Sunday, July 1, 2012

SIRI GALAKAN MEMBACA

MISTERI


Petang itu Adi pulang lewat ke rumah.Ada latihan bola sepak di sekolahnya. Zufar dan Shahfawi sudah lama meninggalkannya.

Adi terpaksa berjalan kaki sejauh 2 km kerana basikalnya pancit semalam.Ayahnya tidak sempat membaiki basikalnya.

Dia sudah separuh perjalanan.Rumahnya agak jauh dari sekolah .Mungkin mengambil masa kira-kira setengah jam perjalanan. Peluh sudah membasahi dahinya. Rimas dan melekit saja rasanya.

Tiba-tiba Adi berhenti sebentar.Ada yang mengganggu fikirannya.
Ingatannya kembali kepada cerita Syahid pada pagi tadi.

“Betul…..kalau engkorang tak percaya …tunggulah nanti.Abang aku cakap rumah tu berhantu…ada penunggu,” bersungguh-sungguh benar Syahid menceritakan kisah seram itu.

Adi tergamam seketika.

“Mengapa tidak aku tumpang Zufar saja tadi,” bisiknya dalam hati.

Namun diperkuatkan juga azam untuk melalui jalan itu .Jalan itu lah satu-satunya “short cut” ke rumahnya. Dia sudah berazam, kalau ada apa-apa yang berlaku, kudratnya masih mampu melawan atau paling tidak menjerit.

Setibanya di persimpangan jalan, Adi ternampak rumah itu.Biasa saja namun memang sudah using.Agaknya sudah lama tidak didiami . Pintu serta tingkapnya sudah agak uzur.Reput di sana sini.

Adi terleka memerhati keadaan fizikal rumah itu. Seakan ada yang menarik minatnya ke rumah itu. Dia berjalan menuju ke rumah using itu. Perasaan takut yang pernah menyelubunginya sudah hilang entah ke mana.

Kini kakinya sudah mahu melangkah memijak anak-anak tangga yang sudah uzur itu.Tiba-tiba….



“Adi……mak kau risau tu………mari balik,” jerit satu suara dari arah belakang. Adi menoleh ke belakang.

“Oh.. ayah rupa-rupanya,” bisiknya.

Adi berlari ke arah ayahnya. Dia terus membonceng motor vespa antic ayahnya.

“Apa kau buat tadi?” Tanya ayahnya.

Adi hanya membisu. Dia pun pelik.Kenapa agaknya dia ke rumah itu.Walhal pagi tadi bukan main takut lagi dirinya mendengar cerita Syahid.

Setibanya di rumah, Adi mandi dan terus makan . Dia masih memikirkan peristiwa tadi. Seakan ada satu kuasa luar biasa yang menariknya ke rumah itu. “Apa agaknya ya…aku mesti bongkarkan…mesti’” azam Adi.



OLEH:  SHIMA SNJ


No comments:

Post a Comment

HOT NEWS