Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Cerpen. Show all posts

Sunday, July 1, 2012

SIRI GALAKAN MEMBACA

MISTERI


Petang itu Adi pulang lewat ke rumah.Ada latihan bola sepak di sekolahnya. Zufar dan Shahfawi sudah lama meninggalkannya.

Adi terpaksa berjalan kaki sejauh 2 km kerana basikalnya pancit semalam.Ayahnya tidak sempat membaiki basikalnya.

Dia sudah separuh perjalanan.Rumahnya agak jauh dari sekolah .Mungkin mengambil masa kira-kira setengah jam perjalanan. Peluh sudah membasahi dahinya. Rimas dan melekit saja rasanya.

Tiba-tiba Adi berhenti sebentar.Ada yang mengganggu fikirannya.
Ingatannya kembali kepada cerita Syahid pada pagi tadi.

“Betul…..kalau engkorang tak percaya …tunggulah nanti.Abang aku cakap rumah tu berhantu…ada penunggu,” bersungguh-sungguh benar Syahid menceritakan kisah seram itu.

Adi tergamam seketika.

“Mengapa tidak aku tumpang Zufar saja tadi,” bisiknya dalam hati.

Namun diperkuatkan juga azam untuk melalui jalan itu .Jalan itu lah satu-satunya “short cut” ke rumahnya. Dia sudah berazam, kalau ada apa-apa yang berlaku, kudratnya masih mampu melawan atau paling tidak menjerit.

Setibanya di persimpangan jalan, Adi ternampak rumah itu.Biasa saja namun memang sudah using.Agaknya sudah lama tidak didiami . Pintu serta tingkapnya sudah agak uzur.Reput di sana sini.

Adi terleka memerhati keadaan fizikal rumah itu. Seakan ada yang menarik minatnya ke rumah itu. Dia berjalan menuju ke rumah using itu. Perasaan takut yang pernah menyelubunginya sudah hilang entah ke mana.

Kini kakinya sudah mahu melangkah memijak anak-anak tangga yang sudah uzur itu.Tiba-tiba….



“Adi……mak kau risau tu………mari balik,” jerit satu suara dari arah belakang. Adi menoleh ke belakang.

“Oh.. ayah rupa-rupanya,” bisiknya.

Adi berlari ke arah ayahnya. Dia terus membonceng motor vespa antic ayahnya.

“Apa kau buat tadi?” Tanya ayahnya.

Adi hanya membisu. Dia pun pelik.Kenapa agaknya dia ke rumah itu.Walhal pagi tadi bukan main takut lagi dirinya mendengar cerita Syahid.

Setibanya di rumah, Adi mandi dan terus makan . Dia masih memikirkan peristiwa tadi. Seakan ada satu kuasa luar biasa yang menariknya ke rumah itu. “Apa agaknya ya…aku mesti bongkarkan…mesti’” azam Adi.



OLEH:  SHIMA SNJ


SIRI GALAKAN MEMBACA



            MENGGAPAI  IMPIAN

            Langit kelihatan mendung , namun hujan tidak juga turun-turun . Zaleha menyeka peluhnya dengan hujung lengan baju kurungnya. Sudah jauh dia berjalan. Agaknya pada petang ini rezekinya berkurangan.
Selalunya karipap , onde-onde dan kuih badak ibunya akan habis dijual sebelum waktu asar.
            Namun Zaleha masih tabah mengatur langkahnya hingga ke hujung Kampung Sena.Kuih-muih di dalam raga itu perlu dijual sampai habis. Nasihat ibunya , pulang sebelum senja pasti dilangkahinya hari ini.Apa taknya, Kampung Sena jauh dari rumahnya.Hampir 3 km jaraknya.
           
            Selalunya , dia akan menjual kuih dengan mengayuh basikalnya. Malangnya basikal pemberian AJK PIBG sekolahnya itu pancit semalam. Namun rutin harian tetap diteruskan jua walau seribu halangan mendatang. Berehat sehari dari menjual kuih bererti mengurangkan pendapatan ibunya. Apalagi yang boleh dibuat oleh ibunya.Mak Siti yang sering sakit-sakit hanya berupaya membuat kuih-muih untuk dijual. Aisyah masih kecil dan belum bisa mengerti apa-apa.Begitu juga dengan Saiful ,Murni dan Zuraidah.Masing-masing belum mengenal erti kemiskinan dan penderitaan. Mujurlah Zaleha dapat mengurangkan bebannya sedikit.

Selepas pulang dari sekolah ,  Zaleha tanpa mengeluh akan menjaja kuih ke sekitar kampung berhampiran.
Dia bukan seperti budak lain yang akan ke kelas tambahan untuk menambah ilmu. Sebaliknya masanya rehatnya dikorbankan untuk menambah pendapatan keluarganya yang susah.

            “Nak, banyak lagikah kuih tu, bagi makcik RM10, malam ni nak buat kenduri sikit kat surau,” kata wanita yang agak seusia ibunya.

            “ Ada , semuanya RM5 saja makcik,” balas Zaleha.

            ‘Tak mengapalah , selebihnya makcik sedekah saja ya,” kata wanita itu.

            Zaleha kaku seketika. Tetapi ibunya telah berpesan , jangan mengambil lebih dari yang sepatutnya.Hatinya dalam dilema. Hendak diturutkan  kata hatinya atau perlu diikut nasihat ibunya.

Selepas berfikir seketika ,hatinya nekad mahu memulangkan baki RM5 itu.

            “Tak mengapalah makcik, saya ambil RM5 saja ya,” jawab Zaleha sambil memulangkan baki duit itu.

            Wanita itu hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
           
            “Sungguh jujur budak ini,” bisik hati kecilnya.


            Zaleha menarik lengan baju untuk melihat jamnya.

            “Hm….sudah pukul 6 petang, sudah lewat ni, aku mesti cepat,” bisik hatinya.

            Di rumah, Mak Siti sudah kerap benar merenung ke luar jendela. Hatinya runsing dan mula digayuti bimbang.

            “Selalunya Zaleha sudah sampai ke rumah di waktu-waktu begini, kemana pulak perginya?” getus hatinya tiba-tiba.
Bunga-bunga resah mula mendatanginya.
           
“Assalamualaikum..,”

Mendengar suara itu , hati Mak Siti menjadi lega.

            “Waalaikummussalam… hai lewat kamu Leha, mak bimbanglah,” kata Mak Siti.

            “ Kuih lambat habis tadi mak, Leha pergi Kampung Sena,” jawab Zaleha sambil membasuh kakinya .Dingin air dari tempayan membuatkan dia kegelian.

            “Lain kali tak usahlah pergi jauh-jauh nak,kalau tidak habis, bawa saja balik atau bagi saja pada kanak-kanak ,” cadang Mak Siti.

            “Baiklah mak, Leha mandi dulu ya,” jawab Zaleha sambil menuju ke bilik air.

            Pada malam itu  Zaleha dan keluarganya makan malam agak awal. Mak Siti menanak nasi lebih dari biasa. Lauk sungai selalunya menjadi hidangan utama.Sayur-sayur segar dipetik di tepi sawah oleh Saiful pada petang tadi. Jadi dapatlah ditumis ala kadar. Mak Siti tidak lupa menggulai siput sawah yang menjadi kegemaran Zaleha. Dia tahu Zaleha tentunya amat letih selepas menjaja kuih seharian.

            Hati Mak Siti senang dan puas melihat anak-anaknya makan dengan lahap. Saiful , Murni dan Zuraidah memang kuat makan.Tidak seperti Zaleha yang hanya makan sepinggan nasi setiap kali.

            “Idah,  tolong mak basuh pinggan ya,kakak kamu dah penat ,biarlah dia mengulangkaji pelajarannya,” laung Mak Siti dari arah dapur.

            “Biarlah mak, bukannya banyakpun, biar Leha yang basuh,” kata Leha.

      
Malam itu , bertemankan lampu pelita minyak tanah , Zaleha mengulangkaji pelajarannya. Esok ujian  percubaan UPSR akan bermula.
Hatinya sedikit resah kerana belum menghabiskan semua ulangkajinya.

Sesekali liuk lentuk api pelitanya terpadam oleh angin yang agak kuat pada malam itu.Angin menerobos masuk melalui dinding lusuh dan berlubang.Kedinginan itu sudah cukup membuatkan dia tersengguk-sengguk beberapa kali. Namun ibunya yang  setia menemaninya akan menggerakkannya setiap kali dia terlelap.

            Begitulah Zaleha. Pelajar tabah dan pintar yang hampir 5 tahun kehilangan kasih sayang ayahnya. Namun kekurangan itu bagaikan satu suntikan kepadanya untuk terus berusaha menggapai kejayaan yang sering dijanjikan kepada arwah ayahnya suatu ketika dulu.

Dia akan cuba mengekalkan kedudukannya dengan menggenggam 5A seperti setiap kali ujian .Guru dan rakan-rakan sudah menaruh kepercayaan dan harapan bahawa anak yatim itu akan mencipta  kejayaan suatu hari nanti.


       oleh:
Shima SNJ



      

      
HOT NEWS