Friday, February 26, 2010

Nota Padat Etika Professional-OUMM3203

# Bab 1 Moral Reasoning and Ethical Theory (Taakulan berprinsip moral dan Teori Mengikut Etika)
The Meaning of Ethics (Makna Etika)
Prinsip kelakuan individu yang boleh diterima dari segi akhlak sama ada perbuatan tersebut betul atau salah dan tidak serupa untuk setiap individu.
The Meaning of Professional Ethics (Makna Etika Profesional)
Prinsip moral sesuatu kumpulan yang dibuat untuk mengawal prestasi mereka dalam menjalankan tugas megikut nilai dan amalan profesional serta bertindak mengikut etika yang ditentukan.

The Formation of Individuals Ethics (Faktor Pembentukan Etika Individu)
(1) Pengaruh keluarga (Family Influence) – Etika ibu bapa yg baik akan diikuti oleh anak dan sebaliknya. (2) Pengaruh rakan (Peer Influence) – Utk lihat peribadi seorang, lihatlah siapa rakan mereka (pepatah)
(3) Pengalaman hidup (Life Experience) – Sekiranya pencuri dihukum kerana mencuri, maka beliau akan mengetahui mencuri merupakan satu kesalahan.
(4) Nilai peribadi dan prinsip moral (Personal Values and Morals) –Seseorang yg mementingkan pangkat dan kedudukan sering bertindak berdasarkan untung tanpa mengira kesannya terhadap orang lain.
(5) Faktor keadaan (Situational factors) – Seorang peniaga boleh mengubah penyata keuntungan perniagaan untuk menipu cukai.
Pandangan tentang etika (The views of ethics)
(1) Utilitarian (Kemudahan) - Suatu keputusan untuk kepentingan majoriti walaupun tindakan tersebut sama ada betul, patut atau baik beri kesan buruk pada sebahagian kecil. Perlu kenalpasti:
(a) Siapa yg terjejas secara langsung dan tidak langsung (Who are directly and indirectly affected).
(b) Apa untung dan keburukan yg dialami mereka (What benefits and harms they would experience). (c) Berapa lama kesan tersebut berlanjutan (How long these effects would last).
(2) Golden Rule (Aturan Emas) – Menurut agama kristian ; Lakukan pada org lain sepertimana kita nak orang lakukan pada kita. (“do to others as you would have them do to you”).
(3) Kantian/Rights (Kantian/Hak) – Immanuel Kant percaya moral merupakan sesuatu yang universal dan setiap orang ada hak yang tertentu. Antaranya:
(a) The right of free consent (Hak penyetujuan percuma)
Setiap orang berhak untuk dilayan sekiranya mereka setuju dan bersedia untuk dilayan.
(b) The right of privacy (Hak untuk bersendirian)
Setiap orang berhak untuk melakukan, mendedah atau merahsiakan kehidupan peribadi.
(c) The right of freedom of conscience (Hak untuk kebebasan menyuarakan suara hati)
Setiap orang berhak untuk tidak melakukan sesuatu sekiranya melanggar prinsip moral mereka
selagi tidak bertentangan dengan pandangan masyarakat.
(d) The right of freedom (Hak untuk kebebasan)
Setiap orang berhak mengkritik suatu etika organisasi secara berhemat, selagi kritikannya
tidak mencabuli hak individu di dalam organisasi tersebut.
(e) The right of due process (Hak process berpatutan )
Setiap orang berhak dibicarakan dengan adil sekiranya hak mereka dicabuli.
Di dalam kantian/rights, sesuatu tindakan adalah betul apabila ia meminimumkan pencabulan hak.
(4) Enlightened Self-Interest (Menyedarkan Kepentingan Diri)
Walaupun kepentingan diri menjadi satu keutamaan, kesejahteraan masyarakat masih diambil berat dalam melaksanakan tugas. Cth jurutera proton yang bekerja dengan kepakarannya bukan sahaja untuk memperolehi gaji bahkan kereta yang dihasilkan memberi manafaat kepada pengguna. Suatu tindakan adalah betul dari segi akhlak jika ia memberikan keuntungan individu tanpa memberi kerugian dan, sekira perlu meminimumkan sebarang keburukan terhadap orang lain.

Normative Philosophy and Ethical Relativism (Falsafah normatif dan Relativisme Mengikut Etika)
Kajian tentang pemikiran yang betul dan kelakuan mengikut norma .
Ethical Theory (Teori mengikut etika)
Segala tindakan kita dalam komuniti disempadani dengan konsep betul dan salah yang memerlukan analisis dan pertimbangan dalam membuat keputusan atau tindakan dan bukan satu kekurangan sekiranya kita telah mencuba tetapi tindakan tersebut kurang tepat kerana tiada satu pun sistem etika yang sempurna tetapi terdapat 5 sistem yang sering digunakan:

a) Eternal Law (Undang-undang Abadi/kekal)
- Undang-undang Agama tidak berubah dan sah selama-lamanya.
- Tiada syarat atau ketetapan yang tepat memperlihatkan kebenaran.
- Setiap agama mempunyai standard moral yang berbeza untuk penganutnya
- Standard berbeda antara kumpulan yang berlainan walaupun menganut agama sama.
- Tidak dapat dilaksanakan secara universal.
b) Utilitarianism (kemudahan)
- Merupakan suatu keputusan atau tindakan untuk kepentingan masyarakat majoriti
-Sukar menentukan manfaat untuk masyarakat kebanyakkan.
- Tidak ada satu kaedah yang dapat menentukan sama ada tindakan/keputusan yang dilakukan adalah “betul”, “baik” atau “wajar”.
- Sukar untuk mengimbangi manfaat yang diperolehi oleh masyarakat majoriti dengan pengorbanan masyarakat minoriti.

c) Universalism (sejagat)
- Menyatakan niat/maksud yang tersirat di dalam membuat sebarang keputusan/tindakan adalah penting
- Keputusan tersebut dikira betul, tepat dan baik sekiranya semua orang yang mengalami masalah serupa melakukan tindakan yang serupa seperti yang kita lakukan.
- Terlalu bergantung kepada perkiraan niat seseorang.
- Sukar mengukur kepentingan terhadap kewajiban atau tanggungjawap seseorang individu.
- Adalah sukar untuk melayan kehendak orang lain kerana sebahagian dari kita akan memikirkan kehendak diri sendiri.

d) Distributive Justice Teory (Teori Adil Pembahagi)
- Keutamaan keadilan menjadi panduan membuat keputusan dan mengambil tindakan yang dijangka memberikan faedah kepada semua anggota masyarakat
- Keupayaan/usaha individu diabaikan/ tidak diendahkan.
- Sebarang cadangan amat bergantung kepada kerjasama sosial keseluruhannya untuk membekalkan faedah/keuntungan ekonomi dan social.

e) Personal Liberty Theory (Teori Kebebasan Peribadi)
- Keutamaan kebebasan mejadi panduan membuat keputusan dan mengambil tindakan yang akan menyebabkan semua orang akan mendapat manfaat dan kebaikannya.
- Ia berdasarkan satu definasi kebebasan yang sempit yang menghadkan hak negatif untuk tidak mengalami gangguan daripada orang lain






Perbandingan Utilitarianisme dan Universalism
Utilitarianism Universalism
• Menekankan kepada kesan/keputusan/akibat dari sesuatu tindakan dan bukannya niat individu tersebut • Menekankan kepada niat individu yang melakukan tindakan atau membuat keputusan.
• Sesuatu tindakan/keputusan dikira betul sekiranya membawa manfaat kepada orang. Dianggap salah sekiranya membahayakan atau mencederakan orang lain • Niat yang baik sering kali membawa kepada kebaikan.
• Sekiranya tindakan/keputusan tersebut akan memberikan manfaat kepada majority masyarakt maka dikira baik • Mendahului kepentingan orang lain dari kepentingan sendiri.

# Bab 2 Moral And Social Responsibility (Moral dan Tanggungjawab Sosial)
Conditions for Moral Accountability and Liability (Keadaan dalam Tanggungjawab Moral)
(1) Knowledge and Freedom (Pengetahuan dan Kebebasan)
Seseorang itu bertanggungjawab atas perbuatannya dengan kerelaan hati tanpa paksaan fizikal dan psikologi.

(2) Ignorance (Kedunguan/kebodohan/ketidaktahuan)
Alasan ketidaktahuan hanya boleh digunakan apabila sesorang tidak bersalah. Ini berlaku apabila seseorang tidak memahami hukum alam yang terjadi atau tidak dapat menerima semua yang munasabah yang dapat dijangka akibat daripada perbuatannya

(3) Coercion (penggunaan kekerasan / paksaan)
Pegawai bank yang menjaga kaunter yang mana menyerahkan sejumlah wang tunai yang ada di dalam laci kepada perompak bersenjata adalah jelas tidak bersalah dari segi moral di dalam melesapkan harta bank.

“Tanggungjawab moral” (moral responsibility)
Def: Seseorang secara moral boleh dipertanggungjawabkan terhadap tindak tanduk mereka, sekiranya mereka mengetahui tindakan yang dibuat adalah dengan kerelaan hati dan tanpa sebarang paksaan secara fizikal mahupun psikologi.

Perbezaan (material coorperation) dan formal coorperation (kerjasama formal) dibawah Natural Law

Formal coorperation Material coorperation
Seseorang menjadi rakan sekerja yang secara sukarela untuk melakukan perbuatan yang salah, dengan mengizinkan dan membenarkan kejahatan dilakukan. Formal cooperation tidak pernah dapat ditentukan walaupun dengan ketakutan yang amat sangat Ia bermaksud seseorang diminta untuk melakukan suatu tindakan yang masuk akal (logik), tidak jahat pada amnya, tetapi pada akhirnya ia secara tidak langsung telah membantu orang tersebut untuk melakukan sesuatu tindakan yang pada hakikatnya adalah salah.

Era tanggungjawab sosial

a) The Entrepreneurial Era (Era Perindustrian)
Berlaku lewat 1800 an. Masa ini industri mengumpul keuntungan. Masa era ini, semua industri adalah kecil.

b) The Depression Era (Era Kemelesetan)
Berlaku pada tahun 1900, masa ini organisasi besar telah mendominisasi ekonomi US. Orang awam telah mengkritik organisasi kerana melakukan aktiviti kewangan yang tidak bertanggungjawab sehingga berlakunya keruntuhan pasaran saham pada tahun 1929.
c) The Social Era (Era Sosial)
Wujud pada tahun 1960an dan ketidak ketentraman sosial. Ini kerana organisasi besar telah didakwa mempromosikan peperangan di Vietnam. Empat kesatuan hak pengguna telah menyatakan pendirian mereka kepada Presiden John Kennedy mengenainya.

Pendapat mengenai tangunggjawab sosial
Bersetuju Tidak bersetuju
• Membantu problematic (merupakan persoalan) business
• Syarikat juga anggota masyarakat
• Sumber bisnis selalunya boleh membantu menyelesaikan masalah
• Tanggungjawab sosial boleh tambah keuntungan • Keuntungan adalah objektif perniagaan
• Penglibatan di dalam aktiviti sosial memberikan syarikat tersebut kuasa yang besar
• Kemungkinan berlaku confict of interest
• Kepakaran yang kurang di dalam mengurus aktiviti sosial


Cara kerajaan mempengaruhi organisasi
d) Direct Regulation (Peraturan secara terus) – Memperkenalkan dan melaksanakan undang-undang dan akan tubuhkan agensi yang akan mengawasi dan mengawal aktiviti-aktiviti tertentu.
e) Inderect Regulation (Peraturan tidak langsung) – Secara tidak langsung mempengaruhi cara organisasi tersebut membelanjakan wang mereka memelalui cukai, sama ada melalui insentif mahupun subsidi.

Cara organisasi mempengaruhi kerajaan.
a) Personal Contact (Hubungan peribadi) – Hubungan peribadi dan jaringan perniagaan.
b) Lobbying – Mempengaruhi pembuat undang-undang oleh pihak individu mahu pun kumpulan tertentu
c) Political Action Committee (Tindakan komiti politik) – Sumbang wang kpd ahli politik untuk kempen.
d) Favours (keramahan) – Bergantung kepada keramahan untuk mendapatkan sokongan

Cara organisasi untuk melaksanakan tanggungjawab sosial
(1) Legal compliance (Mematuhi Undang-undang) – Organisasi patut mematuhi undang-undang.
(2) Ethical compliance (Mematuhi Etika) – Ikut etika yang biasa boleh diterima masyarakat
(3) Philanthropic giving (Suka menderma) – Beri sumbangan/dana dlm program kebajikan

• Natural Law, alasan paksaan hanya boleh digunakan di dalam kes dimana ketakutan berlakunya kemusnahan kebebasan seseorang di dalam kerelaan melakukan tindakan tersebut.
• Kerjasama Cooperation bermaksud tindakan yang dilakukan adalah bermoral pada asasnya, tetapi orang lain telah menggunakannya untuk melakukan perbuatan tidak bermoral.
• Kerjasama Formal bermaksud seseorang melakukan tindakan tidak bermoral, bermaksud moral yang salah dan beliau bekerjsama melakukan perbuatan jahat secara moral.
• Kerjasama material adakala boleh dijustified sebagai alasan yang baik, biasanya di dalam kepentingan diri. Tetapi kerjasama formal di dalam melakukan kejahatan tidak pernah diizinkan.

# Bab 3: The Nature of Ethics in Modern Business (Etika di dalam perniagaan alaf baru)
Etika dalam pengurusan
Masalah di dalam pengurusan/pengelolaan kerana konflik di antara keuntungan/prestasi syarikat dengan tanggungjawab/prestasi sosial. Cth :Pengurangan pekerja di dalam sesebuah syarikat boleh menjimatkan kos dan menaikkan keuntungan tetapi menyebabkan ramai akan menjadi penganggur.



5 masalah etika di dalam pengurusan:(Akibat dari keputusan yang dibuat)
a) Akibat berpanjangan – Sebarang keputusan yang dibuat akan memberikan kesan yang berpanjangan kepada masyarakat. Sebagai contoh, pengeluaran produk tidak selamat akan mengancam nyawa individu.
b) Mempunyai berbagai pilihan altenatif – Berbagai pilihan alternatif perlu dibuat/dirancang apabila membuat sebarang keputusan atau pilihan etika.
c) Mempunyai akibat yang banyak (bercampur aduk) – Keuntungan dan kerugian sosial serta juga pulangan kewangan dan perbelanjaan sering kali berkait dengan pilihan alternatif etika yang dipilih.
d) Mempunyai akibat yang tidak pasti – Akibat dari sesuatu keputusan atau pilihan etika yang diambil tidak dapat dipastikan.
e) Mempunyai impak peribadi – Keuntungan dan kerugian sosial serta juga pulangan kewangan dan perbelanjaan sering kali berkait dengan impak peribadi di dalam pilihan alternatif etika yang dipilih.
Mekanisma menganalisis permasalahan etika di dalam pengurusan
a) Analisis Ekonomi – Teori Makro dan Mickro ekonomi bergantung kepada keadaan pasaran terbuka, perbekalan dan permintaan seharusnya boleh membantu di dalam sebahagian pemasalahan etika .
b) Analisis Undang-undang – Sekiranya masalah etika menjadi terlalu besar, undang-undang boleh digunakan untuk menguruskan masalah ini.
c) Analisis Etika – Dalam suasana normative philosophy, setiap orang mempunyai dasar pemikiran di dalam masyarakat dan bertindak pada prinsip yang sama, kemudian rakan/sekumpulan di dalam masyarakat mestilah mendapat layanan yang adil.


Contoh masalah etika di dalam pengurusan
(1) Paras Harga (Pricing Level) – Turun naik harga barangan adalah masalah asas ekonomi tetapi ia memberikan impak kepada masyarakat
(2) Mesej Pengiklanan (Advertising messages) – Kebenaran dan penipuan terhadap mesej pengiklanan haruslah dianalisis untuk membuang keraguan di dalam minda masyarakat, akibat yang tidak pasti, uncertain
(3) Promosi Produk (Product promotions) – Ini adalah agenda pengiklanan. Masyarakat tidak sepatutnya dipengaruhi secara negatif mesej promosi yang diiklankan.
(4) Persekitaran Kerja (Working Condition) – Persekitaran tempat kerja mestilah conductive/sesuai
(5) Perkhidmatan Pelanggan (Customer Service) – Pelanggan mestilah diberi keutamaan di dalam urusan perniagaan.
# Bab 4 Managerial Ethics and the Rule of Law
Penggunaan Undang-undang dlm membuat keputusan
Undang-undang adalah satu set peraturan yang dibina oleh masyarakat untuk menguasai/mengawal kelakuan di dalam masyarakat tersebut. Oleh itu kita perlu merujuk kepada undang-undang apabila kita menghadapi dilema etika di dalam sesuatu organisasi apabila memilih antara prestasi ekonomi dan prestasi sosial. Biarkan undang-undang menentukan segalanya kerana masyarakat telah membina satu set peraturan yang dibuat secara kolektif (berkumpulan) oleh anggota masyarakat tersebut mengenai tindakan dan kelakuan yang harus dibuat dan ia akan memberi kesan kepada kebajikan terhadap masyarakat tersebut.

Mengimbangi prestasi ekonomi dan sosial
• Retrenchment (Pemberhentian pekerja) – Berhentikan pekerja utk atasi kerugian.
• Menghapuskan perkhidmatan orang tengah – Cth dell jual komputer terus tanpa lalu org tengah
• Menjual terus produk tersebut kepada pengguna terakhir.

Undang-undang
Def: Undang-undang adalah satu set peraturan yang konsisten yang dibuat oleh masyarakat untuk mengawal kelakuan masyarakat dan telah diterbitkan (published), diterima (generally accepted) dan dikuatkuasakan.

Ciri Undang-undang
• Consistent (Konsisten) – tiada bantahan di dalam peruntukkan
• Universal (Menyeluruh) – dapat dipakai oleh semua orang yang menghadapi keadaan/situasi yang sama
• Published (Diterbitkan/dicetak) – ditulis, dicetak dan dapat dicapai oleh semua orang
• Accepted (Diterima) – biasanya di patuhi oleh masyarakat
• Enforced (Dikuatkuasakan) – Langgar undang-undang, berjaya dibuktikan , terima hukuman.

Proses Pembentukan Undang-undang
• Proses Individu - Proses ini melibatkan pendirian norma individu (individual norms), kepercayaan (belief) dan nilai (values) di dalam undang-undang
• Proses Kumpulan – Setiap masyarakat mempunyai latarbelakang atau persekitaran yang mengabungkan nilai ajaran agama, tradisi budaya, kedudukan ekonomi, pembangunan teknologi, organisasi sosial, Politik
• Proses Sosial – Perubahan di dalam norma (norms), kepercayaan (belief) dan nilai (values) akan memberikan kesan yang ketara di atas undang-undang
• Proses Politik – Wakil yang dilantik/dipilih dengan rasmi adalah bertanggungjawab untuk membuat rumusan mengenai undang-undang di dalam sistem yang diwakili.


# Bab 5 Kod Etika

Def: Norma (kebiasaan) dan kepercayaan yang dipegang oleh sesebuah organisasi.

Kod-kod Etika
Norma • Norma adalah standard perlakuan; cara bagaimana pegawai atasan mahu kakitangannya bertindak bila berhadapan dengan situasi tertentu.

• Contoh norma dalam etika ialah:
Pekerja syarikat tidak dibenarkan menerima hadiah peribadi bernilai lebih RM 25

• Dalam bentuk pernyataan-pernyataan yang negatif
Kepercayaan • Cara berfikir yang dikehendaki oleh pegawai atasan pada kakitangan terhadap tugas.
• Dinyatakan dalam bentuk yang positif.
Contohnya:
“Tanggungjawab utama kita ialah para pelanggan”



5.2 Jawatan Ombusman
Ombusman ialah seorang yg ditugaskan untuk memberi kaunseling kepada pekerja lebih muda mengenai hal-hal berkenaan masalah kerjaya, kesukaran yang dihadapi organisasi dan isu-isu etika.
5.3 Punca-punca Kelakuan Tidak Beretika
Pembahagian struktur dalam organisasi mewujudkan pembahagian kuasa; bidang kuasa untuk produk, pasaran dan perubahan dalam proses diberikan kepada pengurus-pengurus bahagian, yang secara tidak langsung dipertanggungjawabkan ke atas prestasi ekonomi.
Kesannya
(1) hubungan antara bahagian tidak dapat dimanfaatkan sebagai asas kepada ekonomi kerana persekitaran berbeza dalam setiap bidang.
(2) Pengurusan korporat dalam pembahagian kuasa mempunyai sedikit kawalan ke atas bahagian-bahagian lain

5.4 Pembangunan Sistem Perancangan Baru

Sistem Perancangan General Elektrik (GE)
Kaedah perancangan strategi dikenali sebagai ‘portpolio model’ kerana ia menilai setiap unit proses pasaran dalam syarikat sebagai satu pelaburan yang boleh ditingkatkan, dikekalkan atau dikurangkan mengikut masa.
Unit-unit produk – pasaran – proses di GE diistilahkan “Strategik Business Unit” atau SBU. Ia mengandungi bahagian-bahagian produk yang berkaitan dan bersama mempunyai keupayaan untuk bersaing dalam industri melalui Strategi yang telah dijelaskan.

Pengurusan korporat akan mampu mengawal persaingan dan mengarah strategi menerusi peruntukan sumber dengan cara menggunakan modal perancangan korporat dan bukannya proses belanjawan modal. 250 bahagian produk yang disentralisasikan di GE telah digabung menjadi 73 unit strategic business yang separa berpusat.

Prinsip yang mendasari model perancangan korporat separa berpusat yang dibangunkan oleh GE ialah setiap “SBU” berbeza dari 2 dimensi:
• Daya terikan industri tersebut
• Kekuatan syarikat dalam industri tersebut.

# Bab 6 The Moral Dimensions of an Economic System (Prinsip Dimensi suatu sistem Ekonomi)

Strategi memotivasikan dan memuaskan hati para pekerja

1. Menyediakan latihan sama ada di dalam dan di luar waktu kerja kepada para pekerja mereka.
2. Memberi maklumbalas sekiranya mutu kerja pekerja mereka didapati berkesan.
3. Membenarkan mereka (pekerja) mengambil bahagian dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan struktur dan objektif kerja mereka .
4. Menyediakan peluang kepada mereka untuk naik pangkat.
5. Menyediakan suasana kerja yang selamat untuk mereka berkerja.

Kebebasan dalam sistem kapitalis
• Hak untuk menggaji tetap, hanya utk pekerja yang dapat memenuhi tuntutan perniagaan dan beroperasi secara berkesan pada keuntungan yang memuaskan
• Hanya mengambil pekerja yang mempunyai pendidikan, kemahiran dan kewibawaan yang layak untuk melaksanakan sesuatu operasi perniagaan tersebut.
Andaian dalam ekonomi kapitalis:
1. Pilihan hidup dipilih sebebasnya oleh anggota-anggota masyarakat sama ada melalui proses demokrasi atau melalui kontrak sosial yang tersembunyi.
2. Masyarakat yang terus hidup dalam sistem ini tanpa bantahan secara politik, secara tidak langsung menunjukkan bahawa mereka memilih sistem ekonomi tersebut (yang berbentuk kapitalis).
3. Kebebasan majikan mengupah dan mendapatkan pekerja yang layak sahaja bermaksud tiada seorang pun ahli masyarakat yang boleh menuntut secara moral ke atas sebarang pekerjaan tertentu yang ditawarkan di dalam sektor swasta.



Affirmative Action Preferential Treatment
Pekerjaan dan peluang kenaikan pangat terbuka kepada semua tanpa mengira jantina, bangsa, agana, umur dan sebagainya Juga dikenali sebagai ‘Setting Quotas’ – menetapkan kuota, amalan mengutamakan menggaji atau menaikkan pangat individu dari kelompok kaum minoriti berbanding individu dari kaum bukan minoriti.



Selebihnya sampai Bab 7 baca sen

No comments:

Post a Comment

HOT NEWS