KANAK-KANAK DAN SENI VISUAL
Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta
berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran
mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai
alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanakkanak.
1.2 KEPENTINGAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL KEPADA KANAK-KANAK
(a) Aspek Kognitif
Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat
melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan
menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak
membuat keputusan.
(b) Aspek Fizikal
Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan
berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan
serta mata.
(c) Aspek Kreativiti
Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid
untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek
di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding
dengan hasilan akhir.
(d) Aspek Persepsi
murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan
pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni,
produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.
(e) Aspek Sosial dan Emosi
Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial
selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni
juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti
berkumpulan yang dibentuk.
1.3 KANAK-KANAK DAN SENI LUKIS
(a) Melukis sebagai Medium Komunikasi
Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum
mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan
yang berkesan untuk berinteraksi.
(b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri
Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan
kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat
meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan
otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi
kanak-kanak.
(c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self
Esteem)
Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak
dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam
bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman
mereka.Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan
daya sensitiviti pancaindera.
1.4 PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK
1.4.1 Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day
(a) Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4
Tahun)
kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan.
Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak
terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan
menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon,
pensil serta bahan-bahan lain.
-tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan
garisan bagi menggambarkan sesuatu imej.
-terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif
iaitu contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal,
contengan rupa terkawal dan contengan rupa.
(b) Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun)
kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol. Pada
peringkat ini, kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan
sekelilingnya.
(c) Pra-Remaja (10-13 Tahun)
Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul
Lukisan figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz
sebenar objek.
1.4.2 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld
dan Britain
(a) Peringkat Scribbling (2-4 Tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara
rawak dan tidak terkawal. mereka mula melukis dari peringkat
contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada
melukis bulatan.
(b) Peringkat Preschematic (4-7 Tahun)
Peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan
pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan
menggunakan garisan.
(c) Peringkat Schematic (7-9 Tahun)
Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu.
Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam
imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di
sekelilingnya. lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan
berskala besar.
(d) Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 Tahun)
kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema
tertentu. imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan
mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan
sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula
membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini
menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta
menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan.
(e) Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 Tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik
di dalam menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep
kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar untuk
melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek
di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi.
(f) Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High
School (14-17 Tahun)
Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses
penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini
memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan
pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya
seni.
1.4.3 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Georges-
Henri Luquet
(a) Peringkat Fortuitous Realism
Peringkat ini ialah peringkat awal lukisan kanak-kanak di mana
imejan yang cuba dihasilkan pada peringkat contengan telah
membentuk imej dan objek yang hampir sama dengan objek
sebenar.
(b) Peringkat Failed Realism
Imej yang diperolehi secara tidak sengaja diperbaiki dan diperhalusi
bagi mendapatkan imej sebenar. Lukisan yang hampir sama
dihasilkan berulang kali.
(c) Peringkat Intelectual Realism
Pada peringkat ini kanak-kanak mula melukis mengikut apa yang
mereka tahu dan apa yang mereka lihat. Bentuk lukisan yang lebih
ringkas namun dilukis dengan agak baik.
(d) Peringkat Visual Realism
Melukis imej yang mempunyai perspektif dan kadar banding.
Percubaan untuk melukis imej 3 dimensi di atas kertas lukisan dapat
dilihat pada peringkat ini dan percubaan melukis imej secara 3
dimensi dianggap satu kejayaan dan pencapaian baik.
1.5 KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK
(a) Untuk Bergerak, Berjaya dan Diiktiraf, Diterima dan Disanjung
(hasil karya di[uji,dipamerkan)
(b) Untuk Bersaing, Ketangkasan Fizikal dan Memahami
(pertandingan)
(c) Untuk Meneroka, Pencapaian Kreatif dan Meluahkan Perasaan
(beri peluang meneroka dan bereksperimentasi.


 <!-- nuffnang -->
<script type="text/javascript">
    nuffnang_bid = "556c52197744506403c55f53717d4d76";
    document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" );
    (function() {  
        var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript';  
        nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js';  
        var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling);
    })();
</script>
<!-- nuffnang-->





TOPIK 2 TEORI-TEORI DALAM SENI
2.1 DEFINISI SENI
Seni boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada
ekspresi diri, penilaian yang menentukan elemen-elemen yang
wajar diketengahkan di dalam hasil seni, di dalam menyampaikan
idea, emosi, perasaan, kepercayaan di dalam bentuk yang
difikirkan paling efektif.
2.2 CIRI-CIRI PERKEMBANGAN
Pergerakan estetik awal kanak-kanak mempunyai kaitan langsung
dengan emosi mereka kerana resepsi deria yang mengeluarkan
isyarat tersebut selalunya mempunyai hubungan terus dengan
bahagian otak yang merangsang emosi.
2.3 PERKEMBANGAN ESTETIK
Luahan estetik kanak-kanak amat berbeza dengan pergerakan
badan yang biasa. Di dalam kehidupan seharian, kita berkomunikasi
secara verbal ataupun bukan verbal. Komunikasi bukan verbal
melibatkan pergerakan tangan, memek muka, pandangan mata
dan pergerakan bahagian badan yang lain. Pergerakan estetik pula
menjurus kepada isyarat virtual. Isyarat virtual ini merupakan
jendela kepada emosi dalaman kanak-kanak dan juga jiwa dan
pemikiran mereka.
2.4 PERKEMBANGAN ARTISTIK
(a) Faktor sosioekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas
dalam peringkat awal pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak
lelaki dan perempuan didapati melukis dengan cara yang sama di
peringkat awal pertumbuhan.
(b) Lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat
tentang perkembangan mereka daripada catan kerana ianya
menggunakan krayon, pensil dan pen. Alatan ini lebih mudah
dikawal oleh kanak-kanak daripada berus dan warna.
(c) Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkatperingkat
perkembangan. Lukisan kanak-kanak mungkin
mempunyai elemen dua peringkat serentak dan tidak semestinya
elemen satu peringkat perkembangan sahaja.
2.5 TEORI-TEORI KOGNITIF
2.5.1 Teori Gestalt- Prinsip asas teori ini menitikberatkan
keseluruhan daripada sebahagian. Dalam erti kata lain, melihat
sesuatu objek secara keseluruhan (contohnya rumah) memberi
makna yang lebih mendalam daripada melihat komponenkomponen
individu (tiang, lantai, dinding, pintu, tangga). Proses
melihat secara keseluruhan melibatkan proses kognitif – minda
membuat anjakan daripada memahami setiap komponen dalam
menghasilkan makna daripada pandangan yang menyeluruh.
Hukum-hukum Teori Gestalt
(a) Hukum Pragnanz
Hukum Pragnanz menyatakan bahawa apabila individu berhadapan
dengan pengalaman yang baru, persepsi individu tersebut adalah
tidak teratur.
(b) Hukum Persamaan (Similarity)
Konsep hukum persamaan adalah lebih mudah untuk difahami.
Individu akan lebih cenderung untuk mengklasifikasikan rangsangan
yang mempunyai persamaan di dalam kumpulan yang sama.
(c) Hukum Keintiman (Proximity)
Mengikut hukum keintiman, pengklasifikasian setiap rangsangan
adalah berdasarkan elemen jarak dan hubungan. Rangsanganrangsangan
yang mempunyai hubung kait di antara satu sama lain
akan diletakkan di dalam kumpulan yang sama.
(d) Hukum Lengkap (Closure)
Hukum lengkap menganjurkan bahawa individu cenderung untuk
meletakkan rangsangan yang telah lengkap di dalam kumpulan
yang sama.
(e) Hukum Kesinambungan Positif (Good Continuation)
Hukum ini menyatakan bahawa sifat sesuatu rangsangan tidak akan
berubah, dan pada masa yang akan datang sifat yang sama akan
dikekalkan. Contohnya, garis yang lurus dilihat sebagai akan tetap
lurus pada masa yang akan datang dan tidak akan berubah sifatnya.
(f) Hukum Ciri-ciri Bahagian (Membership Character)
Di dalam hukum ini, individu akan mentafsir sesuatu berdasarkan
pandangan mereka secara keseluruhan terhadap sesuatu objek
tersebut, dan bukannya melihat setiap bahagian daripada
keseluruhan objek tersebut.
- Teori Gestalt juga
mempunyai hubungan yang rapat dengan pandangan konstruktivis
dan banyak diaplikasikan di dalam kaedah penyelesaian masalah.
- Di dalam konteks pembelajaran seni visual, teori Gestalt bukan
sahaja melihat kepada produk atau hasil kerja tetapi memberikan
penekanan yang tinggi ke atas proses penghasilan produk itu
sendiri.
2.5.2 Teori Sosial-Interaksi Piaget(ahli epistemologi genetik di
dalam bidang biologi dan falsafah.)
-Piaget merumuskan bahawa kanak-kanak kecil bukanlah tidak
mempunyai kapasiti untuk berfikir, cuma kanak-kanak dewasa
mempunyai lebih pengalaman yang mengasah minda mereka.
Jawapan kanak-kanak kecil berbeza daripada kanak-kanak dewasa
kerana cara berfikir mereka yang berbeza.
- prinsip penyelidikan biologinya :
(a) Penyerapan (Assimilation) dan Ubahsuai (Accommodation)
Piaget menjelaskan dua proses yang digunakan oleh individu
sepanjang hayat dalam menyesuaikan diri mereka dengan
persekitaran, iaitu asimilasi (assimilation) dan akomodasi
(accommodation). Kedua-dua proses ini sentiasa berlaku dalam diri
individu dan sentiasa menimbulkan ketegangan yang memerlukan penyelesaian. Hasil daripada penyelesaian kepada ketegangan ini akan mempengaruhi perkembangan kognitif.
(b) Refleksi, Skema, Struktur dan Hierarki
Piaget juga mengemukakan hipotesis bahawa setiap bayi dilahirkan
dengan skema fungsi yang dikenali sebagai refleksi. Refleksi pada
bayi ini berfungsi dalam membantu menyesuaikan diri dengan
persekitaran yang baru (daripada dunia janin ke dunia sebenar).
Apabila bayi mula biasa dengan persekitaran yang baru, refleksi ini
akan digantikan dengan skema tersusun.
Perkembangan Kebolehan Kognitif
(a) Peringkat Deria-Pergerakan (0-2 Tahun)
Kanak-kanak masih belum dapat menguasai simbol ataupun bahasa
untuk menamakan objek di sekitarnya. Satu-satunya cara interaksi
dengan persekitaran ialah melalui kesan deria dan gerak-gerinya.
Apabila umur bayi meningkat 10 bulan, bayi tersebut mula
memahami konsep ‘kekal’ (permanence) iaitu kesedaran bahawa
walaupun sesuatu objek hilang daripada pandangannya, objek
tersebut tidak ghaib begitu sahaja.
(b) Peringkat Pra-olahan (2 – 6 Tahun)
Di peringkat ini, kanak-kanak telah mula menguasai bahasa dan
menggunakan nama untuk panggilan objek di sekelilingnya.
Walaupun begitu, penguasaan ini masih baru dan terbatas dan akan
berkembang sepenuhnya sehinggalah kanak-kanak tersebut
mencapai peringkat pengolahan formal.
(c) Peringkat Pengolahan Konkrit (7 – 11 Tahun)
Kebolehan kanak-kanak menguasai konsep pengekalan tentang
paduan, nombor, berat dan padatan. Kebolehan ini membantu
mereka memahami konsep lain yang lebih rumit seperti susunan
angka, pengklasifikasian bahan mengikut sifat, serta kemampuan
melihat sesuatu perkara daripada pelbagai perspektif.
d) Peringkat Pengolahan Formal (12 Tahun ke Atas)
Kanak-kanak ini mencapai tahap kemuncak kecerdasan mental di
penghujung zaman remaja, namun kekurangan pengalaman
mengehadkan pengetahuan dan kebolehan mereka untuk
menggunakan apa yang mereka tahu. Di peringkat ini juga,
perkembangan fizikal kanak-kanak adalah lebih pantas berbanding
perkembangan mental apabila mereka mula melangkah ke awal
alam remaja.
Pendekatan Teori Sosial-Interaksi Piaget dalam Pembelajaran
(a) Peringkat Pra-olahan (2-6 Tahun)
Imaginasi kanak-kanak adalah sangat tinggi pada peringkat praolahan,
iaitu apabila kanak-kanak mencapai umur dua hingga enam
tahun. Adalah penting bagi guru-guru prasekolah ataupun ibu bapa
menggalakkan kanak-kanak untuk berimaginasi kerana secara
tidak langsung ia juga akan menggalakkan daya cipta kanak-kanak.
(b) Peringkat Pengolahan Konkrit
Di peringkat ini, kanak-kanak mempunyai kepetahan bercakap yang
sangat tinggi dan sentiasa ingin bertutur untuk menarik perhatian. Namun begitu, di dalam kelas yang sama
mungkin ada sebilangan kanak-kanak yang sangat petah bertutur dan sangat aktif, manakala sebilangan lagi lebih suka mendiamkan diri.
(c) Peringkat Pengolahan Formal (12 Tahun ke Atas)
Di peringkat ini, pelajar telah mula faham konsep-konsep abstrak
dan mula membentuk identiti diri. Mereka mula memahami
kepentingan falsafah hidup dan prinsip, politik dan konsep agama.
Guru boleh membantu dengan mengadakan perbincangan dalam
topiktopik ini agar dapat dijadikan panduan oleh pelajar. Antara
bentuk perbincangan ialah membantu dalam menentukan hala tuju
pelajar, persediaan yang perlu dilakukan serta menetapkan
matlamat.
Pendekatan Konstruktivis
Pendekatan Konstruktivis dalam Pengajaran
Bruner telah menggariskan tiga prinsip utama di dalam konteks
pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivis.
1. Pengajaran perlu menitikberatkan pengalaman pelajar serta
mengikut konteks kesanggupan pelajar untuk belajar (kesediaan).
2. Pengajaran perlu mengikut struktur atau urutan yang mampu
difahami oleh pelajar dengan mudah (organisasi).
3. Pengajaran perlu dirangka untuk memudah cara penghasilan ilmu
(melangkaui maklumat yang dibekalkan guru).
Kaedah ini mengaplikasikan empat cara tertentu di dalam
penyampaian sesuatu topik.
1. Menekankan perbezaan iaitu melatih pelajar agar bijak
membezakan jenis dan sifat maklumat yang diterima.
2. Menstruktur maklumat agar lebih mudah diterima dan difahami
3. Susunan paling berkesan di dalam menyampaikan material
pengajaran
4. Sifat dan bentuk ganjaran (reward) atau hukuman (punishment)
yang akan dikenakan sekiranya pelajar berjaya atau gagal
melakukan sesuatu.
TOPIK 3 BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)
- Unsur-unsur seni reka terdiri daripada enam elemen asas yang
penting dalam
penggubahan sesuatu karya seni visual iaitu:
• Garisan
• Rupa
• Bentuk
• Jalinan
• Ruang
• Warna
- Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan
mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan
dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan
gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual.
- Rupa
Rupa mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang
mengelilinginya. Ianya dapat dikategorikan kepada rupa geometri
dan organik. Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyai
sudut dan penjuru. Rupa organik pula yang mempunyai rupa bebas
dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Rupa ialah sesuatu
kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D
(tidak berjisim). Merupakan hasil pertemuan antara penghujung
garisan dan permulaannya.
Bentuk mempunyai struktur jisim dan isipadu. Terdapat 2 jenis
bentuk iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk dapat dihasilkan
melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi. Bentuk
konkrit ialah bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi. Bentuk ilusi
ialah bentuk yang dilihat melalui gambar atau ilustrasi. Ianya bersifat
rata dan boleh dihasilkan melalui lakaran, catan dan
lukisan berkomputer 3 dimensi.
Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan
sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi
sesuatu objek kepada kita. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu;
jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh ialah jalinan yang
dapat dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam
semula jadi) dan jahitan sulaman (alam buatan manusia). Jalinan
tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat
dirasa melalui sentuhan.
Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau
kawasan kosong di
sekeliling objek, atau jarak antara dua objek.
warna ialah pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada
sesuatu permukaan. warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama
iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas
terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya boleh
menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna sekunder
pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat
dihasilkan daripada campuran dua warna asas. Sementara itu,
warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan
sekunder.
PRINSIP-PRINSIP REKAAN
-Harmoni wujud di alam sekeliling apabila munculnya susunan atau
ulangan unsur-unsur seni mengikut cara atau gaya yang
tertentuTujuan menghasilkan kesan harmoni adalah untuk menarik
perhatian pada sesuatu gubahan, objek atau imej.
- Kontra wujud apabila salah satu daripada unsur-unsur seni
mempunyai ciri-ciri yang bertentangan di antara satu sama. Ianya
bertujuan untuk menimbulkan kesan yang menarik pada sesebuah
karya seni. Kontra berkait rapat dengan penegasan (semakin tinggi
kadar kontra semakin jelas penegasan).
- penegasan ialah sesuatu yang boleh menarik perhatian dan
tumpuan kepada pemerhatian tampak. Ianya berfungsi sebagai
daya penarik, pemusatan
karya, mengelak kebosanan dan menjadikan gubahan lebih
dramatik.
Imbangan ialah keadaan gubahan yang sama sempadan,
sama berat dan graviti, sama kecerahan warna, sama padan dan
sama gaya penampilan.
Terdapat tiga jenis imbangan iaitu imbangan simetri, imbangan tidak
simetri dan imbangan
semua arah.
Pergerakan wujud apabila terdapatnya keadaan yang bergetar,
bergoyang, bergegar, berayun, bersinar-sinar dan sebagainya.
Pergerakan bertujuan untuk memberi ‘nyawa’, rupa dan bentuk
visual dalam seni tampak dua dimensi.
Kepelbagaian merupakan keadaan penggabungan pelbagai gaya,
nilai dan idea yang berbeza. Susunan atau ulangan unsur-unsur
seni yang bertentangan arah dan berbeza saiznya akan
mewujudkan kepelbagaian.
Kesatuan merupakan olahan motif atau ulangan unsur-unsur seni
secara sistematik, berpandukan grid berdasarkan tema atau idea
sesuatu hasil karya. Susun atur yang kemas, teratur, lengkap dan
sempurna dapat mewujudkan kesatuan.
ORGANISASI REKAAN
Komunikasi visual merujuk kepada pembelajaran yang
membolehkan pelajar berkomunikasi secara visual melalui hasil
kerja seni. Komunikasi visual terdiri daripada dua tumpuan utama
iaitu; reka bentuk grafik dan multimedia. Reka bentuk grafik meliputi
pengenalan reka bentuk grafik, poster, simbol, logo dan maskot,
kaligrafi, tipografi, pembungkusan, grafik persekitaran, ilustrasi, dan
komputer grafik.
Poster merupakan reka bentuk komunikasi yang berfungsi
menyampaikan mesej dan intipati daripada gubahan idea. Ianya
juga merupakan elemen dalam promosi, kempen dan sebagainya.
Simbol
Ialah reka bentuk grafik yang diringkas dan dipermudahkan
daripada imej sumber alam semula jadi dan alam buatan manusia.
Simbol terdiri daripada flora dan fauna serta benda-benda yang
terdapat di sekeliling manusia. Ianya lebih ringkas dan mudah
daripada tanda yang menggunakan teks.
Logo
Logo ialah visual grafik yang menjadi identiti kepada firma
perniagaan, kelab, persatuan, organisasi dan bandan-badan
tertentu.
Maskot
Maskot pula digunakan untuk menarik minat pada sesuatu sambil
menampilkan ciri-ciri kemesraan.
Tipografi (Muka Taip)
Tipografi merupakan seni menyusun atur atau merekaletak
sesebuah muka surat dengan menggunakan huruf untuk
mendapatkan hasil yang menarik. Terdapat 3 kumpulan muka
taip yang diaplikasikan dalam rekaan grafik iaitu muka taip serif, san
serif dan hiasan.
Pembungkusan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu
pembungkusan jenis lembut dan pembungkusan jenis keras.
Pembungkusan seni lembut terdiri daripada beg plastik, kertas,
plastik pembalut dan kertas pembalut. Manakala pembungkusan
jenis keras terdiri daripada kotak, tin, botol dan sebagainya.
Grafik Persekitaran
Ialah reka bentuk grafik yang ada pada alam sekeliling. Ianya
berkonsepkan pengiklanan untuk menyampaikan maklumat di
samping mempromosi kepada pembaca dan pengguna.
Ilustrasi
Ilustrasi merupakan seni yang menggambarkan idea dan kata-kata
dalam bentuk gambar. Pada zaman dahulu, ilustrasi digunakan
untuk merakamkan legenda dan peristiwa bersejarah. Kini ianya
lebih bersifat komersial dan berkembang pesat seiring dengan
penemuan teknik percetakan.
Komputer Grafik
Komponen grafik dalam perisian menggunakan komputer grafik
ialah teks, warna, bentuk, ilustrasi dan garisan yang boleh
membantu pelajar. Penggunaan komputer grafik membantu pelajar
meningkatkan mutu hasil kerja kerana komponen grafik telah
tersedia dalam pelbagai perisian.
Multimedia
Multimedia ialah penggunaan komputer untuk sesuatu
persembahan dengan menggunakan sokongan teks, grafik, audio
dan video. Ianya menggunakan rangkaian hubungan dan alat untuk
membolehkan pengguna melayari, berinteraksi, mencipta dan
berkomunikasi.
KRAF TRADISIONAL DAN DIMENSI BARU
Tembikar/Seramik
merupakan hasil kraf tradisional yang paling awal dapat dikesan
oleh tamadun manusia. Ia menggunakan tanah liat yang didapati di
kawasan persekitaran atau tepian sungai, sawah dan sebagainya.
objek ini berfungsi sebagai bekas kegunaan harian, hiasan dan
dalam kematian.
Anyaman
adalah warisan yang terkenal di kawasan luar bandar terutamanya
di negerinegeri Terengganu, Perak, Melaka dan Kedah. Anyaman
bukanlah produk tetapi lebih merupakan kemahiran dalam
penghasilan produk. Biasanya produk yang dianyam diperbuat
daripada daun mengkuang atau pandan, dan dijadikan sebagai
perkakas atau objek harian seperti tikar, tudung saji dan
sebagainya.
Ukiran
Merupakan sejenis seni warisan yang menerapkan unsur-unsur
alam sekitar yang menjadi identiti ukiran mereka. Antara motifnya
ialah awan larat yang mempunyai unsur-unsur flora dan fauna,
kosmo, geometri dan lain-lain.
Tekat
Tekat lebih dikenali sebagai tekat bersuji atau sulaman timbul. Ia
merupakan seni sulaman benang pada kain dasar dan dibentuk
dengan menggunakan kertas yang diliputi benang emas.
Batik
Produk batik mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil
yang tinggi. Tidak hairanlah ia menjadi salah satu produk
pelancongan yang terlaris. Di antara jenis-jenis batik termasuklah
batik tulis/lukis, terap/blok, pelangi, skrin dan sebagainya. Motif yang
digunakan adalah seperti flora dan fauna, geometri dan sebagainya.
Tenunan
Tenunan adalah proses menjalinkan sehelai benang sehingga
menjadi sebidang kain. Tenunan merupakan hasilan jalinan benang
losen (benang dasar) dengan benang pakan (benang sisip).
REKA BENTUK DALAMAN DAN LANSKAP
Salah satu cara peningkatan kehidupan dalam kediaman atau ruang
awam supaya dapat meningkatkan status ruang tersebut agar
selesa, selamat dan sesuai dengan cita rasa pemiliknya. Reka
bentuk ruang dalaman terhasil daripada kombinasi beberapa
elemen asas seni bina seperti tiang, dinding, lantai, siling dan atap.
Kategori reka bentuk hiasan dalaman terbahagi kepada dua iaitu
reka bentuk ruang kediaman dan reka bentuk ruang awam dan
komersil.
REKABENTUK PERSEKITARAN
Lanskap
Lanskap merupakan pemandangan yang boleh dilihat secara
semula jadi ataupun buatan manusia. Ianya boleh dibahagikan
kepada beberapa kategori yang merangkumi lanskap, kediaman,
komersial, institusi, pinggir jalan dan kemudahan awam.
Jenis-jenis Lanskap
Lanskap lembut merangkumi penggunaan tumbuh-tumbuhan yang
meliputi pelbagai jenis pokok, tumbuhan renek dan tumbuhan tutup
bumi. Satu lagi jenis lanskap ialah lanskap keras atau kejur.
Peranan dan Fungsi Lanskap
Secara umumnya, lanskap mempunyai beberapa fungsi dan
peranan utama.
(a) Fungsi Fizikal Tumbuhan Lanskap
• mengawal hakisan tanah
• memberi perlindungan dan teduhan
• meredakan iklim
• mengawal pencemaran alam
• menjadi tirai dan dinding
• mengarah pergerakan atau petunjuk arah
• imbangan ekologi dan kehidupan fauna
(b) Fungsi Estetik Tumbuhan Lanskap
• membentuk ruang
• merangka pemandangan
• melembutkan
• mengikat bangunan dan struktur dengan permukaan bumi
• menjadi penyatu pelbagai elemen
(c) Fungsi Ekonomi Tumbuhan Lanskap
Selain daripada yang dinyatakan di atas, tumbuhan lanskap mampu
menyediakan pemandangan yang baik dan indah serta memberikan
faedah kepada masyarakat dan negara dari segi rekreasi,
kesihatan, pendidikan dan pelancongan.
TOPIK 4 MENINGKATKAN DAYA IMAGINATIF KANAK-KANAK
4.1 kanak-kanak perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian
untuk dapat merangsang daya imaginasi mereka. Kreativiti dapat
dihasilkan dengan memanipulasikan objek alam.
4.1.1 Pelbagai Jenis Alat dan Media
(a) Alatan Asas
Alatan-alatan asas seperti kertas lukisan, berus, warna dan krayon.
(b) Gambar
Gambar-gambar foto ini bolehlah digunakan daripada imej yang
pelbagai, contohnya gambar keluarga, haiwan, bangunan,
pemandangan dan pelbagai lagi objek alam yang lain. pelajar
meniru imej di dalam foto untuk dimanifestasikan di dalam
karya lukisan mereka.
(c) Rakaman Video dan Penggunaan ICT
guru boleh menggunakan rakaman video dan menayangkan kepada
para pelajar di bilik media atau bilik pandang dengar yang terdapat
di sekolah-sekolah.
Penggunaan ICT merujuk kepada penggunaan alatan digital dan
elektronik dengan memanipulasikan perisian-perisian yang
ada. penggunaan komputer, pengimbas, kamera digital,
pencetak dan Internet pembelajaran yang lebih kreatif dan
menyeronokkan.
4.2 PENGALAMAN DERIA
Setiap insan normal mempunyai lima deria iaitu deria rasa,
deria bau, deria dengar, deria lihat dan deria sentuh.
Penggunaan deria yang baik akan dapat melahirkan kanak-kanak
yang mampu membuat pemerhatian secara aktif, dan ianya
menggalakkan interaksi yang kritis dan kreatif dengan alam, alat
dan bahan.
4.2.1 Cara Belajar
4.2.1.1 Belajar Secara Visual
Pelajar visual, secara amnya, dapatlah diklasifikasikan sebagai
pelajar yang gemar menggunakan deria penglihatan lebih daripada
deria yang lain untuk mendapatkan maklumat semasa proses
pembelajaran berlaku. Pelajar di dalam golongan ini lebih
cenderung menggunakan maklumat bertulis, nota, diagram dan
gambar.
4.2.1.2 Belajar Secara Auditori
Pelajar auditori mendengar dengan tekun untuk memahami, dan
proses menulis nota dilakukan kemudian. Adakalanya pelajar
auditori tidak memahami maklumat bertulis dan perlu mendengar
dengan sendiri penjelasan guru.
4.2.1.3 Belajar Secara Kinestetik
Pelajar golongan ini dapat belajar dengan lebih efektif melalui
sentuhan dan pergerakan. golongan ini memerlukan aktiviti yang
lebih berbentuk hands-on.
TOPIK 5 KREATIVITI DAN KANAK-KANAK
5.1 KREATIVITI
Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan
kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanakkanak
yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin
tahu.
5.2 PENGERTIAN KREATIVITI
Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang
membawa maksud “membuat”. Manakala daripada perkataan
Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi’. Kamus Dewan,
(2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan
(kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif
pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan
dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.
Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan
seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada
juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai
penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.
5.3 PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI VISUAL MENGENAI
KREATIVITI
Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance
merupakan penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam
bidang kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannya di dalam mendalami
bidang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan
beliau telah
diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti.
June King McFee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan
seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama
mampu untuk mengolah idea.
Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas
kepada individu yang sihat, yang dapat berfungsi dengan
sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima faktor tersebut ialah
keterbukaan kepada pengalaman, cuba menikmati kehidupan yang
dialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan
akhirnya menjadi individu kreatif. Beliau percaya bahawa individu
yang bebas dan mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba
menyumbang kepada insan serta makhluk lain di persekitarannya.
Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam
bidang seni ataupun sains,
Victor Lowenfeld - menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid
itu boleh diukur melalui empat omponen utama iaitu
kelancaran,( secara spontan serta pantas )
fleksibel, (mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan
situasi )
keaslian (mencari idea baru dan asli )
kepekaan. (Penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa,
mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya
sebagi proses engamatan dan merekod.)
TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI
5.4.1 Perkembangan Kreativiti Fisher
(a) Peringkat Rangsangan
Pemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa,
bagaimana dan sebagainya. Guru perlu merangsang minda pelajar
dengan
pelbagai soalan kritikal.
(b) Peringkat Penerokaan
Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk
berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau
permasalahan yang timbul.
(c) Peringkat Perancangan
Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan
memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan.
Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu:
• Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui
perbincangan,
pemerhatian, interaksi dan sebagainya.
• Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej
lukisan dan sebagainya.
(d) Peringkat Aktiviti
Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan
pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti.
Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalanpersoalan
seperti ‘’Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke
atas cadangan tersebut?’’
(e) Kajian Semula
Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi
proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja.
Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen
terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.
Laura H. Chapman – 3 kaedah diperkenalkan :
(a) Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)
Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan
tujuan penghasilan karya. guru dimestikan untuk membimbing
pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain
menerangkan kaedah menjana idea.
(b) Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement)
Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi
mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun.
Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau
visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema
dan objektif penghasilan.
(c) Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)
guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan
dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan
melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh
murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.
Calvin W. Taylor
(a) Kreativiti Bersifat Ekspresif
Kreativiti bersifat ekspresif berlaku secara rawak dan bebas.
Keadaan ini boleh dilihat melalui lukisan kanak-kanak yang
dihasilkan secara spontandan bebas mengikut kemampuan yang
sesuai dengan perkembangan fizikal mereka yang belum stabil.
Penghasilan lukisan pada peringkat ini banyak digambarkan melalui
garisan dan contengan mudah.
(b) Kreativiti Melalui Penghasilan
guru membantu murid untuk menambahbaik kemahiran sedia ada
kepada kaedah yang lebih sistematik dan tersusun.
(c) Kreativiti Bersifat Inventif
Kreativiti bersifat inventif merujuk kepada keupayaan mencipta
benda atau objek melalui proses eksprimentasi. Peranan guru pada
peringkat ini adalah memberikan motivasi dan galakan supaya
pelajar tidak cepat bosan dan putus asa.
(d) Kreativiti Bersifat Inovatif
Peringkat ini melibatkan modifikasi kepada konsep-konsep asas
sedia ada kepada idea baru yang lebih bermakna. pelajar mula
bertindak luar dari kaedah konvensional dan menghasilkan alternatif
bagi setiap perancangan.
(e) Kreativiti Bersifat Emergen
Ini merupakan bentuk kreativiti tertinggi di mana keseluruhan prinsip
formal diterjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak dan
mudah. Sebagi contoh, figura manusia digambarkan tanpa
menitikberatkan bentuk formal dan bentuk asalnya oleh kanakkanak
apabila melukisCIRI-CIRI KREATIVITI
(a) Bersifat Fleksibel
Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya
dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan
optimis.
(b) Sensitif dan Peka
Individu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap
keadaan sekelilingnya termasuk gaya hidup, keperluan,
persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria.
(c) Gagasan/Idea yang Asli dan Tulen
Seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali
mengutarakan idea dan
gagasan yang asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil
cedokan daripada
mana-mana sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak
stereotaip dan juga
tidak kovensional. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan
karya mengikut
cetusan rasa. Hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza
daripada yang
biasa.
(d) Bersifat Terbuka
Mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan
pendapat orang
lain mengenai hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap
bebas serta
demokratik.
(e) Logik
Murid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional.
Mereka tahu
membezakan yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa
mereka juga sangat
menghormati masa.
(f) Berfikiran Bebas
Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak
terkongkong pada satusatu
perkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar
projek dan
perkara yang dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada
kebiasaannya mereka ini
sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.
5.6 STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI
5.6.1 Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming)
(a) Kaedah Pertama
Elakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal
sumbangsaran. Ini boleh membantutkan usaha murid untuk
menyalurkan idea kerana khuatir idea yang diberikan tidak mampu
dilaksanakan.
(b) Kedah Kedua
Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana
apabila idea dan saranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan
ianya akan menyebabkan perasaan ego wujud lalu mengurangkan
kerjasama di kalangan murid. Keadaan ini biasanya mewujudkan
suasana tegang kerana mereka cuba untuk mempertahankan idea
dan secara tidak langsung menyebabkan kesukaran untuk
memperbaiki idea tersebut.
(c) Kaedah Ketiga
Menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk
meminjam idea dan cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan
dalam proses kemudiannya.
(d) Kaedah Keempat
Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang
kadangkala tidak masuk akal. Galakan sebegini akan merangsang
murid untuk berfikir luar daripada kemampuan supaya murid
mempunyai idea menarik, tidak bersifat konvensional dan bersifat
biasa sahaja.
Teori Perkembangan Kreativiti Paul Torrance
proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar.
(a) Penyoalan
Rangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni.
(b) Penemuan
Proses penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikan
galakan dan rangsangan oleh guru kepada murid bagi
menggalakkan penemuan-penemuan terbaru melalui penyelidikan
dan kajian.
(c) Pemerhatian
proses pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deria pengamatan
semata-mata malahan proses pemerhatian turut melibatkan deria
yang lain seperti deria sentuhan, dan sebagainya.
(d) Percubaan
Percubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkan
hasil terbaik. Individu yang kreatif akan terus bereksperimentasi bagi
mendapatkan kesan dan hasil yang dikehendaki.
(e) Penerokaan
Penerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk
memanipulasi pelbagai barangan dan alat yang terdapat di
sekeliling.
(f) Memanipulasi
murid mampu menggunakan objek dan bahan yang terdapat di
sekeliling untuk dijadikan hasilan seni. Dalam konteks pendidikan
seni visual usaha ini mengajar pelajar supaya lebih
berjimat dan mengelakkan pembaziran.
(g) Aktiviti/Bermain
Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanakkanak,
masa bermain merupakan masa yang penuh dengan
keseronokan dan cabaran. Justeru, rangsangan perlu diwujudkan
melalui permainan berbentuk akademik. Sebagai
contoh, guru boleh menggalakkan aktiviti seperti membuat mural di
sekolah.
5.7 MENINGKATKAN MOTIVASI
Strategi dan saranan yang boleh digunakan oleh guru bagi
menyuburkan proses kreativiti.
(a) Memilih Bahan dan Alat
Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan
alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual.
(b) Masa
Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid
mempunyai masa yang cukup untuk berfikir, membuat
eksperimentasi, dan meneroka.
(c) Rangsangan
Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan
berterusan. Pameran
hasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan
banyak lagi hasil
karya seni visual.
(d) Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel
Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka
seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut
minat idea dan cadangan daripada murid.
(e) Hormat-menghormati
Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati
murid dan menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan
(f) Memberikan Galakan dan Motivasi
Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah
semangat dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya.
(g) Penghargaan
Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha
dan komitmen yang mereka berikan di dalam kelas.
TOPIK 6 ESTETIKA DAN KANAK-KANAK
6.1 DEFINISI ESTETIKA
- perkataan Greek iaitu aisthetikos –merujuk kepada perkaraperkara
yang berkaitan dengan persepsi deria.
- Bagi Bates (2000), - satu kajian falsafah yang berkaitan dengan
kecantikan.
- Gazalba (1978) - satu cabang ilmu normatif yang membawa nilainilai
kecantikan dan kebaikan.
- Lankford (1992) – satu konsep dan kaedah di dalam falsafah seni
termasuk persoalan yang bermatlamat untuk menerangkan dan
memahami pengalaman estetik yang berkaitan dengan
perkembangan artistik dan penghasilan produk.
- Ragans (2000) - menilai hasil karya bukan sahaja dilihat pada
kecantikan karya tersebut malahan ia juga perlu dilihat dari sudut
kejayaan sesuatu karya,
Di dalam pengajaran pendidikan seni visual, istilah pendidikan
estetik digunakan merangkumi pelbagai bidang penghasilan hasil
karya seni seperti arca, lukisan, catan dan sebagainya. Pendidikan
estetik juga menjelaskan persoalan estetik yang merujuk kepada
perbincangan berkaitan dengan penghuraian makna dan simbolik
penghasilan karya seni.
- Abdul Shukor Hashim (1991) yang melihat setiap pengalaman
pembelajaran sebagai pengalaman estetik.
- Guru pendidikan seni visual boleh menggunakan kemahiran ini
untuk membantu pelajar memahami hasil karya yang dihasilkan
selain menghurai persoalan mengapa karya seni dihasilkan dan
kepentingan menghargainya.
6.2 PERKEMBANGAN ESTETIK DAN TEORI KECANTIKAN
Konsep Relativist- Faktor utama adalah persekitaran individu,
nilai, budaya serta cara hidup seseorang individu pada satu-satu
masa.Pandangan golongan relativist atau individu terhadap
kecantikan adalah subjektif dan abstrak. Penghuraian dan makna
kecantikan tidak terletak pada objek tetapi pada persepsi seseorang.
Konsep Objektivist- sangat bertentangan dengan konsep relativist. Konsep objektivist percaya bahawa kecantikan
sememangnya telah sedia ada bersama karya seni dan bukan terletak pada persepsi seseorang. Kecantikan dapat
dibahagikan kepada kriteria tertentu seperti yang terdapat di dalam
elemen dan prinsip-prinsip dalam seni seperti harmoni, rentak, warna, keseimbangan dan sebagainya.
6.3 ESTETIK DAN KANAK-KANAK
- perasaan kanak-kanak mudah tertarik dengan perkara
baru menjadikan mereka sebagai golongan yang unik dan luar biasa- Lowenfeld (1975) – perkembangan estetik kanak-kanak
bersesuaian denagn kretaiviti dipengaruhi oleh faktor tumbesaran
dan persekitaran yang membentuk ciri-ciri dan corak pemikiran.
Tindak balas estetik bagi kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor
umur, pengalaman serta latar belakang dan budaya.
6.4 TINDAKBALAS ESTETIK- tindak balas spontan terhadap karya. Ianya berlaku melalui hasil karya dan juga melalui pengamatan terhadap alam.
(a) Kualiti Literal atau Imitanionalism
- keupayaan pengkarya untuk menghasilkan
karya secara realistik melalui peniruan alam sekeliling
Sebagai contoh, pengkarya yang melukis imej realistik
penunggang kuda, kualiti literal pada lukisan ini adalah
imej lelaki yang menunggang kuda tersebut yang
ditonjolkan secara realistik.
(b) Kualiti Rekaan atau Formalism
-kaedah menyusun elemen dan prinsip seni di dalam
sesuatu karya. Sebagai contoh, bagaimanakah artis atau pengkarya mengutamakan elemen imbangan,
garisan, ritma dan sebagainya.
(c) Kualiti Ekspresif atau Kualiti Emosi
-menghuraikan makna karya dari aspek meningkatkan
dan melihat tindak balas emosi, mood dan idea
penonton yang mengamati karya.
6.5 MERANSANG PERKEMBANGAN DAN
TINDAKBALAS ESTETIK KANAK-KANAK
- Koster (2001) - kanak-kanak perlu dirangsang
dengan aktiviti yang dirancang rapi dan tersusun
supaya tindak balas semula jadi estetik yang dimiliki oleh kanak-kanak selari dengan peningkatan umur
mereka.- Peranan guru
(a) Memilih Karya Berkualiti
-mempunyai standard dan kualiti yang tertentu dalam jenisnya.
(b) Mempunyai Kepelbagaian Media dan Teknik
- mempunyai kepelbagai teknik dan media
penghasilannya seperti memilih karya arca, kolaj, lukisan dan tidak tertumpu hanya kepada catan
sahaja.
(c) Kepelbagaian Gaya, Budaya dan Artis
-memilih karya kontemporari dan moden yang
dihasilkan oleh artis daripada pelbagai etnik dan latar belakang termasuk pengkarya muda dan artis wanita.
(d) Mempamerkan Budaya
-mencerminkan warisan dan kesenian supaya murid mempunyai perspektif yang luas mengenai budaya dan kepelbagaiannya.
6.6 KEPENTINGAN MEMPELAJARI ESTETIK
a) Menghidupkan Suasana Aktif Pembelajaran
-menggalakkan interaksi di antara murid dan guru, menjadikan proses pembelajaran lebih
menyeronokkan.
(b) Meningkatkan Kefahaman terhadap Imej dan Bahasa Visual
- membantu murid mempelajari gaya bahasa tampak dan memperkayakan mereka dengan istilah-istilah baru.
(c) Menyemai Kefahaman terhadap di antara Satu Sama Lain
- murid memahami bahawa karya yang dihasilkan mempunyai makna berbeza.
(d) Meningkatkan Keupayaan Pemikiran
- pelajar perlu membuat perbandingan, perbezaan. menganalisa dan menilai karya. Kesemua ini membantu murid
mengerakkan daya pemikiran mereka.

TOPIK 7 APRESIASI SENI
DEFINISI DAN KONSEP
- Hurwitz dan Day (2001), apresiasi bermaksud ‘menghargai’ dan pemahaman mengenai konsep apresiasi seni adalah melalui
pencarian dan penyaluran maklumat yang terdapat pada karya
- Konsep apresiasi seni sebenarnya antara lain bertujuan untuk membina keyakinan seseorang untuk berbincang dan menghurai
serta membuat diskriminasi terhadap karya seni.
- Seabolt (2001) - aktiviti kritikan seni melibatkan perbincangan dan diskusi mengenai sesuatu karya seni manakala apresiasi seni
- aktiviti menghayati seni dengan melibatkan pengetahuan berkaitan dengan sejarah seni dan perbincangan serta diskusi
mengenai seni. - Johari Abdul Hamid, 2004-Apresiasi seni mengajar pengkritik dan
pemerhati seni menghargai rasa dan perasaan seniman.
KATEGORI APRESIASI SENI
- Walter dan Clive Bell yang menyatakan bahawa penghayatan
dan apresiasi seni tidak memerlukan pengetahuan mengenai idea
- Dewey dan Otto Krash - pengetahuan asas seni boleh membawa
kepada kefahaman terhadap karya seni,
- Ecker (1966) kategori utama dalam apresiasi seni ialah apresiasi
bercorak analitikal. Apresiasi analitikal adalah satu kaedah bagi
melihat aspek penghasilan karya seni visual. Kategori apresiasi
bercorak analitikal ini disusun dari konsep mudah kepada yang lebih kompleks.
Peringkat Analitikal
(a) Kenal Pasti (Identification)- Aspek kenal pasti yang paling mudah ialah menyatakan aspek-aspek seperti tajuk karya, jenis
karya, pereka atau seniman karya, tarikh dihasilkan, asal-usul karya, gaya, medium yang digunakan, teknik dan fungsi karya.
Peringkat Penerangan
(a) Penerangan Literary (Literary Description)
Penerangan literari digunakan ke atas karya seperti potret, landskap, lukisan objek dan lain-lain. Contohnya, karya Monalisa
menggambarkan seorang wanita yang sedang terukir senyum di bibirnya. Penerangan literari ini terbahagi pula kepada dua bahagian iaitu penerangan teknikal dan penerangan formal.
(b) Penerangan Teknikal (Technical Description)
Penerangan teknikal merujuk kepada aspek teknikal dalam penghasilan karya seni. Proses ini termasuk perkara-perkara seperti penggunaan teknikal dan bahan-bahan oleh pengkarya.
(c) Penerangan Formal (Formal Description)
Penerangan formal merujuk kepada struktur fizikal karya seni iaitu
perkara-perkara yang berkaitan dengan apa yang dilihat. Ini termasuklah aspek warna, garisan, jalinan, bentuk, rupa dan lainlain.
Organisasi rekaan seperti imbangan, susunan,
ritma, dan prinsip-prinsip serta elemen seni yang lain.
TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT  DAN KOMUNIKASI (ICT), MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)
Definisi ICT
- Senn (1998)
Teknologi maklumat dan komunikasi merangkumi
pelbagai teknologi yang disepadukan untuk
memperolehi, menyimpan dan menyebarkan
maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, audio, animasi dan sebagainya menggunakan alat-alat elektronik.- Abd. Razak et al., (2000)
Teknologi maklumat merangkumi apa jua alatan
elektronik yang membenarkan pengguna menyimpan, menghubung, memproses, mencipta dan menyampaikan maklumat.
- Keperluan ICT dalam P&P
• Berupaya meningkatkan kefahaman dan
penguasaan pelajar terhadap pengajaran.
• Memberi peluang pembelajaran yang sekata kepada semua pelajar yang mempunyai pelbagai keupayaan.
• Meningkatkan motivasi pelajar.
• Membolehkan pembelajaran bersendiri (individual learning).
• Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
• Membolehkan pelajar mengumpul maklumat dengan mudah dan pantas.
• Mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan dan mencabar
• Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar.
• Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar
secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.
• Meningkat kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi.
Peranan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
• Tutorial
a)Pembelajaran ekspositori.
b) Demonstrasi yang ditunjuk dan dikawal urutannya.
c) Latihan dan latih tubi yang turut dikawal oleh sistem.

Kelebihan
• Mewujudkan konsep pembelajaran individu.
• Pelajar akan belajar mengikut kemampuan sendiri.
• Meningkatkan motivasi pelajar.
• Proses pembelajaran berjalan tanpa penyeliaan atau
penyeliaan minimum.

Keburukan
• Kesilapan pemilihan perisian yang bermutu
mengakibatkan pembaziran.
• Menghalang penggunaan kemudahan alatan ICT yang lebih produktif.
• Menjurus ke arah penyalahgunaan kemudahan ICT.
• Mengakibatkan lebih banyak masa diperlukan oleh pelajar di dalam mempelajari Penerokaan (eksploratori)
- pelajar mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM mahupun Internet dan mengalami, mempelajari serta mengkaji
sesuatu fenomena secara simulasi ( inkuiri penemuan )

Kelebihan
• Memberi peluang kepada pelajar menentukan sendiri haluan dan gaya pembelajaran masing-masing.
• Penglibatan sepenuhnya (aktif) dari pelajar dalam pembelajaran
• Memberi peluang kepada pelajar untuk menangani masalah sebenar.
• Menerapkan teori pembelajaran moden seperti konstruktivis dan kecerdasan pelbagai dalam proses pembelajaran.

Keburukan
• Pelajar berkemungkinan sesat dan hilang haluan tanpa pengawasan yang baik.
• Mengakibatkan lebih banyak masa diperlukan oleh pelajar di dalam mempelajari sesuatu.
• Aplikasi
Computer Aided Design (CAD) merupakan alat aplikasi yang mampu digunakan untuk membantu pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran.

Kelebihan
• Pelajar mampu memberikan tumpuan di dalam aktiviti pembelajaran asli.
• Guru boleh mengemukakan masalah yang akan mencabar minda pelajar.
• Pelajar akan dapat meningkatkan tahap kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran mereka.

Keburukan
• Tanpa penerangan dan pengawasan yang baik dari guru, pelajar berkemungkinan untuk gagal dalam proses pembelajaran mereka.
• Pelajar yang pelbagai kecerdasan sukar untuk di disatukan.
• Masa yang diperlukan bagi suatu proses pembelajaran mungkin
sukar untuk dikawal.
• Komunikasi
membolehkan pelajar bertukar maklumat dengan sesiapa sahaja
di dunia.
Kelebihan
• Mampu melaksanakan pembelajaran kolaboratif.
• Mampu meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses
pembelajaran melalui peer group yang bersifat global.
• Mampu berkomunikasi terus dengan pakar dari serata dunia.
Keburukan
• Pelajar dikhuatiri akan leka berkomunikasi sesama mereka tanpa
memberikan perhatian terhadap objektif pembelajaran mereka.
• Kos pembelajaran yang tinggi.
• Masa yang diperlukan bagi suatu proses pembelajaran lama dan
mungkin membosankan.
Pendekatan Persekitaran ICT
- konsep pembelajaran ‘belajar melalui membuat’ (learning by
doing) dan perseorangan (individual).
- penyepaduannya dengan rangka pengajaran berteraskan
multimedia.
- Internet dan WWW yang menjadi tulang belakang kepada
lambakan maklumat memastikan pembelajaran yang dijalankan
benar-benar bermutu dan efektif.
MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN
Definisi Multimedia
Hofstetetter (1995)- Multimedia bermaksud integrasi
elemen teks, audio, grafik, animasi dan video
yang menggunakan komputer sebagai alat kawalan
persembahan untuk membolehkan pengguna
mengarah, berinteraksi, mereka cipta dan
berkomunikasi agar proses pembelajaran menjadi
lebih berkesan.
Schurman (1995)- Multimedia ialah kombinasi
manipulasi, pengga bung jalin dan pengintegrasian
media seperti teks, grafik, animasi, audio dan video
dalam suatu perisian yang direka bentuk di dalam
meningkatkan interaksi antara pengguna dan
komputer.
empat komponen utama iaitu:
Pertama, komputer dijadikan alat untuk
mengkoordinasikan apa yang dilihat, didengar dan
seterusnya berinteraksi dengannya.
Kedua, perlunya hubungan untuk menghubungkan
kesemua maklumat.
Ketiga, alat perhubungan diperlukan untuk maklumat
jaringan.
Keempat, terdapat kaedah untuk mengumpul,
memproses dan mengkomunikasikan segala idea dan
maklumat.
Peranan Multimedia dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
- Jamalludin dan Zaidatun (2000)
Menerusi multimedia, dokumen dapat dihubungkan
secara global. Ianya dapat dilihat menerusi formatnya
yang interaktif dan merangsangkan, komunikasi
maklumatnya yang efektif, pengekalan informasinya
yang berkesan, pemudah cara dalam proses
pengajaran dan pembelajaran serta membenarkan
pelajar belajar mengikut kehendak mereka sendiri
- Kurshan (1991)
Kelebihan dan keberkesanan aplikasi multimedia
dalam pendidikan juga turut dapat dilihat berdasarkan
peningkatan motivasi pelajar, reka bentuk
pembelajaran yang menepati cita rasa pelajar, sumber
maklumat yang multisensori, menggalakkan
kebolehan metakognisi pelajar, mewujudkan proses pembelajaran yang aktif serta susunan dan gaya pembelajaran yang ditentukan sendiri oleh pelajar.- McGloughlin (1997)
Pengintegrasian multimedia di dalam pembelajaran berasaskan web mampu meningkatkan minat pelajar, mengurangkan masa bagi menguasai aplikasi, kos pembangunan yang rendah, meningkatkan kebolehcapaian dan meningkatkan pemahaman dan pengekalan informasi dalam ingatan.

- Kulik (1985)
Penggunaan multimedia juga telah menurunkan purata masa pembelajaran secara berkesan sebanyak 80 peratus dan sekaligus
meningkatkan tahap pencapaian pelajar.

Kategori/Elemen Multimedia
1. Teks
Teks adalah perkataan yang boleh difahami oleh pengguna.
Merangkumi muka taip , font , ruang putih , serif ( Times Roman ,
Calistro dll ) , Scans serif ( Arial , Verdana dll) , dekoratif ( font
unsur sastera lama – Lucida Handwriting dll)
2. Grafik
Grafik adalah gambar atau ilustrasi.
(a) Resolusi
Ia adalah darjah kualiti paparan grafik pada peranti output dan peranti input.
(b) Penggunaan Grafik dalam Aplikasi Multimedia
(c) Format Utama Fail Imej Digital – GIF , BMP , PICT , JPEG
(d) Sumber-sumber Grafik – Scanner , kamera digital, Laman
web ( enjin pencari )
3. Audio
Audio adalah bunyi yang dapat didengar tetapi tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia.
4. Penggunaan Audio dalam Aplikasi Multimedia
(i) Menarik perhatian
(ii) Mampu menarik dan menumpukan perhatian pengguna.
(iii) Meningkatkan pemahaman dan membantu pengguna mengingati mesej yang disampaikan
(iv) Ia mensimulasikan deria dalaman pengguna seterusnya
menyampaikan mesej dalam bentuk yang lebih menarik.
(v) Dapat mempengaruhi emosi dan cara berfikir
(vi) Untuk mengilustrasikan idea yang kompleks dan dapat
meningkatkan konsentrasi penonton.
(vii) Penggunaan Audio Dalam Aplikasi Multimedia
Terdapat tiga cara utama penggunaan audio:
(i) Sebagai muzik latar belakang
• Fail audio yang dimainkan akan mewujudkan mood untuk persembahan tersebut.
• Akan menghasilkan keseronokan dan keinginan
(ii) Sebagai kesan bunyi
• Bunyi akan memberi perhatian dan arahan kepada pengguna,
pada butang dan transisi untuk menekankan pada perubahan skrin.
• Kesan-kesan bunyi ini bersaiz kecil tetapi mempunyai kesan yang menarik.
(iii) Sebagai suara latar
• Merupakan bahan sokongan penyampai.
• Digunakan seminimum mungkin dalam persembahan kerana ianya boleh mengganggu.
• Konsep Audio Analog dan Digital
(a) Format Fail Audio – mp3, wave, MPEG , RA / RM
5. Animasi
Animasi ialah satu proses menghidupkan atau memberikan
gambaran bergerak kepada sesuatu yang statik agar ia kelihatan hidup dan dinamik.
(a) Animasi dalam Aplikasi Multimedia
(b) Animasi 2D
Animasi dua dimensi (2D) dikenali sebagai animasi linear.
(c) Animasi 3D
Animasi 3D membuatkan objek kelihatan lebih hidup (nyata) berbanding animasi 2D.
6. Video
Video adalah satu siri skrin yang memuatkan gambar-gambar yang diiringi bunyi-bunyian yang dimainkan pada kadar yang laju. Contoh : MPEG1 (VCD), MPEG2(DVD) , Quict Time (Mscintost)
7. Hipermedia dan Hiperteks
Hiperteks -dokumen tanpa urutan yang terdiri daripada
teks, audio dan maklumat visual yang disimpan dalam komputer.
Hipermedia merupakan media berpautan atau
kombinasi media. Ianya merujuk kepada perisian komputer yang mengintegrasikan elemen teks, grafik,
animasi, video dan audio yang saling berhubungan dalam proses pengaksesan maklumat.

INTERNET DALAM PENDIDIKAN
Internet merupakan satu sistem jaringan rangkaian
komputer antarabangsa yang meliputi seluruh dunia.
World Wide Web (WWW) pula merupakan sub set kepada sistem internet. WWW merupakan
perkhidmatan internet yang menghubungkan tapak-tapak yang berada di seluruh dunia melalui dokumen
hiperteks.
Alamat Protokol Internet (IP) menggunakan system komunikasi berdasarkan nombor kepada setiap alamat yang terdiri dari kombinasi nama akaun pengenalan diri pengguna (user id) dan nama pendaftaran internet komputer (host name). Sumber Lokasi Uniform
(URLs) bermula dengan prefiks HTTP (HyperText Transfer Protocol) yang merupakan standard internet di dalam menentukan bagaimana mesej dihantar dan bertindak balas.
WAN (Wide Area Network)
Merupakan rangkaian komputer yang menghubungkan
beberapa komputer dalam sesebuah institusi dan meliputi antara satu sama lain
LAN (Local Area Network)
Merupakan rangkaian jaringan setempat yang
menghubungkan beberapa komputer dalam sesuatu kawasan terhad
INTRANET
Merupakan rangkaian dalaman yang berperanan
sebagai penghubung bagi sesebuah kumpulan kerja. yang menggunakan pelbagai pengantara komputer
pada lokasi yang berjauhan.

Internet dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Sumber Statik Maklumat
• Kaedah yang digunakan untuk mencari sumber-sumber yang
diperlukan untuk tujuan pengajaran.
• Ianya bersifat statik dengan mengaplikasikan sumber sedia ada.
Contohnya
penggunaan kemudahan perpustakaan atau pusat sumber
kurikulum.
Penggunaan Interaktif Dinamik
• Internet digunakan untuk menggalakkan suasana dialog antara
pelbagai pihak yang berlainan yang merupakan komponen penting.
• Ianya bersifat dinamik memandangkan pengetahuan hanya akan
terhasil apabila dialog antara individu dilaksanakan.
Bilik Darjah ke Bilik Darjah
• Kesemua individu di dalam bilik darjah akan bekerjasama secara
dinamik bagi menyempurnakan suatu tugasan.
• Organisasi popular yang mempromosikan projek sebegini adalah
Pendidikan Antarabangsa dan Rangkaian Sumber.
Individu ke Individu
• Merupakan satu lagi bentuk dinamik penggunaan interaktif
menerusi perhubungan individu ke individu melalui mel-elektronik.
• Pelajar dan guru boleh bertukar-tukar maklumat serta
pengetahuan tentang bidang yang diminati.
Individu/Bilik Darjah kepada Dunia
• Pelajar dan guru mampu mengendalikan tinjauan menerusi
listservs atau newsgroup yang terdapat dalam internet.
Penyelesaian Masalah
• Internet mampu bertindak sebagai suasana penyelesaian
masalah bagi tujuan pembelajaran.
• Menerusi perisian tertentu pengguna internet mampu mengubah
simpanan fail di dalam sesebuah laman web.



TOPIK 9 PENGURUSAN STUDIO DAN BILIK SENI DI SEKOLAH
KEPERLUAN ASAS BILIK SENI
(a) Warna Dinding - Warna-warna yang disarankan adalah warnawarna
terang - nampak besar selain daripada sesuai untuk
dijadikan latar
(b) Papan Buletin - untuk mempamerkan hasil karya pelajar selain
sebagai tempat untuk menyampaikan maklumat
(c) Cahaya - menggunakan sinaran cahaya semula jadi dari luar.
(d) Bahan Pameran Khas - mempamerkan objek semula jadi
yang boleh membangkitkan rasa ingin tahu.
(e) Zon Kerja- lokasi murid menghasilkan karya dan menyiapkan
kerja mereka – meja kerja , bahan seni , warna , jarak yang sesuai
antara pelajar.
(f) Stor Penyimpanan - Rak simpanan boleh digunakan untuk menyimpan bahan dan hasil karya pelajar seperti folio dan buku latihan.

KESELAMATAN DAN DISIPLIN
(a) Membaca Label Bahan - mengandungi kandungan yang merbahaya dan boleh membahayakan kesihatan murid.
(b) Pilih Bahan Sesuai Mengikut Peringkat Umur -
mengenalpasti bahan dan alatan yang sesuai dengan tingkatan umur murid.
(c) Mewujudkan Panduan Keselamatan - Dokumen
keselamatan disediakan sebagai
peraturan yang digunakan oleh semua murid untuk mengelakkan kemalangan.
(d) Menggunakan Bahan Alternatif - mencari bahan dan alat alternatif bagi menggantikan alatan dan bahan yang tidak selamat. Cth Cat minyak – Cat air/Pewarna berasaskan , Varnish - Cat tempera Thinner- Acrylic

Pemilihan Karya
Kriteria pemilihan karya murid perlu melihat kepada dua perkara iaitu dari sudut pedagogi (keberkesanan dan penyampaian proses dan kaedah menghasilkan karya ) dan juga nilai estetik (pencapaian objektif
penghasilan karya – untuk cantik atau sebaliknya ).
Susun Atur Karya
Karya 2 Dimensi - bahan dan karya 2 dimensi sebuah
panel pameran diperlukan 4 x 8 ‘
- setiap karya yang ingin dipamerkan perlu
dibingkaikan supaya nampak kemas dan menarik.
Karya 3 Dimensi – Meja yang dilapik dengan kain
berwarna boleh digunakan sebagai tempat untuk
meletakkan objek dan hasil karya. - disusun mengikut
jenis dan ketinggian - hasil karya seramik, sejenis
kotak yang dikenali sebagai pedestal boleh digunakan.


TOPIK 10 PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM
PENDIDIKAN SENI VISUAL
DEFINISI PENGUJIAN DAN PENILAIAN
- Pengujian merujuk kepada keseluruhan proses yang terlibat di dalam mendapatkan bukti
(evidence) keupayaan pelajar; daripada menentukan objektif pengujian, merangka soalan atau tugas, menjalankan ujian, memeriksa atau memberi markah termasuk melaporkan keputusan ujian kepada pihak-pihak yang terbabit (pelajar, pihak sekolah, pihak
kementerian, ibu bapa dan lain-lain). Antara bentukbentuk pengujian termasuklah ujian
bulanan, peperiksaan, pemerhatian, temuduga,
portfolio serta tugasan-tugasan kelas yang
diberi markah.
- penilaian merujuk kepada proses menghakimi
sesuatu dengan tujuan untuk memberi nilai. Dengan maksud yang lebih mudah, seseorang akan menjalankan penilaian untuk melihat salah satu atau semua daripada perkara berikut: keberkesanan, kelancaran, fungsi dan
operasi.

Pengujian Formal dan Tidak Formal
- Antara bentuk pengujian tidak formal ialah bertanya sama ada pelajar faham apa yang diajar, membaca isyarat tidak verbal pelajar untuk mengagak tahap pemahaman mereka, mengadakan sesi soal jawab dalam melihat penguasaan pelajar ataupun memeriksa latihan dan kerja rumah pelajar.
- Pengujian formal pula melibatkan pengujian rasmi yang dijalankan oleh guru atau pihak jawatankuasa pengujian di sekolah. Ianya formal kerana sejumlah masa khusus diperuntukkan untuk menjalankan ujian berkenaan, semua pelajar akan diuji mengikut prosedur yang telah ditetapkan, harus mempunyai matlamat dan objektif pengujian, melibatkan pemberian markah dan keputusan sesuatu pengujian perlu
dilaporkan kepada pihak-pihak yang relevan.

Pengujian Formatif dan Pengujian Sumatif
- Pengujian formatif merujuk kepada sebarang bentuk pengujian yang dijalankan pada bila-bila masa semasa tahun pembelajaran.
- pengujian sumatif pula merujuk kepada sebarang bentuk pengujian yang dijalankan pada akhir tahun pembelajaran.

Rujukan Norma (Norm-referenced) dan Rujukan Kriteria(Criterionreferenced)
- Rujukan Norma ialah satu cara melapor keputusan pengujian dengan menyusun pencapaian para pelajar di dalam sesuatu kelas
mengikut norma. Dalam erti kata lain,
para pelajar disusun mengikut pencapaian markah mereka.
- Rujukan Kriteria merujuk kepada pencapaian atau penguasaan
seseorang pelajar berdasarkan kriteria-kriteria pengujian yang
telah ditetapkan - Sekiranya ada kriteria yang pelajar masih lemah,
guru boleh memfokuskan
pengajaran untuk kriteria tersebut kemudiannya.
Rubrik Analitikal dan Rubrik Holistik
- Rubrik analitikal merujuk kepada panduan pemarkahan yang
selalunya digunakan untuk pengujian formatif. guru dapat melihat
bidang (kriteria) yang dapat dikuasai oleh pelajar dengan baik dan
bidang (kriteria) yang memerlukan pembaikan.
- Rubrik holistik selalunya digunakan di dalam pengujian sumatif
untuk melihat kepada pencapaian pelajar secara menyeluruh.
Pengujian Tradisional dan Pengujian Alternatif
- Pengujian tradisional merujuk kepada sebarang bentuk pengujian
bertulis yang melibatkan penggunaan pen dan kertas.
- kebanyakan pengujian yang dijalankan adalah
berbentuk alternatif. Contoh-contoh pengujian alternatif di dalam
bidang seni visual ialah portfolio, buku kerja kajian (research workbook) dan juga pengujian berasaskan prestasi (performancebased
assessment) seperti kerja kumpulan, demonstrasi dan pembentangan pelajar.

KAEDAH-KAEDAH PENGUJIAN DI DALAM
PEMBELAJARAN SENI VISUAL
Hurwitz dan Day (2001) menyenaraikan beberapa ciri-ciri
pengujian alternatif.
1. Menilai pelajar berdasarkan tugasan yang berdasarkan keperluan disiplin bidang seni visual.
2. Mengambil kira pengetahuan dan kemahiran secara holistik dan tidak melihat daripada fragmen-fragmen yang berbeza.
3. Menghargai pencapaian pelajar di dalam sesuatu pengujian, kerana pencapaian yang rendah sekalipun tetap menjadi indikator kepada sesuatu penguasaan.
4. Melihat kepada proses dan hasil pembelajaran.
5. Mendidik pelajar supaya menguji pencapaian
sendiri.
6. Mengajar pelajar untuk memperkenal, membentang dan mempertahankan hasil karya mereka di hadapan umum.
- Pemerhatian boleh dilakukan oleh guru untuk
pengujian formal (bermarkah) ataupun pengujian tidak
formal (untuk meningkatkan proses pembelajaran).
- Temuramah - Temuramah dapat membantu guru
dalam memahami masalah yang mungkin dialami oleh
pelajar di dalam kelas, melihat tahap pemahaman
pelajar terhadap sesuatu dan boleh digunakan
sebagai satu cara untuk mendekati diri
pelajar.
- Perbincangan - Perbincangan boleh melibatkan sekumpulan pelajar dan ini mengelakkan pelajar
daripada merasa gemuruh ketika diuji.
- Pengujian Berasaskan Persembahan
(Performance-based Assessment) - pelajar
melakukan sesuatu sama ada demonstrasi,
pembentangan dan lain-lain.
- Maklum Balas- Borang maklum balas atau
questionnaire boleh diaplikasikan untuk menggantikan ujian bertulis, dan bentuk soalan yang ditanya adalah soalan tertutup
Portfolio - Kesemua hasil kerja pelajar – karya seni, latihan, tugasan bertulis, nota, dan sebagainya dikumpul dan disusun dengan sistematik di dalam folder yang berupa fail.

PENGUJIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK DALAMPENDIDIKAN SENI
1. Adakah kanak-kanak gembira dengan pengalaman pembelajaran positif di dalam kelas? Adakah suasana pembelajaran selari dengan matlamat belajar kanakkanak?
2. Perlukah sebarang perubahan dibuat di dalam
proses pembelajaran kanak-kanak? Adakah strategi pengajaran juga perlu diubah? Adakah meletakkan kanak-kanak di dalam gerak kerja kumpulan memberi lebih manfaat daripada bekerja secara individu?
3. Bagaimanakah kanak-kanak belajar?
Bagaimanakah cara kanak-kanak belajar dapat
dikaitkan dengan harapan guru untuk pelajar?
Bagaimanakah ini dapat dikaitkan dengan harapan pelajar? Dan apakah pula harapan kanak-kanak terhadap diri mereka sendiri?
4. Bagaimanakah guru boleh menjadi lebih berkesan?
Bagaimanakah keputusan yang tepat dapat dilakukan untuk memperbaiki kemajuan kanak-kanak?
5. Bagaimanakah guru dapat berkomunikasi dengan berkesan tentang kekuatan dan kelemahan pelajar dalam seni?
Bagaimanakah guru dapat menghebahkan dengan relevan pencapaian pelajar kepada guru lain, pentadbiran sekolah dan juga ibu bapa?

PENGUJIAN HASIL KREATIVITI KANAK-KANAK
- pengujian lebih merupakan pengukur kepada kemampuan guru
menfasilitasi pembelajaran, lebih daripada ukuran kemajuan dan pencapaian pelajar.
- luahan kreatif pelajar mestilah sentiasa digalakkan walaupun ianya mungkin agak sukar untuk dinilai.
- tahap kreativiti yang ditetapkan oleh guru bukanlah di standard yang sangat tinggi, dan biarlah bersesuaian dengan pelajarpelajar
di dalam kelas.
- cara mengaplikasikan kemahiran teknikal dan prinsip-prinsip seni pada sebarang medium seni.

PENGUJIAN DI DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH SENI
- Sekiranya pengajaran bertujuan untuk membantu pelajar mengenali ciri-ciri seni Cina, pengujian pelajar juga perlulah menjurus ke arah itu.

PENGUJIAN ESTETIKA DALAM SENI
- mengkaji konsep-konsep asas di dalam pembentukan seni, kecantikan, kualiti seni serta takrifan seni yang dapat diklasifikasikan sebagai aspekaspek estetika.

No comments:

Post a Comment

HOT NEWS