Thursday, July 5, 2012

Risiko Kasut Bertumit Tinggi


Untuk entry kali ini, saya ingin berkongsi mengenai hi heel shoes atau kasut bertumittinggi plak…Boleh dikatakan kebanyakkan wanita suka memakai kasut bertumit.Tak kiralah yang tinggi atau tidak. Kata mereka,ia membantu menjaga personaliti diri sipemakai.Maksudnya Nampak elegen dan bergayalah kot.
Tapi kalau nak bergaya pun, kenalah betul pada caranya..kan.Kalau kita tahu kesan memakai kasut bertumit tinggi banyak risikonya….kenapa memperjudikan diri..tak gitu.??

Kasut tumit tinggi merupakan pilihan ramai wanita, apabila pakai sahaja kasut tumit tinggi ia memberi kesan kepada penampilan diri wanita tersebut. Tapi ada juga kesan lain yang akan diterima sekiranya berterusan memakai kasut tumit tinggi. Memakai kasut bertumit tinggi ini memang membuatkan seseorang itu nampak lebih anggun, cantik, bergaya dan sebagainya. Malah pemakai bertumit tinggi ini dikatakan tampak lebih yakin dan menarik. Menurut kajian, di dalam kelebihan pemakai bertumit tinggi ini terdapat juga kesan negatif diantaranya ialah:
1. Jejaskan peluang untuk dapat anak......erm risiko ni
2. Punca rambut gugur
3. Kasut tumit berukuran 12.7 sentimeter boleh menjejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita
4. Menyebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang dan, bahu menjadi sakit
5. Boleh menyebabkan pening kepala, gangguan haid

KEPADA IBU HAMIL,LAGI BERISIKO JIKA SUKA MEMAKAI KASUT BERTUMIT TINGGI.
Menurut Pakar Perbidanan dan Ginekologi, Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur, Dr. Asmah Yun Mat Sidek, wanita yang mengandung seharusnya mengelak daripada memakai kasut yang bertumit lebih daripada satu setengah inci (3.8 cm).Ini kerana, sewaktu mengandung pusat graviti mengalami peralihan manakala pelvis berubah bentuk dan menanggung bebanan berat yang bertambah di sebabkan oleh bayi yang dikandung. Ia akan mengubah cara wanita yang hamil berjalan. Malah kedudukan wanita yang hamil menjadi kurang stabil lebih-lebih lagi apabila memakai kasut bertumit tinggi.
Bila kedudukannya kurang stabil atau tidak seimbang, risiko untuk jatuh juga adalah tinggi dan mendatangkan akibat yang buruk kepada ibu dan juga anak yang dikandung. Apabila seseorang ibu hamil itu terjatuh, ia akan menyebabkan pendarahan di belakang uri (placenta abruption), yang mana uri akan terpisah daripada dinding uterus.
Pendarahan akan berlaku disebabkan oleh uri dan dinding uterus ini telah terpisah. Jika ia melibatkan pendarahan yang banyak, kemungkinan besar boleh memberi kesan kepada ibu dan kandungannya. Pendarahan yang banyak berkemungkinan besar boleh membahayakan bayi malah mungkin boleh meragut nyawa bayi yang dikandung selain turut memberi kesan kepada ibu tersebut,” jelas Dr. Asmah Yun.Tambah Dr. Asmah lagi, antara faktor lain yang tidak membenarkan seseorang ibu hamil memakai kasut tumit tinggi kerana mereka akan mudah mengalami sakit belakang.
Wanita biasa yang tidak mengandung juga mudah mengalami sakit belakang jika memakai kasut tinggi lebih-lebih lagi yang bertumit halus. Begitupun, risiko kesakitan itu lebih tinggi pada wanita mengandung iaitu antara 70 peratus sehingga 80 peratus.
Pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh menyebabkan perubahan pada postur tubuh, di mana pelvis akan terkehadapan dan terjadinya lengkungan pada bahagian belakang.
Ini ditambah lagi dengan berat bayi yang dikandung menyebabkan badan terdorong ke hadapan dan memudahkan ibu-ibu hamil mengalami sakit belakang. Kesakitan juga akan dialami pada bahagian tulang pelvis, lutut, betis dan tumit. Selain itu, ligamen akan mudah terkoyak disebabkan oleh hormon-hormon estrogen, progestron dan relaxin yang banyak semasa mengandung yang berfungsi bagi membentuk sistem pemprosesan air susu.
Menurut kekerapan memakai kasut tumit tinggi semasa mengandung juga menyebabkan otot-otot betis akan menjadi sakit dan kejang.Kaki akan menggunakan tenaga yang banyak ketika memakai kasut tumit tinggi terutamanya pada betis. “Asid lactic akan terkumpul pada bahagian itu dan mengakibatkan kekejangan otot.Kekejangan otot ini juga berlaku disebabkan terdapat 40 hingga 50 peratus lebihan darah dalam sistem badan yang perlu dipam ke seluruh badan.Apabila berjalan dan bergerak, otot betis akan bertindak seperti pam dan membantu darah mengalir menentang graviti, menyokong ke arah hati.
Organ hati wanita hamil akan membesar sewaktu mengandung kerana hati terpaksa bekerja keras mengepam lebihan darah tadi dalam badan. Pada ketika ini, denyutan jantung akan bertambah.

Pada waktu malam, hati tidak dapat bekerja sepenuhnya bagi mengepam darah ke bahagian kaki. Cecair boleh ‘terkumpul’, menyebabkan peredaran akan menjadi lambat dan urat-urat di bahagian kaki akan membengkak. Cecair ini boleh menyumbang kepada terjadinya kekejangan otot dan sakit kaki.Jika tanda-tanda seperti di atas di alami oleh wanita yang hamil, mereka dinasihatkan untuk melihat semula jenis kasut yang dipakai. dengan perut yang membesar dan payu dara yang juga ikut membesar, wanita hamil seolah-olah hilang upaya untuk berjalan atau menaiki tangga.
Mereka akan berasa mengah dan nafas tercungap-cungap apabila berjalan agak lama dan jauh kerana terpaksa membawa badan yang begitu berat.
Bagi kelihatan bertenaga dan boleh berjalan dengan cergas, elakkan daripada memakai sepatu tumit tinggi yang boleh menyebabkan betis dan bahagian kaki anda terasa penat dan kejang.
Digalakkan memakai kasut tanpa tumit yang lembut ataupun jika masih berkeinginan untuk bergaya seperti wanita yang lain, pilihlah yang setinggi satu atau dua inci sahaja.Wanita yang hamil ini di nasihatkan memakai kasut jenis kulit atau kanvas yang berudara kerana kasut jenis ini tidak akan memerangkap lembapan.
Tambahnya, selepas enam bulan, lebih baik memakai kasut yang bertumit rendah dan lebar bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.(amek dari blog Cahaya Cinta-Suri)
BACA ARTIKEL BERITA INI!

KEBURUKKAN KASUT TUMIT TINGGI
LONDON: Tindakan memakai kasut bertumit tinggi membolehkan seseorang wanita nampak bergaya tetapi ia juga menjejaskan peluang si pemakai untuk menimang anak, mengikut kajian yang disiarkan.
Pakar kesihatan dan kecergasan, Dax Moy berkata, gaya berdiri yang tidak seimbang
setiap kali memakai kasut bertumit setinggi 12.7 sentimeter memberi kesan kepada organ
dalaman dan kesuburan wanita.
"Jika wanita menghargai kesihatan mereka, elakkan dari memakai kasut bertumit tinggi
dengan apa cara - ia tidak berbaloi dengan risiko."
Penjualan kasut bertumit tinggi dan tirus mencatat peningkatan mendadak sejak selebriti
termasuk Victoria Beckham, Madonna, Kelly Brooke dan Scarlett Johansson, mula
memakainya.
Berikutan Minggu Fesyen London yang bermula, model Agensi Miu Miu dan Mourets
dijangka menguasai pentas peragaan dengan mengenakan kasut bertumit tinggi.
Namun, Moy sebaliknya memberi amaran, reka bentuk terbaru itu juga boleh
membuatkan rambut gugur.
"Kedudukan pinggul cuba ditolak ke depan oleh pemakai membolehkan isi perut
bergerak ke depan, menimbulkan keadaan yang ramai wanita menyangka ia adalah 'perut
buncit.
"Oleh itu, mereka memampatkan organ dalaman dalam keadaan yang dikenali sebagai
visceroptosis. Ia tidak berhenti di situ - leher, belakang, sakit bahu, sakit kepala malah
keguguran rambut ialah hasil tidak mempedulikan cara tubuh anda dicipta untuk
bekerja," katanya.
Visceroptosis ialah keadaan pernah dideritai wanita memakai korset atau barut dan kini ia
tidak lagi menyakitkan pinggang sebaliknya menjadikan kaki sebagai mangsa.
Moy menambah: "Paling penting ialah masalah besar yang berpunca dari pemakaian
kasut bertumit tinggi berkaitan dengan kesuburan, kitaran haid dan fungsi bahagian atas
tubuh.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjl7NhTb7qeCiuHrbyc0a35Yykv9QKYM99ycnqDLN0QlUt8rkxlgsuWgRym4oz9ZHl0tCzf-itjjfln21scrLgphaKZsvzf7FYMmMKKa0DXpHm3pEyaTsf9wjTQZgI7vtLUygQmk3eRXdrp/s320/highheelshoes.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh6IpQHQ8mUUJsyEc8uJlawh2NawvnzbQeedSncDU7DdvwGomyq0cdCFlcZhoxdnbcpTnWkzJXDeOPubBQt26VHx-w1IKIy8M3SLPeHlnPrG1fB4-vv5sjnDPdIYGIrYehAaG_k6WzG1ML5/s320/inbbdex.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgVR6YXJoZzF0_IARkWBxyTOWxtGWqo_qEsJ1Df4yNDxZkNqsLC8KQ4nisSpUvbiQ07EGu0b7yiXThEbd0pbyQpe52LQDE8sWACQ5x32CTMQANUwV5R8IQh7ux88Me_rSW4cfprwztto5rL/s320/heel9.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgdRlL87CLUjwbf4a8ofZLxOPLrYJKmnsGaJjV7DU_oOSpmnI5uqFroGhX_Hefva7okutRZVhC4DW9Mqtb7-8LI9AohY4UDM0SFf7kqIgfUYQ61un02PbUnp6PnukGH181bVm-YQTdfmkJS/s320/heel5.jpg

No comments:

Post a Comment

HOT NEWS