Semalam
,keluar gi beli barang kat sebuah pasaraya berdekatan rumah.Semasa q nak bayar
harga barang-barang, kat belakang saya ada “sepasang “ lelaki lembut yang
berbual-bual mesra tanpa menghiraukan orang lain. Punya happening bercerita….
seolah-olah berdua saja di situ..siap bertepuk-tampar.Namun yang sopannya
,walaupun gamat berbual….mereka berdiri bersilang kaki,,walhal..tangan mencekak
pinggang. Gelagat mereka menyebabkan saya terpanggil untuk menulis short entri
ni. Sambil menulis , fikiran menerawang ke zaman persekolahan dulu.Mengenangkan
rakan baik saya merupakan seorang lelaki
lembut yang digelar ‘sotong’oleh pelajar lain.
Gambar ihsan Google |
Siapakah
lelaki lembut? Adakah mereka lembut sejak azali?
Persepsi kebiasaan masyarakat kita, lelaki lembut merujuk kepada orang lelaki yg berjalan dan bertingkalaku seperti orang perempuan. Lelaki yang lembut sering kali suka kepada pekerjaan wanita seperti mengemas rumah, memasak, berhias, mempunyai naluri dan sikap seperti wanita dan sebagainya. Lazimnya lelaki lembut ini tidak suka kepada pekerjaan-pekerjaan yang berat sepertimana pekerjaan lelaki.
Lelaki yang lembut adalah anugerah Allah dan tidak dilaknat Allah selagi mana dia tidak melakukan perbuatan sumbang. Semua kejadian manusia dan alam ini adalah dari Allah, mereka juga dijadikan dengan sebaik-baik kejadian tanpa cacat cela. Firman Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya).” (At-Tin : 4)
Lelaki yang lembut juga memerlukan layanan yang baik sepertimana orang lain, tetapi malangnya masyarakat sekarang ini rata-ratanya melayan mereka ini seperti orang yang tidak bermaruah. Sesiapa yang mempunyai sahabat, keluarga, anak atau sebagainya dianggap malang kerana mengundang kutukan atau celaan orang lain. Mereka lupa sebenarnya ini semua adalah anugerah Allah kepada keluarga atau masyarakat tersebut. Allah hendak menguji mereka bagaimana mereka mendidik lelaki lembut ini atau mereka memdidik lelaki lembut ini kearah kemaksiatan seperti seks sejenis (homoseksual), lesbian atau sebagainya.

Ingatkah
anda dengan kisah Fadhil Min Bahari
a.k.a Fatine yang berkahwin songsang dengan lelaki
Inggeris.
Erm..pasti anda tidak lupakan dengan sorang transeksual Malaysia ini kan.
Sememangnya lelaki lembut ini juga perlu dibimbing agar mereka tidak hanyut dengan kecelaruan gender yang cuba dijadikan ‘the way of life’.

Hakikatnya ,
mereka perlukan bimbingan ke arah yang dikehendaki oleh syariat supaya mereka
tidak terjebak dalam masalah sosial yang lebih kronik. Ada pendapat menyatakan
bahawa keluarga perlu bertanggungjawab memantau dan mengarahkan anak lelaki mereka yang lembut seperti, tidak
membiarkan anak lelaki mereka memakai pakaian anak-anak perempuan, tidak
membiarkan anak lelaki mereka berkawan dengan perempuan, tidak membiarkan anak lelaki
mereka memasak dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan anak lelaki
yang lembut tidak mempunyai perasaan perempuan atau cinta songsang.
Namun,
tidakkah kita sedari,ramai yang telah berjaya dalam bidang peragaan ,andaman ,chef-chef
terkenal terdiri daripada lelaki lembut. Haa…adakalanya konpius juga kepala
memikirkannya. Agaknya, apabila mereka berperwatakan sebagaimana
perempuan,kuranglah keinginan melakukan aktiviti seperti budak lelaki lain.Hasilnya,mereka
lebih berjaya dalam pelajaran dan kerjaya-kerjaya tertentu sebagaimana pelajar perempuan.Kenyataan
ini mungkin akan disokong segelintir
kaum Adam ja….namun tempiasnya…ada betulnya tau.
Saranan
Ustaz Nor Amin , kepada sesiapa yang mempunyai sifat lelaki lembut, anak atau
kawan yang lembut, mereka tetap lelaki dan hukumnya juga tetap lelaki. Mereka
hanya mempunyai perwatakan sahaja lembut seperti wanita, tetapi ketentuan hukum
fiqh adalah lelaki. Pergaulannya dengan perempuan tetap haram atau menyerupai
wanita juga tetap haram. Ada setengah lelaki lembut ini menganggap diri mereka
perempuan sehinggakan mereka berpakaian seperti perempuan, bergincu, seluar
ketat, rambut sanggul dan malah ada yang bertudung. Kalau yang lebih teruk lagi
mengadakan hubungan songsang iaitu jatuh cinta kepada lelaki dan tiada selera
keinginan kepada wanita atau less. Ini semua terjadi adalah anggapan mereka
yang tertipu dengan syaitan dengan mengatakan bahawa mereka adalah perempuan.
Daripada Ibn Abbas r.a. katanya :
“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang berkelakuan seperti perempuan dan perempuan yang berkelakuan seperti lelaki, dan kata baginda lagi “halau mereka dari rumahmu.” (Sahih Bukhari)
“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang berkelakuan seperti perempuan dan perempuan yang berkelakuan seperti lelaki, dan kata baginda lagi “halau mereka dari rumahmu.” (Sahih Bukhari)
Akhir kata,
seandainya menyedari diri jauh terpesong dan menyimpang dari landasan
Allah..kembalilah ke pangkal jalan wahai lelaki lembut. Kita manusia sentiasa
melakukan kesilapan,namun apabila menyedarinya,jangan diulangi lagi kesilapan
lalu….Wallahualalam..
Apa
pandangan anda….???
No comments:
Post a Comment