Friday, February 26, 2010

TAJUK 1
SISTEM ANALISA DALAM SAINS POLITIK

1.1 KAEDAH ANALISA DALAM SAINS POLITIK

1.1.1 Definisi

Perkataan “politik” ini berasal daripada istilah Yunani “polis” yang bermakna “negara-bandar

Jean Bodin (1530-1596) dan Montesquieu (1689-1755), umpamanya, menghubungkan politik dengankerajaan dan undang-undang.

Robert A. Dahl dalam bukunya Modern Political Analysis pula telah mengemukakan satu definisi ringkas yang menyatakan bahawa politik melibatkan pengawasan, pengaruh, kuasa dan autoriti.

1.1.2 Maksud Sistem Politik

“Satu set interaksi di antara berbagai komponen(struktur) masyarakat, yang saling berhubung, di dalam satu keadaan sekeliling tertentu.” (Strum dan Schidman)

Easton dan Lasswell menggunakan istilah authoritative dalam definisi mereka, iaitu politik sebagai pengagihan “nilai” oleh “pihak yang authoritative”, yang boleh diertikan sebagai “pihak berkuasa yang sah”.

1. kuasa 5. kemahiran
2. ilmu 6. kasih sayang
3. kekayaan 7. keadilan/kebenaran/kebebasan
4. kesejahteraan/kesihatan 8. penghormatan

1.1.3 Kaedah Structural-functionalism dalam Sains
Politik

(i) pendekatan institusi-institusi formal kerajaan
(ii) pendekatan perhubungan-perhubungan yang melibatkan kuasa
(iii) pendekatan sistem politik dan pengagihan nilai dalam masyarakat, dan
(iv) pendekatan politik sebagai keputusan dan dasar awam.

1.2 KAJIAN BUDAYA POLITIK

D.Kavanagh dalam bukunya Political Culture (1972) menjelaskan, budaya politik merangkumi sikap, kepercayaan, emosi, dan nilai sesuatu masyarakat yang berkaitan dengan sistem politik dan isu-isu politik.

1.2.1 Asas dalam Budaya Politik

Faktor pertama ialah perkembangan sejarah.
Faktor kedua ialah aspek geografi.
Faktor ketiga ialah perbezaan etnik.
Faktor penentu budaya yang keempat ialah
faktor sosioekonomi.

1.2.2 Simbol dalam Budaya Politik

1.2.3 Perkembangan dalam Budaya Politik





1.3 PERKAITAN BUDAYA POLITIK DAN PENTADBIRAN

1.3.1 Sosialisasi Politik

Sosialisasi politik merupakan proses pembentukan dan perkembangan sikap dan kepercayaan terhadap sistem politik
menggalakkan ketaatan kepada negara, pemupukan nilai-nilai tertentu dan boleh meningkatkan sokongan pada atau penyisihan dari sistem politik itu.

1.3.2 Agen Sosialisasi

1. keluarga
2. sekolah dan institusi pengajian yang lain
3. kumpulan sukarela, perhubungan kerja dan perhubungan tidak rasmi
4. media massa
5. kerajaan dan agensi-agensi kerajaan dan parti

1.3.3 Kaitan Budaya Politik dan Urusan Pentadbiran

Politik moden merangkumi beberapa unsur penting seperti “hak asasi manusia”, “kedaulatan rakyat”, “pengesahan dari rakyat” dan “kumpulan-kumpulan berkepentingan”, kita tidak dapat menyangkal bahawa institusi yang paling berkuasa dan berpengaruh dalam masyarakat moden ialah kerajaan


TAJUK 2
PERUBAHAN SET MINDA DALAM
ABAD BARU

2.1 PENGABADIAN TRADISI DAN BUDAYA
TRADISIONAL

Kebudayaan merupakan pola tingkah laku yang dipelajari dan disampaikan dari satu generasi ke satu genarasi seterusnya yang melibatkan keseluruhan cara hidup masyarakat yang merangkumi pelbagai aspek seperti ilmu, perubahan berfikir, kepercayaan dan amalan budaya tradisipnal, moral, dan kemahiran-kemahiran lain yang biasa dipelajari oleh manusia sebagai seorang anggota di dalam masyrakatnya, (Tylor. 1981: Asas-asas antropologi diterjemahkan oleh Abdullah Taib,1985:DBP.KL)

2.1.1 Amalan Budaya Bekerjasama

Amalan budaya bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti adalah penting sama ada di peringkat rendah atau peringkat tinggi

2.1.2 Perubahan sikap

1. Pemikiran
2. Perasaan
3. Tingkah laku






2.2 KOMANWEL GLOBAL

Komanwel adalah lanjutan kepada Empayar British dan ia lahir daripada konferen Imperial pada akhir 1920an
Persatuan secara sukarela yang melibatkan negara-negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh pihak British.

2.2.1 Sistem Pasaran Terbuka
(a) Kebaikan - sistem ekonomi pasaran terbuka Mementingkan kebajikan individu, menggalakkan persaingan, menggalakkan perkembangan teknologi dan reka cipta baru, menjimatkan kos, meningkatkan daya pengeluaran dan kemajuan ekonomi sesebuah negara.
(b) Kelemahan - Kegagalan dalam mengeluarkan barang awam.


TAJUK 3
PEMBENTUKAN HALA TUJU NEGARA

3.1 PERUBAHAN SISTEM NILAI

Nilai - adalah ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendorong seseorang atau sesebuah intitusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat.

3.1.1 Pengukuhan Nilai

- Nilai sebenarnya bersifat dinamik dan nilai ini akan terus berubah mengikut peredaran zaman
- Pengukuhan nilai yang berlaku secara formal dan tidak formal.

3.1.2 Keadilan Sosial

- Keadilan sosial dapat difahamkan dengan memberi kesempatan dan peluang yang sama kepada manusia untuk berkembang sesuai dengan kemampuan masing-masing dalam mengukir prestasi dan potensi mereka

1. Setiap rakyat dapat menghayati kehidupan beragama.
2. Menaikkan taraf daya fikir dan kemahiran hidup supaya rakyat bebas dari buta huruf.
3. Memberi kebebasan dan jaminan perundangan kepada masyarakat.
4. Memberi kebebasan kepada rakyat untuk berkecimpung dalam mana-mana kegiatan termasuk urusan ekonomi di dalam dan di luar negara.

3.2 SISTEM TADBIR URUS DAN KEHAKIMAN
3.2.1 Tadbir Urus (Governance), Cekap dan Demokratik

Sistem tadbir urus yang berjaya dikatakan mengamalkan beberapa kriteria.
(a) akauntabiliti
(b) ketelusan
(c) ketulenan
(d) integriti



3.2.2 Sistem Kehakiman

Sistem kehakiman merangkumi aspek jenis mahkamah,
1. Mahkamah Agung
2. Mahkamah Tinggi
3. Mahkamah Rendah
(i) Mahkamah Penghulu
(ii) Mahkamah Majistret
(iii) Mahkamah Seksyen

3.2.3 Kedaulatan Undang-Undang

RUKUN NEGARA

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan bersatu untuk mencapai citi-cita dengan panduan prinsip-prinsip Rukun Negara
• kepercayaan kepada Tuhan
• kesetiaan kepada Raja dan Negara
• keluhuran perlembagaan
• kedaulatan undang-undang
• kesopanan dan kesusilaan

3.3 SISTEM EKONOMI

3.3.1 Penyertaan dalam Ekonomi

Ekonomi Malaysia dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu:-
(i) Ekonomi Sara Diri - dijalankan sebelum
kedatangan pihak British dan dijalankan sekadar untuk menampung keluarga sahaja seperti bercucuk tanam, menangkap ikan, memungut hasil hutan dan sebagainya.
(ii) Ekonomi Komersil - dijalankan setelah kehadiran British pada abad ke-19 memerlukan penggunaan teknologi yang lebih maju seperti perdagangan dan perlombongan.

3.3.2 Pengagihan Pendapatan

Objektif Pengagihan Pendapatan adalah untuk:
(i) Memastikan penyertaan yang lebih seimbang dan saksama dalam kalangan berbagai-bagai kumpulan etnik.
(ii) Saiz kumpulan berpendapatan pertengahan akan ditingkatkan.
(iii) Meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup penduduk.
(iv) Memastikan corak guna tenaga mencerminkan komposisi etnik pendidik.
(v) Meningkatakan kualiti hidup rakyat Malaysia.
(vi) Meningkatkan keseimbangan wilayah melalui pembangunan pensat negara kurang maju.

Langkah mengurangkan ketidaksamarataan pendapatan:
(i) Memajukan pendidikan
(ii) Membina infrastruktur di kawasan luar Bandar.
(iii) Penyediaan pekhidmatan kesihatan
(iv) Lebih banyak rumah kos rendah
(v) Pinjaman akan dijadikan lebihmampu dan mudah diperoleh.
(vi) Meningkatkan kualiti hidup warga tua dan
golongan orang kurang upaya
(vii) Menggalakkan penyertaan wanita dalam guna
tenaga
(viii) Kadar inflasi dibendung pada paras yang rendah
TAJUK 4
PERLEMBAGAAN NEGARA

4.1 PENGENALAN
Perlembagaan adalah sejenis undang-undang yang mengandungi peraturan-peraturan yang boleh dikuatkuasakan.

4.1.1 Maksud Perlembagaan
Untuk pemahaman, sila teliti maksud perlembagaan yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh berikut:

“Perlembagaan dimaksudkan sebagai satu sistem berkerajaan di mana undang-undang dan prinsip-prinsip kerajaan tersebut berpandukan bagaimanakah sesebuah negara itu diperintah” – A.S.Hornby dalam Oxford Advanced Learner’s Dictionary.

“Perlembagaan sebagai satu komposisi (gabungan) dan fungsi kepada prinsip bahagian-bahagian tertentu sesebuah negara yang mengawal kerajaan atau badan yang dikenali sebagai rakyat” – Geoffrey Marshall dan Graeme C.Moodie dalam Some Problems of the Constitution.

“Perlembagaan sesebuah negara itu sebagai satu rangka kerja peraturan perundangan yang menjadikan atau membuatkan sistem pemerintahan negara itu”. – C.H. Pitchett dalam International Encyclopedia of Social Sciences.

“Perlembagaan sesebuah negara bermaksud sebagai prinsip-prinsip atau dasar-dasar penting berpandukan kepada cara mana negara itu diperintah dan diisytiharkan, sama ada dalam undang-undang, adat kebudayaan atau Majlis Piagam Perjanjian” – C.A. Leeds dalam bukunya,Politics.

“Perlembagaan sebagai koleksi prinsip-prinsip kuasa pemerintah, hak memerintah dan hubungan antara keduanya akan diubah” – C.F. Strong dalam bukunya Modern Political Constitution.

“Perlembagaan mengandungi satu badan atau peraturan bertulis atau tidak bertulis yang dapat mengenal pasti kerajaan yang dibentuk, satu pembentukan kuasa untuk pelbagai organisasi kerajaan dan prinsipprinsip umum yang akan menggunakan kuasa ini” – R.N. Gilchrist dalam bukunya Principles of Political Science.

4.1.2 Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan Persekutuan ini telah digubal oleh Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord Reid, Sir Ivor Jenning (British), Sir William Mckell (Australia), B.Malik (India) dan Hakim A.Hamid (Pakistan). Ia digubal berdasarkan 131 memorandum yang diserahkan
oleh parti politik dan pertubuhan Tanah Melayu.

Konsep Ketertinggian Perlembagaan

Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi Malaysia.

4.2 KOMPONEN UTAMA DALAM SISTEM KERAJAAN MALAYSIA

Eksekutif • melaksana dan menguatkuasakan undang-undang (lawapplication function)
• dibahagikan kepada:
1. Kerajaan Pusat (Kabinet)
2. Kerajaan Negeri
3. Kerajaan Tempatan
Kehakiman • mentafsir dan menterjemahkan undang-undang (lawadjudicating function)
• dibahagikan kepada mahkamah awam dan mahkamah khas

Perundangan (Legislatif) • menggubal dan meminda undang-undang (law-making function)
• merujuk kepada parlimen di Malaysia

4.2.1 Institut Legislatif

Yang Di-Pertuan Agong
• bertitah dalam upacara pembukaan rasmi penggal Parlimen (Titah Ucapan Diraja);
• memangil mesyuarat Parlimen dan menanguhkan pengal Parlimen mengikut
Perlembagaan;
• membubarkan Parlimen mengikut budi bicara baginda; dan
• memperkenankan kelulusan:
(a) akta baru
(b) pindaan akta lama
(c) pindaan perlembagaan
(d) undang-undang kewangan

Dewan Rakyat
- Terdapat 192 kerusi dalam Dewan Rakyat yang mewakili 192 kawasan pilihan raya Parlimen Malaysia.
- Dewan Rakyat mempunyai kuasa pemutus dalam undang-undang kewangan .
- Korum Dewan Rakyat di mana bilangan ahli terkecil untuk membolehkan Dewan Rakyat bersidang secara rasmi adalah 26 orang (tidak termasuk Speaker dewan)

Dewan Negara
- Ahli Dewan Negara merupakan ahli yang dilantik dan dinamakan sebagai senator.

Fungsi Dewan Negara
• Membahas hal rakyat dan negara.
• Menangguh dan meluluskan undan-undang, pindaan akta atau Perlembagaan.
• Tidak mempunyai kuasa menolak rang undang-
undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat.
• Hanya boleh menangguh undang-undang kewangan selama 30 hari (tiada kuasa pemutus).
• Boleh menangguh undang-undang kewangan
selama setahun.

Persidangan Parlimen
• Pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung dan 90
hari bagi Sabah dan Sarawak selepas tarikh pembubaran Parlimen.
• Yang di-Pertuan Agong mesti memanggil Parlimen untuk bersidang dalam tempoh
120 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen (iaitu 60 hari dan 30 hari selepas
pilihan raya bagi Semenanjung serta Sabah dan Sarwak masing-masing).






Fungsi-fungsi Parlimen:
1. Sebagai forum untuk membahaskan semua hal kerajaan dan rakyat. Ideologi parti
politik tidak dibenarkan dibahaskan kerana tiada kesudahan; lagi pun rakyat yanvg
menentukan kesesuaian ideologi politik sesebuah
parti melalui pilihan raya.
2. Membahaskan titah ucapan diraja, belanjawan negara dan rang undang-undang.
3. Meluluskan/menolak rang undang-undang.
4. Meminda undang-undang yang sedia ada atau perlembagaan

4.2.2 Institut Eksekutif

- Institut eksekutif memainkan fungsi melaksanakan undang-undang (Law-application function
- Di Malaysia badan ini dikenali sebagai kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri
- Kuasa eksekutif negara adalah dalam tangan Yang di-Pertuan Agong

Tugas ahli eksekutif terbahagi kepada tiga.
1. Mentadbir negara
2. Perhubungan diplomatik..
3. Badan Pengampun.

KABINET
• merupakan badan pembuat dasar kerajaan Persekutuan
• melaksanakan kuasa kerajaan Pusat/Persekutuan
• menjalankan tugas atas nama Yang di-Pertuan Agong
• diketuai oleh Perdana Menteri dan 25 orang Menteri yang
lain
• Timbalan Menteri bukanlah ahli Kabinet
• Mesyuarat Kabinet biasanya diadakan setiap pagi Rabu di
Jabatan Perdana Menteri
• Tugas-tugas kabinet:
(a) Mentadbir Kerajaan Pusat mengikut bidang kuasa yang terdapat dalam Senarai Persekutuan.
(b) Membuat dasar kerajaan.
(c) Memperinci dasar-dasar umum yang dijanjikan kepada rakyat.
(d) Membentuk dasar koordinasi yang bertujuan membina sebuah kerajaan yang cekap dan efektif.
(e) Mengendalikan sebarang masalah kecemasan yang melibatkan negara dan rakyat.

Jabatan Perdana Menteri
• Fungsi-fungsi Jabatan Perdana Menteri adalah:
(a) Merancang, merumus dan menyelaraskan segala dasar negara.
(b) Menentukan pelaksanaan dasar negara oleh kementerian lain adalah cekap dan berkean.
(c) Menguruskan Majlis Perancangan Negara, majlis Pembangunan Negara dan Majlis Keselamatan Negara.

Kementerian
• Merupakan agensi pelaksana tertinggi kerajaan (eksekutif).
• Diketuai oleh seorang menteri dengan portfolionya.
• Menteri dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Ketua Setiausaha dan pegawai kerajaan yang lain.
• Fungsi-fungsi am sesebuah kementerian:
(a) Merancang dan menggubal dasar-dasar, mengawal serta menyelaraskan program-program yang tertakluk di bawah portfolio Menteri.
(b) Mengesan dan mengawal program-program yang dijalankan oleh agensiagensi pelaksana di bawah kawalannya.
Jabatan-jabatan
• Merupakan agensi kerajaan yang terletak di bawah kementerian.
• Merupakan agensi pelaksana dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
• Jabatan kerajaan tidak aktif dalam ekonomi tetapi lebih kepada penguatkuasaan undang-undang.
• Melaksanakan perkara-perkara am yang terletak di bawah kementerian.
• Ada yang mempunyai cawangan di setiap negeri.
• Nama jawatan yang digunakan ialah pengarah, pegawai penguatkuasa.

Perbadanan Awam
• Merupakan badan khas yang menjalankan kegiatan khusus seperti ekonomi.
• Terletak di bawah tiga badan kerajaan iaitu Kerajaan Negeri, Kerajaan Pusat dan Kementeriaan Pembangunan Usahawan.

• Fungsi-fungsi perbadanan awam adalah:
(a) Melibatkan kerajaan dalam bidang sosioekonomi yang tidak diceburi oleh sektor swasta.
(b) Melibatkan kerajaan dalam sektor yang tidak mampu diceburi oleh sektor swasta kerana modal yang tinggi atau pulangan yang untung yang marginal.
(c) Membolehkan kerajaan menyediakan perlkhidmtan-perkhidmatan awam.
(d) Menambah penglibatan bumiputera dalam bidang ekonomi.

4.2.3 Institut Kehakiman

Institut Kehakiman melaksana fungsi pengadilan undang-undang (law-adjudicating function)

Fungsi utama Badan Kehakiman adalah:
- Melindungi hak-hak asasi manusia daripada pencerobohan pihak eksekutif, pihak-pihak tertentu mahu pun orang perseorangan.
- Berkuasa mentafsirkan Perlembagaan dan undang-undang.
- Menyemak undang-undang Parlimen, Dewan Undangan Negara dan pertubuhan.
- Mengisytiharkan sesuatu undang-undang atau tindakan tertentu tidak sah jika diminta.
- Membatalkan undang-undang yang bercanggahan dengan Perlembagaan setakat mana yang bercangah..
- Menjadi pentadbir keadilan dalam kes-kes sivil dan jenayah di Malaysia.
- Menjadi pentadbir keadilan dalam kes-kes yang berlaku atas kapal atau kapal terbang yang didaftarkan di Malaysia (sunguhpun kapal atau kapal terbang berada di ruang atau lautan antarabangsa).

4.3 KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN
KERAJAAN NEGERI
4.3.1 Kuasa Kerajaan Persekutuan

Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan adalah:
- Hal-ehwal luar negara (diplomatik)
- Pertahanan (TUDM, TLDM/TDDM)
- Keselamatan dalam negeri (polis)
- Pentadbiran
- Keadilan (mahkamah)
- Kewarganegaraan (pendaftaran kelahiran,
perkahwinan, perceraian, kematian, pengeluaran kad
pengenalan dan pasport)
- Pendidikan
- Akhbar dan penapisan
- Koperasi
- Perikanan (laut dalam)
- Kebajikan orang asli
- Kerja raya/tenaga/pos
- Perdagangan dan perusahaan (kawalan harga dan bekalan
serta inflasi)
- Sumber tenaga manusia
- Undang-undang sivil dan jenayah
- Perkapalan/pengangkutan

4.3.2 Bidang Kuasa Kerajaan Negeri

Bidang kuasa Kerajaan Negeri adalah:
• Hukum Syarak: hal-ehwal agama Islam
• Pentadbiran kerajaan negeri
• Hari kelepasan negeri
• Kerajaan tempatan, Dewan bandaraya, majlis Perbandaran atau Majlis daerah
• Mengeluarkan lesen hiburan dan sijil kesempurnaan bangunan
• Siasatan bagi maksud negeri
• Kerja-kerja negeri
• Tanah dan bekalan air
• Pertanian dan perhutanan
• Penyu dan menangkap ikan di sungai
• Tanah lombong/lesen kuari
• Harta karun

4.3.3 Penyelarasan dan Pembahagian Kuasa Antara Kerajan Persekutuan dan Negeri

Senarai Bersama antara Kerajaan persekutuan dan Kerajaan Negeri:

• kebajikan masyarakat
• biasiswa
• perlindungan binatang dan burung liar
• perancangan bandar dan desa
• ternakan binatang
• pemaritan dan pengairan
• kesihatan awam
• kebersihan dan mencegah penyakit

No comments:

Post a Comment

HOT NEWS