Thursday, June 28, 2012

Jenguk-jenguk laman jap..

Alhamdulillah, dah lepas waktu berpantang.Kesempatan ini juga membolehkan akak menjengahkan diri ke keliling rumah..kat luar rumah sebenarnya untuk melihat apa dah jadi pada pokok-pokok kat luar tu.Sebelum bersalin alahai pokok pokok tu dijaga bagai menatang minyak yang penuh...now harap-harap 'mereka' tak menderita kehausan. Jap na ..nak gi tengok jap..



Cekur...dah tinggal ujung-ujung pasu..
Kunyit....sihat nampaknyer..leh bertahan sampai masak rendang raye..
Aduyai...amk dari web...yang kat sini dah puposss
Kemangi....tak pandai guna sangat...bau dia alahai..

Halia ni banyak guna time berpantang..
Subur...mungkin pasal Alif suka petik pucuknya..

Pandan....masih  ijo..
 Lega rasa apabila nampak semuanya masih sihat walafiat..cuma serai jer yang dah mati. Namun hati berazam nak tanam banyak lagi edible plant ni pas ni.....caiyokk..
Maaflah picpic ni amik dengan kamera hp jer....tu pasal blur bila enlarge..hehe...
Oklah..jumpa lagi nanti..

Wednesday, June 27, 2012

Sew Project......

Erm...diam xdiam dah lepas pantang pun ....walau dalam berpantang, saya memang xlehduduk diam.Ada ja projek yang nak dibuat...bukan projek apa pun..sekadar nak penuhi masa yang menjemukan ni......Sumber yang saya suka ialah dari Youtube jer lah....di bawah ni saya letak beberapa video yang mungkin boleh dijadikan contoh...mudah sesangat...so....layannn



mat salleh ni kan...rotipun nak dimasukkan dalam beg sebeginikan....mana datang idea ntah...tapi cantik kan beg ni.



Erm......bagi yang suka letak rambu-ramba..boleh cuba yang no 2




Selamat mencuba.....daa





Monday, June 25, 2012

Kebaikan Memakan Peria

Peria


Sebut saja peria,kita akan terbayang rasa pahitnya.Tidak kurang juga ramai di kalangan kita yang tidak sukakan peria kerana rasanya.Walaubagaimanapun, yang pahit itulah yang baik,yang pahit itulah akan menjadi ubat.Telah terbukti peria mengandungi banyak khasiat dan memberi manfaat kepada penggemarnya serta pesakit kronik. Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia merupakan tumbuhan menjalar yang memerlukan sokongan yang boleh tumbuh mencapai 5 meter panjang.

Peria sering dijadikan sajian masakan sama ada sebagai ulam-ulaman atau dimasak bersama bahan-bahan lain.Rasa pahitnya boleh dihilangkan dengan merendamnya ke dalam air suam yang diletakkan garam.

 Terdapat dua jenis peria di negara kita iaitu peria biasa dan peria katak (buah lebih kecil). Berakar tunjang, peria mempunyai daun berselang-seli mengelilingi batang.Peria berbunga kuning serta bersaiz kecil yang terdiri daripada bunga jantan dan bunga betina.Buah peria berkulit menggerutu dan mempunyai isi yang agak tebal.Buahnya berwarna hijau ketika muda dan beransur jingga atau kekuningan apabila masak.Biji peria berbentuk pipih ,berwarna putih kekuningan.Ia dibaluti sejenis selaput yang berwarna merah apabila peria kian masak.

Setiap 100gm peria mengandungi 92.4 peratus lembab, karbohidrat 4.2 peratus, protein 1.6 peratus, mineral 0.8 peratus, fiber 0.8 peratus dan lemak 0.2 peratus. Masyarakat purba sejak dahulukala lagi menggunakan peria untuk merawat kencing manis. Pakar perubatan tradisional China telah menggunakan peria untuk merawat asma dan bagi mengatasi kelewatan haid. Doktor dari England telah membuat penyelidikan untuk mencari nilai saintifiknya. Hasilnya mereka menemui hypoglycemic atau insulin. Seterusnya mereka mencipta plantinsulin untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah dan urine.

 Kaedah yang sering diguna oleh pesakit diabetes ialah meminum jus yang diambil daripada empat atau lima biji peria pada setiap pagi. Bijinya yang dihancurkan boleh dicampurkan ke dalam makanan. Sekiranya tidak mahu meminum jusnya, penghidap diabetes juga boleh meminum air rebusan beberapa potong peria ataupun menggunakannya dalam bentuk serbuk. Daunnya pula sangat berkesan untuk merawat buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus yang boleh diperolehi daripada daunnya ke dalam segelas susu. Ia hendaklah diminum setiap pagi selama sebulan untuk merawatnya. Akarnya yang telah dihancurkan pula digunakan untuk di sapukan ke tempat buasir.

Penyakit kulit seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah yang disebabkan oleh fungus juga boleh dirawat menggunakan peria iaitu dengan cara mencampurkan segelas jus peria dengan satu sudu kecil jus limau. Ia hendaklah diamalkan sedikit demi sedikit dalam jangkamasa empat ke enam bulan. Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daripada daun peria. Ia juga boleh mengatasi masalah hati kesan daripada pengambilan alkohol.

Mutakhir ini banyak syarikat pengeluar produk herba dan kesihatan menggunakan ekstrak peria dalam produk-produk keluaran mereka semata-mata untuk mendapat khasiat dan manfaat peria ini. Pelbagai bentuk sumber dari peria dicipta ,antaranya sebagai jus untuk minuman dan juga pil atau pun tablet untuk ditelan sebagai ubat herba.
HOT NEWS