TOPIK
1 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK
1.1
KANAK-KANAK DAN SENI VISUAL
Kanak-kanak
dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta
berkembang
mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran
mereka. Hasil
kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai
alat
komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanakkanak.
1.2
KEPENTINGAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN
PENDIDIKAN
SENI VISUAL KEPADA KANAK-KANAK
(a) Aspek
Kognitif
Penganjuran
aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat
melahirkan
kanak-kanak yang mempunyai keupayaan
menyelesaikan
masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak
membuat
keputusan.
(b) Aspek
Fizikal
Penggunaan alat
dan bahan memberikan satu bentuk latihan
berkesan
kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan
serta mata.
(c) Aspek
Kreativiti
Latihan dan
projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid
untuk
mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek
di dalam
pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding
dengan hasilan
akhir.
(d) Aspek
Persepsi
murid boleh
mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan
pancaindera
dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni,
produk dan
objek yang terdapat di sekeliling mereka.
(e) Aspek
Sosial dan Emosi
Murid boleh
berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial
selain
meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni
juga
menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti
berkumpulan yang dibentuk.
1.3
KANAK-KANAK DAN SENI LUKIS
(a) Melukis
sebagai Medium Komunikasi
Lukisan
merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum
mereka
berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan
yang berkesan
untuk berinteraksi.
(b) Melukis
sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri
Melukis
merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan
kepada
kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat
meluahkan
perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan
otot. Aktiviti
sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi
kanak-kanak.
(c) Melukis
untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self
Esteem)
Aktiviti
melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak
dalam
meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam
bentuk dan
rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman
mereka.Melalui
aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan
daya
sensitiviti pancaindera.
1.4
PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK
1.4.1
Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day
(a) Peringkat
Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4
Tahun)
kanak-kanak
tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan.
Lukisan yang
dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak
terdapat di
dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan
menggunakan
pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon,
pensil serta
bahan-bahan lain.
-tidak
bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan
garisan bagi
menggambarkan sesuatu imej.
-terdapat
empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif
iaitu
contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal,
contengan rupa
terkawal dan contengan rupa.
(b) Peringkat
Membuat Simbol (6-9 Tahun)
kanak-kanak
mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol. Pada
peringkat ini,
kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan
sekelilingnya.
(c) Pra-Remaja
(10-13 Tahun)
Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan
saiz yang betul
Lukisan figura
pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz
sebenar objek.
1.4.2
Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld
dan
Britain
(a) Peringkat
Scribbling (2-4
Tahun)
Pada peringkat
ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara
rawak dan
tidak terkawal. mereka mula melukis dari peringkat
contengan
kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada
melukis bulatan.
(b) Peringkat
Preschematic (4-7
Tahun)
Peningkatan
daripada contengan bulatan kepada percubaan
pertama untuk
melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan
menggunakan
garisan.
(c) Peringkat
Schematic (7-9 Tahun)
Lukisan mula
dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu.
Penekanan
lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam
imej selain
daripada imej manusia dan objek yang terdapat di
sekelilingnya.
lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan
berskala
besar.
(d) Peringkat
Dawning Realism atau
The Gang Age (9-12
Tahun)
kanak-kanak
terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema
tertentu. imej
yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan
mula mengecil
dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan
sifat kritikal
dengan hasil karya sendiri. Mereka mula
membandingkan
karya dengan karya rakan sebaya dan ini
menjadikan
mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta
menitikberatkan
kualiti karya yang dihasilkan.
(e) Peringkat
Pseudonaturalistic atau
Reasoning (12-14 Tahun)
Pada peringkat
ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik
di dalam
menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep
kedudukan dan
saiz rasional imej. Mereka lebih gemar untuk
melukis
melalui konsep peniruan atau melalui objek
di hadapan
mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi.
(f) Peringkat
Period If Decision atau
Adolescent Art in High
School
(14-17 Tahun)
Peringkat ini
merupakan peringkat penekanan terhadap proses
penghasilan
karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini
memperlihatkan
kematangan di dalam membuat keputusan dan
pemilihan
bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya
seni.
1.4.3
Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Georges-
Henri
Luquet
(a) Peringkat
Fortuitous Realism
Peringkat ini
ialah peringkat awal lukisan kanak-kanak di mana
imejan yang
cuba dihasilkan pada peringkat contengan telah
membentuk imej
dan objek yang hampir sama dengan objek
sebenar.
(b) Peringkat
Failed Realism
Imej yang
diperolehi secara tidak sengaja diperbaiki dan diperhalusi
bagi
mendapatkan imej sebenar. Lukisan yang hampir sama
dihasilkan
berulang kali.
(c) Peringkat
Intelectual Realism
Pada peringkat
ini kanak-kanak mula melukis mengikut apa yang
mereka tahu
dan apa yang mereka lihat. Bentuk lukisan yang lebih
ringkas namun
dilukis dengan agak baik.
(d) Peringkat
Visual Realism
Melukis imej
yang mempunyai perspektif dan kadar banding.
Percubaan
untuk melukis imej 3 dimensi di atas kertas lukisan dapat
dilihat pada
peringkat ini dan percubaan melukis imej secara 3
dimensi
dianggap satu kejayaan dan pencapaian baik.
1.5
KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK
(a) Untuk
Bergerak, Berjaya dan Diiktiraf, Diterima dan Disanjung
(hasil karya
di[uji,dipamerkan)
(b) Untuk
Bersaing, Ketangkasan Fizikal dan Memahami
(pertandingan)
(c) Untuk
Meneroka, Pencapaian Kreatif dan Meluahkan Perasaan
(beri peluang meneroka dan bereksperimentasi.
<!-- nuffnang -->
<script type="text/javascript">
nuffnang_bid = "556c52197744506403c55f53717d4d76";
document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" );
(function() {
var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript';
nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js';
var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling);
})();
</script>
<!-- nuffnang-->
TOPIK
2 TEORI-TEORI DALAM SENI
2.1
DEFINISI SENI
Seni boleh
dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada
ekspresi diri,
penilaian yang menentukan elemen-elemen yang
wajar
diketengahkan di dalam hasil seni, di dalam menyampaikan
idea, emosi,
perasaan, kepercayaan di dalam bentuk yang
difikirkan
paling efektif.
2.2
CIRI-CIRI PERKEMBANGAN
Pergerakan
estetik awal kanak-kanak mempunyai kaitan langsung
dengan emosi
mereka kerana resepsi deria yang mengeluarkan
isyarat
tersebut selalunya mempunyai hubungan terus dengan
bahagian otak
yang merangsang emosi.
2.3
PERKEMBANGAN ESTETIK
Luahan estetik
kanak-kanak amat berbeza dengan pergerakan
badan yang
biasa. Di dalam kehidupan seharian, kita berkomunikasi
secara verbal
ataupun bukan verbal. Komunikasi bukan verbal
melibatkan
pergerakan tangan, memek muka, pandangan mata
dan pergerakan
bahagian badan yang lain. Pergerakan estetik pula
menjurus
kepada isyarat virtual. Isyarat virtual ini merupakan
jendela kepada
emosi dalaman kanak-kanak dan juga jiwa dan
pemikiran
mereka.
2.4
PERKEMBANGAN ARTISTIK
(a) Faktor
sosioekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas
dalam
peringkat awal pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak
lelaki dan
perempuan didapati melukis dengan cara yang sama di
peringkat awal
pertumbuhan.
(b) Lukisan
kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat
tentang
perkembangan mereka daripada catan kerana ianya
menggunakan
krayon, pensil dan pen. Alatan ini lebih mudah
dikawal oleh
kanak-kanak daripada berus dan warna.
(c) Terdapat
pertindihan yang agak ketara di antara peringkatperingkat
perkembangan.
Lukisan kanak-kanak mungkin
mempunyai
elemen dua peringkat serentak dan tidak semestinya
elemen satu
peringkat perkembangan sahaja.
2.5
TEORI-TEORI KOGNITIF
2.5.1
Teori Gestalt- Prinsip asas teori ini menitikberatkan
keseluruhan
daripada sebahagian. Dalam erti kata lain, melihat
sesuatu objek
secara keseluruhan (contohnya rumah) memberi
makna yang
lebih mendalam daripada melihat komponenkomponen
individu
(tiang, lantai, dinding, pintu, tangga). Proses
melihat secara
keseluruhan melibatkan proses kognitif – minda
membuat
anjakan daripada memahami setiap komponen dalam
menghasilkan
makna daripada pandangan yang menyeluruh.
Hukum-hukum
Teori Gestalt
(a) Hukum
Pragnanz
Hukum Pragnanz
menyatakan bahawa apabila individu berhadapan
dengan
pengalaman yang baru, persepsi individu tersebut adalah
tidak teratur.
(b) Hukum
Persamaan (Similarity)
Konsep hukum
persamaan adalah lebih mudah untuk difahami.
Individu akan
lebih cenderung untuk mengklasifikasikan rangsangan
yang mempunyai
persamaan di dalam kumpulan yang sama.
(c) Hukum
Keintiman (Proximity)
Mengikut hukum
keintiman, pengklasifikasian setiap rangsangan
adalah
berdasarkan elemen jarak dan hubungan. Rangsanganrangsangan
yang mempunyai
hubung kait di antara satu sama lain
akan
diletakkan di dalam kumpulan yang sama.
(d) Hukum
Lengkap (Closure)
Hukum lengkap
menganjurkan bahawa individu cenderung untuk
meletakkan
rangsangan yang telah lengkap di dalam kumpulan
yang sama.
(e) Hukum
Kesinambungan Positif (Good Continuation)
Hukum ini
menyatakan bahawa sifat sesuatu rangsangan tidak akan
berubah, dan
pada masa yang akan datang sifat yang sama akan
dikekalkan.
Contohnya, garis yang lurus dilihat sebagai akan tetap
lurus pada
masa yang akan datang dan tidak akan berubah sifatnya.
(f) Hukum
Ciri-ciri Bahagian (Membership Character)
Di dalam hukum
ini, individu akan mentafsir sesuatu berdasarkan
pandangan
mereka secara keseluruhan terhadap sesuatu objek
tersebut, dan
bukannya melihat setiap bahagian daripada
keseluruhan
objek tersebut.
-
Teori Gestalt juga
mempunyai
hubungan yang rapat dengan pandangan konstruktivis
dan banyak
diaplikasikan di dalam kaedah penyelesaian masalah.
- Di dalam
konteks pembelajaran seni visual, teori Gestalt bukan
sahaja melihat
kepada produk atau hasil kerja tetapi memberikan
penekanan yang
tinggi ke atas proses penghasilan produk itu
sendiri.
2.5.2
Teori Sosial-Interaksi Piaget(ahli epistemologi genetik di
dalam bidang
biologi dan falsafah.)
-Piaget
merumuskan bahawa kanak-kanak kecil bukanlah tidak
mempunyai
kapasiti untuk berfikir, cuma kanak-kanak dewasa
mempunyai
lebih pengalaman yang mengasah minda mereka.
Jawapan
kanak-kanak kecil berbeza daripada kanak-kanak dewasa
kerana cara
berfikir mereka yang berbeza.
- prinsip
penyelidikan biologinya :
(a) Penyerapan
(Assimilation) dan
Ubahsuai (Accommodation)
Piaget
menjelaskan dua proses yang digunakan oleh individu
sepanjang
hayat dalam menyesuaikan diri mereka dengan
persekitaran,
iaitu asimilasi (assimilation) dan akomodasi
(accommodation).
Kedua-dua proses ini sentiasa berlaku dalam diri
individu dan
sentiasa menimbulkan ketegangan yang memerlukan penyelesaian. Hasil daripada
penyelesaian kepada ketegangan ini akan mempengaruhi perkembangan kognitif.
(b) Refleksi,
Skema, Struktur dan Hierarki
Piaget juga
mengemukakan hipotesis bahawa setiap bayi dilahirkan
dengan skema
fungsi yang dikenali sebagai refleksi. Refleksi pada
bayi ini
berfungsi dalam membantu menyesuaikan diri dengan
persekitaran
yang baru (daripada dunia janin ke dunia sebenar).
Apabila bayi
mula biasa dengan persekitaran yang baru, refleksi ini
akan
digantikan dengan skema tersusun.
Perkembangan
Kebolehan Kognitif
(a) Peringkat
Deria-Pergerakan (0-2 Tahun)
Kanak-kanak
masih belum dapat menguasai simbol ataupun bahasa
untuk
menamakan objek di sekitarnya. Satu-satunya cara interaksi
dengan
persekitaran ialah melalui kesan deria dan gerak-gerinya.
Apabila umur
bayi meningkat 10 bulan, bayi tersebut mula
memahami
konsep ‘kekal’ (permanence) iaitu kesedaran bahawa
walaupun
sesuatu objek hilang daripada pandangannya, objek
tersebut tidak
ghaib begitu sahaja.
(b) Peringkat
Pra-olahan (2 – 6 Tahun)
Di peringkat
ini, kanak-kanak telah mula menguasai bahasa dan
menggunakan
nama untuk panggilan objek di sekelilingnya.
Walaupun
begitu, penguasaan ini masih baru dan terbatas dan akan
berkembang
sepenuhnya sehinggalah kanak-kanak tersebut
mencapai
peringkat pengolahan formal.
(c) Peringkat
Pengolahan Konkrit (7 – 11 Tahun)
Kebolehan
kanak-kanak menguasai konsep pengekalan tentang
paduan,
nombor, berat dan padatan. Kebolehan ini membantu
mereka
memahami konsep lain yang lebih rumit seperti susunan
angka,
pengklasifikasian bahan mengikut sifat, serta kemampuan
melihat
sesuatu perkara daripada pelbagai perspektif.
d) Peringkat
Pengolahan Formal (12 Tahun ke Atas)
Kanak-kanak
ini mencapai tahap kemuncak kecerdasan mental di
penghujung
zaman remaja, namun kekurangan pengalaman
mengehadkan
pengetahuan dan kebolehan mereka untuk
menggunakan
apa yang mereka tahu. Di peringkat ini juga,
perkembangan
fizikal kanak-kanak adalah lebih pantas berbanding
perkembangan
mental apabila mereka mula melangkah ke awal
alam remaja.
Pendekatan
Teori Sosial-Interaksi Piaget dalam Pembelajaran
(a) Peringkat
Pra-olahan (2-6 Tahun)
Imaginasi
kanak-kanak adalah sangat tinggi pada peringkat praolahan,
iaitu apabila
kanak-kanak mencapai umur dua hingga enam
tahun. Adalah
penting bagi guru-guru prasekolah ataupun ibu bapa
menggalakkan
kanak-kanak untuk berimaginasi kerana secara
tidak langsung
ia juga akan menggalakkan daya cipta kanak-kanak.
(b) Peringkat
Pengolahan Konkrit
Di peringkat
ini, kanak-kanak mempunyai kepetahan bercakap yang
sangat tinggi
dan sentiasa ingin bertutur untuk menarik perhatian. Namun begitu, di dalam
kelas yang sama
mungkin ada
sebilangan kanak-kanak yang sangat petah bertutur dan sangat aktif, manakala
sebilangan lagi lebih suka mendiamkan diri.
(c) Peringkat
Pengolahan Formal (12 Tahun ke Atas)
Di peringkat
ini, pelajar telah mula faham konsep-konsep abstrak
dan mula
membentuk identiti diri. Mereka mula memahami
kepentingan
falsafah hidup dan prinsip, politik dan konsep agama.
Guru boleh
membantu dengan mengadakan perbincangan dalam
topiktopik ini
agar dapat dijadikan panduan oleh pelajar. Antara
bentuk
perbincangan ialah membantu dalam menentukan hala tuju
pelajar,
persediaan yang perlu dilakukan serta menetapkan
matlamat.
Pendekatan
Konstruktivis
Pendekatan
Konstruktivis dalam Pengajaran
Bruner telah
menggariskan tiga prinsip utama di dalam konteks
pembelajaran
menggunakan pendekatan konstruktivis.
1. Pengajaran
perlu menitikberatkan pengalaman pelajar serta
mengikut
konteks kesanggupan pelajar untuk belajar (kesediaan).
2. Pengajaran
perlu mengikut struktur atau urutan yang mampu
difahami oleh
pelajar dengan mudah (organisasi).
3. Pengajaran
perlu dirangka untuk memudah cara penghasilan ilmu
(melangkaui
maklumat yang dibekalkan guru).
Kaedah
ini mengaplikasikan empat cara tertentu di dalam
penyampaian
sesuatu topik.
1. Menekankan
perbezaan iaitu melatih pelajar agar bijak
membezakan
jenis dan sifat maklumat yang diterima.
2. Menstruktur
maklumat agar lebih mudah diterima dan difahami
3. Susunan
paling berkesan di dalam menyampaikan material
pengajaran
4. Sifat dan
bentuk ganjaran (reward) atau hukuman (punishment)
yang akan
dikenakan sekiranya pelajar berjaya atau gagal
melakukan
sesuatu.
TOPIK
3 BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)
- Unsur-unsur
seni reka terdiri daripada enam elemen asas yang
penting dalam
penggubahan
sesuatu karya seni visual iaitu:
• Garisan
• Rupa
• Bentuk
• Jalinan
• Ruang
• Warna
-
Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan
mempunyai
jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan
dapat mencipta
rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan
gambaran
bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual.
-
Rupa
Rupa mesti
mempunyai garisan luar (outline)
dan sempadan yang
mengelilinginya.
Ianya dapat dikategorikan kepada rupa geometri
dan organik.
Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyai
sudut dan
penjuru. Rupa organik pula yang mempunyai rupa bebas
dan tidak terikat
pada bentuk yang khusus. Rupa ialah sesuatu
kawasan yang
berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D
(tidak
berjisim). Merupakan hasil pertemuan antara penghujung
garisan dan
permulaannya.
Bentuk
mempunyai struktur jisim dan isipadu. Terdapat 2 jenis
bentuk iaitu
bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk dapat dihasilkan
melalui
lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi. Bentuk
konkrit ialah
bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi. Bentuk ilusi
ialah bentuk
yang dilihat melalui gambar atau ilustrasi. Ianya bersifat
rata dan boleh
dihasilkan melalui lakaran, catan dan
lukisan
berkomputer 3 dimensi.
Jalinan
merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan
sesuatu objek.
Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi
sesuatu objek
kepada kita. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu;
jalinan sentuh
dan jalinan tampak. Jalinan sentuh ialah jalinan yang
dapat dirasai
melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam
semula jadi)
dan jahitan sulaman (alam buatan manusia). Jalinan
tampak pula
jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat
dirasa melalui
sentuhan.
Ruang
merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau
kawasan kosong
di
sekeliling
objek, atau jarak antara dua objek.
warna
ialah pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada
sesuatu
permukaan. warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama
iaitu warna
asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas
terdiri
daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya boleh
menghasilkan
warna sekunder dan warna tertier. Warna sekunder
pula terdiri
daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat
dihasilkan
daripada campuran dua warna asas. Sementara itu,
warna tertier
terhasil daripada percampuran warna asas dan
sekunder.
PRINSIP-PRINSIP
REKAAN
-Harmoni
wujud di alam sekeliling apabila munculnya susunan atau
ulangan
unsur-unsur seni mengikut cara atau gaya yang
tertentuTujuan
menghasilkan kesan harmoni adalah untuk menarik
perhatian pada
sesuatu gubahan, objek atau imej.
- Kontra
wujud apabila salah satu daripada unsur-unsur seni
mempunyai
ciri-ciri yang bertentangan di antara satu sama. Ianya
bertujuan
untuk menimbulkan kesan yang menarik pada sesebuah
karya seni.
Kontra berkait rapat dengan penegasan (semakin tinggi
kadar kontra
semakin jelas penegasan).
- penegasan
ialah sesuatu yang boleh menarik perhatian dan
tumpuan kepada
pemerhatian tampak. Ianya berfungsi sebagai
daya penarik,
pemusatan
karya,
mengelak kebosanan dan menjadikan gubahan lebih
dramatik.
Imbangan
ialah keadaan gubahan yang sama sempadan,
sama berat dan
graviti, sama kecerahan warna, sama padan dan
sama gaya
penampilan.
Terdapat tiga
jenis imbangan iaitu imbangan simetri, imbangan tidak
simetri dan
imbangan
semua arah.
Pergerakan
wujud apabila terdapatnya keadaan yang bergetar,
bergoyang, bergegar,
berayun, bersinar-sinar dan sebagainya.
Pergerakan
bertujuan untuk memberi ‘nyawa’, rupa dan bentuk
visual dalam
seni tampak dua dimensi.
Kepelbagaian
merupakan keadaan penggabungan pelbagai gaya,
nilai dan idea
yang berbeza. Susunan atau ulangan unsur-unsur
seni yang
bertentangan arah dan berbeza saiznya akan
mewujudkan
kepelbagaian.
Kesatuan
merupakan olahan motif atau ulangan unsur-unsur seni
secara
sistematik, berpandukan grid berdasarkan tema atau idea
sesuatu hasil
karya. Susun atur yang kemas, teratur, lengkap dan
sempurna dapat
mewujudkan kesatuan.
ORGANISASI
REKAAN
Komunikasi
visual merujuk kepada pembelajaran yang
membolehkan
pelajar berkomunikasi secara visual melalui hasil
kerja seni.
Komunikasi visual terdiri daripada dua tumpuan utama
iaitu; reka
bentuk grafik dan multimedia. Reka bentuk grafik meliputi
pengenalan
reka bentuk grafik, poster, simbol, logo dan maskot,
kaligrafi,
tipografi, pembungkusan, grafik persekitaran, ilustrasi, dan
komputer
grafik.
Poster
merupakan reka bentuk komunikasi yang berfungsi
menyampaikan
mesej dan intipati daripada gubahan idea. Ianya
juga merupakan
elemen dalam promosi, kempen dan sebagainya.
Simbol
Ialah reka
bentuk grafik yang diringkas dan dipermudahkan
daripada imej
sumber alam semula jadi dan alam buatan manusia.
Simbol terdiri
daripada flora dan fauna serta benda-benda yang
terdapat di
sekeliling manusia. Ianya lebih ringkas dan mudah
daripada tanda
yang menggunakan teks.
Logo
Logo ialah
visual grafik yang menjadi identiti kepada firma
perniagaan,
kelab, persatuan, organisasi dan bandan-badan
tertentu.
Maskot
Maskot pula
digunakan untuk menarik minat pada sesuatu sambil
menampilkan
ciri-ciri kemesraan.
Tipografi
(Muka Taip)
Tipografi
merupakan seni menyusun atur atau merekaletak
sesebuah muka
surat dengan menggunakan huruf untuk
mendapatkan
hasil yang menarik. Terdapat 3 kumpulan muka
taip yang
diaplikasikan dalam rekaan grafik iaitu muka taip serif, san
serif dan
hiasan.
Pembungkusan
boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu
pembungkusan jenis
lembut dan pembungkusan jenis keras.
Pembungkusan
seni lembut terdiri daripada beg plastik, kertas,
plastik
pembalut dan kertas pembalut. Manakala pembungkusan
jenis keras
terdiri daripada kotak, tin, botol dan sebagainya.
Grafik
Persekitaran
Ialah reka
bentuk grafik yang ada pada alam sekeliling. Ianya
berkonsepkan
pengiklanan untuk menyampaikan maklumat di
samping
mempromosi kepada pembaca dan pengguna.
Ilustrasi
Ilustrasi
merupakan seni yang menggambarkan idea dan kata-kata
dalam bentuk
gambar. Pada zaman dahulu, ilustrasi digunakan
untuk
merakamkan legenda dan peristiwa bersejarah. Kini ianya
lebih bersifat
komersial dan berkembang pesat seiring dengan
penemuan
teknik percetakan.
Komputer
Grafik
Komponen
grafik dalam perisian menggunakan komputer grafik
ialah teks,
warna, bentuk, ilustrasi dan garisan yang boleh
membantu
pelajar. Penggunaan komputer grafik membantu pelajar
meningkatkan
mutu hasil kerja kerana komponen grafik telah
tersedia dalam
pelbagai perisian.
Multimedia
Multimedia
ialah penggunaan komputer untuk sesuatu
persembahan
dengan menggunakan sokongan teks, grafik, audio
dan video.
Ianya menggunakan rangkaian hubungan dan alat untuk
membolehkan
pengguna melayari, berinteraksi, mencipta dan
berkomunikasi.
KRAF
TRADISIONAL DAN DIMENSI BARU
Tembikar/Seramik
merupakan
hasil kraf tradisional yang paling awal dapat dikesan
oleh tamadun
manusia. Ia menggunakan tanah liat yang didapati di
kawasan
persekitaran atau tepian sungai, sawah dan sebagainya.
objek ini
berfungsi sebagai bekas kegunaan harian, hiasan dan
dalam
kematian.
Anyaman
adalah warisan
yang terkenal di kawasan luar bandar terutamanya
di
negerinegeri Terengganu, Perak, Melaka dan Kedah. Anyaman
bukanlah
produk tetapi lebih merupakan kemahiran dalam
penghasilan
produk. Biasanya produk yang dianyam diperbuat
daripada daun
mengkuang atau pandan, dan dijadikan sebagai
perkakas atau
objek harian seperti tikar, tudung saji dan
sebagainya.
Ukiran
Merupakan
sejenis seni warisan yang menerapkan unsur-unsur
alam sekitar
yang menjadi identiti ukiran mereka. Antara motifnya
ialah awan
larat yang mempunyai unsur-unsur flora dan fauna,
kosmo,
geometri dan lain-lain.
Tekat
Tekat lebih
dikenali sebagai tekat bersuji atau sulaman timbul. Ia
merupakan seni
sulaman benang pada kain dasar dan dibentuk
dengan
menggunakan kertas yang diliputi benang emas.
Batik
Produk batik
mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil
yang tinggi.
Tidak hairanlah ia menjadi salah satu produk
pelancongan
yang terlaris. Di antara jenis-jenis batik termasuklah
batik
tulis/lukis, terap/blok, pelangi, skrin dan sebagainya. Motif yang
digunakan
adalah seperti flora dan fauna, geometri dan sebagainya.
Tenunan
Tenunan adalah
proses menjalinkan sehelai benang sehingga
menjadi
sebidang kain. Tenunan merupakan hasilan jalinan benang
losen (benang
dasar) dengan benang pakan (benang sisip).
REKA
BENTUK DALAMAN DAN LANSKAP
Salah satu
cara peningkatan kehidupan dalam kediaman atau ruang
awam supaya
dapat meningkatkan status ruang tersebut agar
selesa,
selamat dan sesuai dengan cita rasa pemiliknya. Reka
bentuk ruang
dalaman terhasil daripada kombinasi beberapa
elemen asas
seni bina seperti tiang, dinding, lantai, siling dan atap.
Kategori reka
bentuk hiasan dalaman terbahagi kepada dua iaitu
reka bentuk
ruang kediaman dan reka bentuk ruang awam dan
komersil.
REKABENTUK
PERSEKITARAN
Lanskap
Lanskap
merupakan pemandangan yang boleh dilihat secara
semula jadi
ataupun buatan manusia. Ianya boleh dibahagikan
kepada
beberapa kategori yang merangkumi lanskap, kediaman,
komersial,
institusi, pinggir jalan dan kemudahan awam.
Jenis-jenis
Lanskap
Lanskap lembut
merangkumi penggunaan tumbuh-tumbuhan yang
meliputi
pelbagai jenis pokok, tumbuhan renek dan tumbuhan tutup
bumi. Satu
lagi jenis lanskap ialah lanskap keras atau kejur.
Peranan
dan Fungsi Lanskap
Secara
umumnya, lanskap mempunyai beberapa fungsi dan
peranan utama.
(a) Fungsi
Fizikal Tumbuhan Lanskap
• mengawal
hakisan tanah
• memberi
perlindungan dan teduhan
• meredakan
iklim
• mengawal
pencemaran alam
• menjadi
tirai dan dinding
• mengarah
pergerakan atau petunjuk arah
• imbangan
ekologi dan kehidupan fauna
(b) Fungsi
Estetik Tumbuhan Lanskap
• membentuk
ruang
• merangka
pemandangan
• melembutkan
• mengikat
bangunan dan struktur dengan permukaan bumi
• menjadi
penyatu pelbagai elemen
(c) Fungsi
Ekonomi Tumbuhan Lanskap
Selain
daripada yang dinyatakan di atas, tumbuhan lanskap mampu
menyediakan
pemandangan yang baik dan indah serta memberikan
faedah kepada
masyarakat dan negara dari segi rekreasi,
kesihatan,
pendidikan dan pelancongan.
TOPIK
4 MENINGKATKAN DAYA IMAGINATIF KANAK-KANAK
4.1
kanak-kanak perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian
untuk dapat
merangsang daya imaginasi mereka. Kreativiti dapat
dihasilkan
dengan memanipulasikan objek alam.
4.1.1 Pelbagai
Jenis Alat dan Media
(a) Alatan
Asas
Alatan-alatan
asas seperti kertas lukisan, berus, warna dan krayon.
(b) Gambar
Gambar-gambar
foto ini bolehlah digunakan daripada imej yang
pelbagai,
contohnya gambar keluarga, haiwan, bangunan,
pemandangan
dan pelbagai lagi objek alam yang lain. pelajar
meniru imej di
dalam foto untuk dimanifestasikan di dalam
karya lukisan
mereka.
(c) Rakaman
Video dan Penggunaan ICT
guru boleh
menggunakan rakaman video dan menayangkan kepada
para pelajar
di bilik media atau bilik pandang dengar yang terdapat
di
sekolah-sekolah.
Penggunaan ICT
merujuk kepada penggunaan alatan digital dan
elektronik
dengan memanipulasikan perisian-perisian yang
ada.
penggunaan komputer, pengimbas, kamera digital,
pencetak dan
Internet pembelajaran yang lebih kreatif dan
menyeronokkan.
4.2
PENGALAMAN DERIA
Setiap insan
normal mempunyai lima deria iaitu deria rasa,
deria bau,
deria dengar, deria lihat dan deria sentuh.
Penggunaan
deria yang baik akan dapat melahirkan kanak-kanak
yang mampu
membuat pemerhatian secara aktif, dan ianya
menggalakkan
interaksi yang kritis dan kreatif dengan alam, alat
dan bahan.
4.2.1 Cara
Belajar
4.2.1.1
Belajar Secara Visual
Pelajar
visual, secara amnya, dapatlah diklasifikasikan sebagai
pelajar yang
gemar menggunakan deria penglihatan lebih daripada
deria yang
lain untuk mendapatkan maklumat semasa proses
pembelajaran
berlaku. Pelajar di dalam golongan ini lebih
cenderung
menggunakan maklumat bertulis, nota, diagram dan
gambar.
4.2.1.2
Belajar Secara Auditori
Pelajar
auditori mendengar dengan tekun untuk memahami, dan
proses menulis
nota dilakukan kemudian. Adakalanya pelajar
auditori tidak
memahami maklumat bertulis dan perlu mendengar
dengan sendiri
penjelasan guru.
4.2.1.3
Belajar Secara Kinestetik
Pelajar
golongan ini dapat belajar dengan lebih efektif melalui
sentuhan dan
pergerakan. golongan ini memerlukan aktiviti yang
lebih
berbentuk hands-on.
TOPIK
5 KREATIVITI DAN KANAK-KANAK
5.1
KREATIVITI
Lowenfeld
(1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan
kreatif.
Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanakkanak
yang gemar
meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin
tahu.
5.2
PENGERTIAN KREATIVITI
Kreativiti
berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare”
yang
membawa maksud
“membuat”. Manakala daripada perkataan
Greek pula “creare”
bermaksud “memenuhi’.
Kamus Dewan,
(2002)
mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan
(kebolehan)
mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif
pula sebagai mempunyai
kebolehan mencipta, menghasilkan
dan
mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.
Kesimpulannya
kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan
seseorang
menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada
juga pendapat
yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai
penghasilan
sesuatu yang tidak ada sebelumnya.
5.3
PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI VISUAL MENGENAI
KREATIVITI
Ellis Paul
Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance
merupakan
penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam
bidang
kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannya di dalam mendalami
bidang ini
telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan
beliau telah
diiktiraf
dengan gelaran Bapa Kreativiti.
June King
McFee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan
seseorang
mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama
mampu untuk
mengolah idea.
Carl Rogers
telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas
kepada
individu yang sihat, yang dapat berfungsi dengan
sepenuhnya
dalam kehidupan. Kelima-lima faktor tersebut ialah
keterbukaan
kepada pengalaman, cuba menikmati kehidupan yang
dialaminya,
menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan
akhirnya
menjadi individu kreatif. Beliau percaya bahawa individu
yang bebas dan
mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba
menyumbang
kepada insan serta makhluk lain di persekitarannya.
Sumbangan ini
boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam
bidang seni
ataupun sains,
Victor
Lowenfeld - menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid
itu boleh
diukur melalui empat omponen utama iaitu
kelancaran,(
secara spontan serta pantas )
fleksibel,
(mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan
situasi )
keaslian
(mencari idea baru dan asli )
kepekaan.
(Penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa,
mendengar,
menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya
sebagi proses
engamatan dan merekod.)
TAHAP
PERKEMBANGAN KREATIVITI
5.4.1
Perkembangan Kreativiti Fisher
(a) Peringkat
Rangsangan
Pemikiran
kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa,
bagaimana dan
sebagainya. Guru perlu merangsang minda pelajar
dengan
pelbagai
soalan kritikal.
(b) Peringkat
Penerokaan
Peringkat
rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk
berusaha
menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau
permasalahan
yang timbul.
(c) Peringkat
Perancangan
Peringkat ini
menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan
memetakan
semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan.
Aktiviti pada
peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu:
• Perancangan
secara verbal iaitu perancangan melalui
perbincangan,
pemerhatian,
interaksi dan sebagainya.
• Perancangan
secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej
lukisan dan
sebagainya.
(d) Peringkat
Aktiviti
Pemikiran
kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan
pemikiran
kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti.
Pada peringkat
ini segala perancangan dibantu melalui persoalanpersoalan
seperti ‘’Bagaimana
harus kita mengambil tindakan ke
atas cadangan
tersebut?’’
(e) Kajian
Semula
Peringkat ini
menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi
proses
penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja.
Murid-murid
digesa untuk memberikan pendapat dan komen
terhadap apa yang
telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.
Laura H.
Chapman – 3 kaedah diperkenalkan :
(a) Kaedah
Penjanaan Idea (Inception of Idea)
Di dalam
menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan
tujuan
penghasilan karya. guru dimestikan untuk membimbing
pelajar dalam
menetapkan hala tuju penghasilan karya selain
menerangkan
kaedah menjana idea.
(b) Pengolahan
dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement)
Proses
pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi
mendapatkan
kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun.
Proses ini
digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau
visual yang
hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema
dan objektif
penghasilan.
(c) Kemahiran
Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)
guru perlu
membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan
dan teknik
penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan
melalui
demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh
murid
mempunyai makna dan nilai tersendiri.
Calvin
W. Taylor
(a) Kreativiti
Bersifat Ekspresif
Kreativiti
bersifat ekspresif berlaku secara rawak dan bebas.
Keadaan ini
boleh dilihat melalui lukisan kanak-kanak yang
dihasilkan
secara spontandan bebas mengikut kemampuan yang
sesuai dengan
perkembangan fizikal mereka yang belum stabil.
Penghasilan
lukisan pada peringkat ini banyak digambarkan melalui
garisan dan
contengan mudah.
(b) Kreativiti
Melalui Penghasilan
guru membantu
murid untuk menambahbaik kemahiran sedia ada
kepada kaedah
yang lebih sistematik dan tersusun.
(c) Kreativiti
Bersifat Inventif
Kreativiti
bersifat inventif merujuk kepada keupayaan mencipta
benda atau
objek melalui proses eksprimentasi. Peranan guru pada
peringkat ini
adalah memberikan motivasi dan galakan supaya
pelajar tidak
cepat bosan dan putus asa.
(d) Kreativiti
Bersifat Inovatif
Peringkat ini
melibatkan modifikasi kepada konsep-konsep asas
sedia ada
kepada idea baru yang lebih bermakna. pelajar mula
bertindak luar
dari kaedah konvensional dan menghasilkan alternatif
bagi setiap
perancangan.
(e) Kreativiti
Bersifat Emergen
Ini merupakan
bentuk kreativiti tertinggi di mana keseluruhan prinsip
formal
diterjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak dan
mudah. Sebagi
contoh, figura manusia digambarkan tanpa
menitikberatkan
bentuk formal dan bentuk asalnya oleh kanakkanak
apabila
melukisCIRI-CIRI KREATIVITI
(a) Bersifat
Fleksibel
Seseorang yang
kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya
dalam pelbagai
keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan
optimis.
(b) Sensitif
dan Peka
Individu ini
mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap
keadaan
sekelilingnya termasuk gaya hidup, keperluan,
persekitaran
dan turut sensitif menggunakan deria.
(c) Gagasan/Idea
yang Asli dan Tulen
Seseorang yang
dikategorikan sebagai kreatif sering kali
mengutarakan
idea dan
gagasan yang
asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil
cedokan
daripada
mana-mana
sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak
stereotaip dan
juga
tidak
kovensional. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan
karya mengikut
cetusan rasa.
Hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza
daripada yang
biasa.
(d) Bersifat
Terbuka
Mempunyai
sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan
pendapat orang
lain mengenai
hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap
bebas serta
demokratik.
(e) Logik
Murid-murid
peka dan sering berfikir secara logik dan rasional.
Mereka tahu
membezakan
yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa
mereka juga sangat
menghormati
masa.
(f) Berfikiran
Bebas
Golongan
kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak
terkongkong
pada satusatu
perkara
sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar
projek dan
perkara yang
dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada
kebiasaannya
mereka ini
sangat
berhati-hati dan bijak membuat keputusan.
5.6
STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI
5.6.1 Kaedah
Sumbangsaran (Brainstorming)
(a) Kaedah
Pertama
Elakkan
membuat penilaian, terutama semasa proses awal
sumbangsaran.
Ini boleh membantutkan usaha murid untuk
menyalurkan
idea kerana khuatir idea yang diberikan tidak mampu
dilaksanakan.
(b) Kedah
Kedua
Elakkan
pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana
apabila idea
dan saranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan
ianya akan
menyebabkan perasaan ego wujud lalu mengurangkan
kerjasama di
kalangan murid. Keadaan ini biasanya mewujudkan
suasana tegang
kerana mereka cuba untuk mempertahankan idea
dan secara
tidak langsung menyebabkan kesukaran untuk
memperbaiki
idea tersebut.
(c) Kaedah
Ketiga
Menjelaskan
kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk
meminjam idea
dan cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan
dalam proses
kemudiannya.
(d) Kaedah
Keempat
Menggalakkan
sumbangsaran idea yang luar biasa yang
kadangkala
tidak masuk akal. Galakan sebegini akan merangsang
murid untuk
berfikir luar daripada kemampuan supaya murid
mempunyai idea
menarik, tidak bersifat konvensional dan bersifat
biasa sahaja.
Teori
Perkembangan Kreativiti Paul Torrance
proses memupuk
dan mengembangkan kreativiti para pelajar.
(a) Penyoalan
Rangsangan
melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni.
(b) Penemuan
Proses
penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikan
galakan dan
rangsangan oleh guru kepada murid bagi
menggalakkan
penemuan-penemuan terbaru melalui penyelidikan
dan kajian.
(c) Pemerhatian
proses
pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deria pengamatan
semata-mata
malahan proses pemerhatian turut melibatkan deria
yang lain
seperti deria sentuhan, dan sebagainya.
(d) Percubaan
Percubaan
merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkan
hasil terbaik.
Individu yang kreatif akan terus bereksperimentasi bagi
mendapatkan
kesan dan hasil yang dikehendaki.
(e) Penerokaan
Penerokaan
atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk
memanipulasi
pelbagai barangan dan alat yang terdapat di
sekeliling.
(f) Memanipulasi
murid mampu
menggunakan objek dan bahan yang terdapat di
sekeliling
untuk dijadikan hasilan seni. Dalam konteks pendidikan
seni visual
usaha ini mengajar pelajar supaya lebih
berjimat dan
mengelakkan pembaziran.
(g) Aktiviti/Bermain
Kreativiti
boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanakkanak,
masa bermain
merupakan masa yang penuh dengan
keseronokan
dan cabaran. Justeru, rangsangan perlu diwujudkan
melalui
permainan berbentuk akademik. Sebagai
contoh, guru
boleh menggalakkan aktiviti seperti membuat mural di
sekolah.
5.7
MENINGKATKAN MOTIVASI
Strategi dan
saranan yang boleh digunakan oleh guru bagi
menyuburkan
proses kreativiti.
(a) Memilih
Bahan dan Alat
Murid
seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan
alatan yang
boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual.
(b) Masa
Rancang
pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid
mempunyai masa
yang cukup untuk berfikir, membuat
eksperimentasi,
dan meneroka.
(c) Rangsangan
Pamerkan hasil
karya murid sebagai satu bentuk sokongan
berterusan.
Pameran
hasil karya
murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan
banyak lagi
hasil
karya seni
visual.
(d) Pengajaran
dan Pembelajaran Fleksibel
Guru
pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka
seharusnya
bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut
minat idea dan
cadangan daripada murid.
(e) Hormat-menghormati
Guru
pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati
murid dan
menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan
(f) Memberikan
Galakan dan Motivasi
Elakkan
daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah
semangat dan
tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya.
(g) Penghargaan
Galakkan dan
berikan penghargaan kepada murid di atas usaha
dan komitmen
yang mereka berikan di dalam kelas.
TOPIK
6 ESTETIKA DAN KANAK-KANAK
6.1
DEFINISI ESTETIKA
- perkataan
Greek iaitu aisthetikos –merujuk kepada perkaraperkara
yang berkaitan
dengan persepsi deria.
- Bagi Bates
(2000), - satu kajian falsafah yang berkaitan dengan
kecantikan.
- Gazalba
(1978) - satu cabang ilmu normatif yang membawa nilainilai
kecantikan dan
kebaikan.
- Lankford
(1992) – satu konsep dan kaedah di dalam falsafah seni
termasuk
persoalan yang bermatlamat untuk menerangkan dan
memahami
pengalaman estetik yang berkaitan dengan
perkembangan
artistik dan penghasilan produk.
- Ragans
(2000) - menilai hasil karya bukan sahaja dilihat pada
kecantikan
karya tersebut malahan ia juga perlu dilihat dari sudut
kejayaan
sesuatu karya,
Di dalam
pengajaran pendidikan seni visual, istilah pendidikan
estetik
digunakan merangkumi pelbagai bidang penghasilan hasil
karya seni
seperti arca, lukisan, catan dan sebagainya. Pendidikan
estetik juga
menjelaskan persoalan estetik yang merujuk kepada
perbincangan
berkaitan dengan penghuraian makna dan simbolik
penghasilan
karya seni.
- Abdul Shukor
Hashim (1991) yang melihat setiap pengalaman
pembelajaran
sebagai pengalaman estetik.
- Guru
pendidikan seni visual boleh menggunakan kemahiran ini
untuk membantu
pelajar memahami hasil karya yang dihasilkan
selain
menghurai persoalan mengapa karya seni dihasilkan dan
kepentingan
menghargainya.
6.2
PERKEMBANGAN ESTETIK DAN TEORI KECANTIKAN
Konsep
Relativist- Faktor utama adalah persekitaran
individu,
nilai, budaya
serta cara hidup seseorang individu pada satu-satu
masa.Pandangan
golongan relativist atau individu terhadap
kecantikan
adalah subjektif dan abstrak. Penghuraian dan makna
kecantikan
tidak terletak pada objek tetapi pada persepsi seseorang.
Konsep
Objektivist- sangat bertentangan dengan konsep relativist.
Konsep objektivist percaya bahawa kecantikan
sememangnya
telah sedia ada bersama karya seni dan bukan terletak pada persepsi seseorang.
Kecantikan dapat
dibahagikan
kepada kriteria tertentu seperti yang terdapat di dalam
elemen dan
prinsip-prinsip dalam seni seperti harmoni, rentak, warna, keseimbangan dan
sebagainya.
6.3
ESTETIK DAN KANAK-KANAK
-
perasaan kanak-kanak mudah tertarik dengan perkara
baru
menjadikan mereka sebagai golongan yang unik dan luar biasa- Lowenfeld (1975) –
perkembangan estetik kanak-kanak
bersesuaian
denagn kretaiviti dipengaruhi oleh faktor tumbesaran
dan
persekitaran yang membentuk ciri-ciri dan corak pemikiran.
Tindak balas
estetik bagi kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor
umur,
pengalaman serta latar belakang dan budaya.
6.4
TINDAKBALAS ESTETIK- tindak balas spontan terhadap karya. Ianya berlaku melalui hasil
karya dan juga melalui pengamatan terhadap alam.
(a) Kualiti
Literal atau Imitanionalism
- keupayaan
pengkarya untuk menghasilkan
karya secara
realistik melalui peniruan alam sekeliling
Sebagai
contoh, pengkarya yang melukis imej realistik
penunggang
kuda, kualiti literal pada lukisan ini adalah
imej lelaki yang
menunggang kuda tersebut yang
ditonjolkan
secara realistik.
(b) Kualiti
Rekaan atau Formalism
-kaedah
menyusun elemen dan prinsip seni di dalam
sesuatu karya.
Sebagai contoh, bagaimanakah artis atau pengkarya mengutamakan elemen imbangan,
garisan, ritma
dan sebagainya.
(c) Kualiti
Ekspresif atau Kualiti Emosi
-menghuraikan
makna karya dari aspek meningkatkan
dan melihat
tindak balas emosi, mood dan idea
penonton yang
mengamati karya.
6.5
MERANSANG PERKEMBANGAN DAN
TINDAKBALAS
ESTETIK KANAK-KANAK
-
Koster (2001) - kanak-kanak perlu dirangsang
dengan
aktiviti yang dirancang rapi dan tersusun
supaya tindak
balas semula jadi estetik yang dimiliki oleh kanak-kanak selari dengan
peningkatan umur
mereka.-
Peranan guru
(a) Memilih
Karya Berkualiti
-mempunyai standard
dan kualiti yang tertentu dalam jenisnya.
(b) Mempunyai
Kepelbagaian Media dan Teknik
- mempunyai
kepelbagai teknik dan media
penghasilannya
seperti memilih karya arca, kolaj, lukisan dan tidak tertumpu hanya kepada
catan
sahaja.
(c) Kepelbagaian
Gaya, Budaya dan Artis
-memilih karya
kontemporari dan moden yang
dihasilkan
oleh artis daripada pelbagai etnik dan latar belakang termasuk pengkarya muda
dan artis wanita.
(d) Mempamerkan
Budaya
-mencerminkan
warisan dan kesenian supaya murid mempunyai perspektif yang luas mengenai
budaya dan kepelbagaiannya.
6.6
KEPENTINGAN MEMPELAJARI ESTETIK
a) Menghidupkan
Suasana Aktif Pembelajaran
-menggalakkan
interaksi di antara murid dan guru, menjadikan proses pembelajaran lebih
menyeronokkan.
(b) Meningkatkan
Kefahaman terhadap Imej dan Bahasa Visual
- membantu
murid mempelajari gaya bahasa tampak dan memperkayakan mereka dengan
istilah-istilah baru.
(c) Menyemai
Kefahaman terhadap di antara Satu Sama Lain
- murid
memahami bahawa karya yang dihasilkan mempunyai makna berbeza.
(d) Meningkatkan
Keupayaan Pemikiran
- pelajar
perlu membuat perbandingan, perbezaan. menganalisa dan menilai karya. Kesemua
ini membantu murid
mengerakkan
daya pemikiran mereka.
TOPIK
7 APRESIASI SENI
DEFINISI
DAN KONSEP
- Hurwitz dan
Day (2001), apresiasi bermaksud ‘menghargai’
dan pemahaman mengenai konsep apresiasi seni adalah melalui
pencarian dan
penyaluran maklumat yang terdapat pada karya
- Konsep
apresiasi seni sebenarnya antara lain bertujuan untuk membina keyakinan
seseorang untuk berbincang dan menghurai
serta membuat
diskriminasi terhadap karya seni.
- Seabolt
(2001) - aktiviti kritikan seni melibatkan perbincangan dan diskusi mengenai
sesuatu karya seni manakala apresiasi seni
- aktiviti
menghayati seni dengan melibatkan pengetahuan berkaitan dengan sejarah seni dan
perbincangan serta diskusi
mengenai seni.
- Johari Abdul Hamid, 2004-Apresiasi seni mengajar pengkritik dan
pemerhati seni
menghargai rasa dan perasaan seniman.
KATEGORI
APRESIASI SENI
-
Walter dan Clive Bell yang menyatakan bahawa penghayatan
dan apresiasi
seni tidak memerlukan pengetahuan mengenai idea
- Dewey dan
Otto Krash - pengetahuan asas seni boleh membawa
kepada
kefahaman terhadap karya seni,
- Ecker (1966)
kategori utama dalam apresiasi seni ialah apresiasi
bercorak
analitikal. Apresiasi analitikal adalah satu kaedah bagi
melihat aspek
penghasilan karya seni visual. Kategori apresiasi
bercorak
analitikal ini disusun dari konsep mudah kepada yang lebih kompleks.
Peringkat
Analitikal
(a) Kenal
Pasti (Identification)- Aspek
kenal pasti yang paling mudah ialah menyatakan aspek-aspek seperti tajuk karya,
jenis
karya, pereka
atau seniman karya, tarikh dihasilkan, asal-usul karya, gaya, medium yang
digunakan, teknik dan fungsi karya.
Peringkat
Penerangan
(a) Penerangan
Literary (Literary Description)
Penerangan
literari digunakan ke atas karya seperti potret, landskap, lukisan objek dan
lain-lain. Contohnya, karya Monalisa
menggambarkan
seorang wanita yang sedang terukir senyum di bibirnya. Penerangan literari ini
terbahagi pula kepada dua bahagian iaitu penerangan teknikal dan penerangan
formal.
(b) Penerangan
Teknikal (Technical Description)
Penerangan
teknikal merujuk kepada aspek teknikal dalam penghasilan karya seni. Proses ini
termasuk perkara-perkara seperti penggunaan teknikal dan bahan-bahan oleh
pengkarya.
(c) Penerangan
Formal (Formal Description)
Penerangan
formal merujuk kepada struktur fizikal karya seni iaitu
perkara-perkara
yang berkaitan dengan apa yang dilihat. Ini termasuklah aspek warna, garisan,
jalinan, bentuk, rupa dan lainlain.
Organisasi
rekaan seperti imbangan, susunan,
ritma, dan
prinsip-prinsip serta elemen seni yang lain.
TOPIK
8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI (ICT), MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
TEKNOLOGI
MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)
Definisi
ICT
-
Senn (1998)
Teknologi
maklumat dan komunikasi merangkumi
pelbagai
teknologi yang disepadukan untuk
memperolehi,
menyimpan dan menyebarkan
maklumat dalam
pelbagai bentuk seperti teks, grafik, audio, animasi dan sebagainya menggunakan
alat-alat elektronik.- Abd. Razak et al., (2000)
Teknologi
maklumat merangkumi apa jua alatan
elektronik
yang membenarkan pengguna menyimpan, menghubung, memproses, mencipta dan menyampaikan
maklumat.
- Keperluan
ICT dalam P&P
• Berupaya
meningkatkan kefahaman dan
penguasaan
pelajar terhadap pengajaran.
• Memberi
peluang pembelajaran yang sekata kepada semua pelajar yang mempunyai pelbagai
keupayaan.
• Meningkatkan
motivasi pelajar.
• Membolehkan
pembelajaran bersendiri (individual learning).
• Membolehkan
pelajar mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
• Membolehkan
pelajar mengumpul maklumat dengan mudah dan pantas.
• Mewujudkan
suasana pembelajaran yang
menyeronokkan
dan mencabar
• Meningkatkan
daya kreativiti dan imaginasi pelajar.
• Memberi
peluang kepada pelajar untuk belajar
secara
berkesan dengan bimbingan yang minimum.
• Meningkat
kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi.
Peranan
ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
• Tutorial
a)Pembelajaran
ekspositori.
b) Demonstrasi
yang ditunjuk dan dikawal urutannya.
c) Latihan dan
latih tubi yang turut dikawal oleh sistem.
Kelebihan
• Mewujudkan
konsep pembelajaran individu.
• Pelajar akan
belajar mengikut kemampuan sendiri.
• Meningkatkan
motivasi pelajar.
• Proses
pembelajaran berjalan tanpa penyeliaan atau
penyeliaan
minimum.
Keburukan
• Kesilapan
pemilihan perisian yang bermutu
mengakibatkan
pembaziran.
• Menghalang
penggunaan kemudahan alatan ICT yang lebih produktif.
• Menjurus ke
arah penyalahgunaan kemudahan ICT.
•
Mengakibatkan lebih banyak masa diperlukan oleh pelajar di dalam mempelajari Penerokaan
(eksploratori)
- pelajar
mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM mahupun Internet dan mengalami,
mempelajari serta mengkaji
sesuatu
fenomena secara simulasi ( inkuiri penemuan )
Kelebihan
• Memberi
peluang kepada pelajar menentukan sendiri haluan dan gaya pembelajaran
masing-masing.
• Penglibatan
sepenuhnya (aktif) dari pelajar dalam pembelajaran
• Memberi
peluang kepada pelajar untuk menangani masalah sebenar.
• Menerapkan
teori pembelajaran moden seperti konstruktivis dan kecerdasan pelbagai dalam
proses pembelajaran.
Keburukan
• Pelajar
berkemungkinan sesat dan hilang haluan tanpa pengawasan yang baik.
•
Mengakibatkan lebih banyak masa diperlukan oleh pelajar di dalam mempelajari
sesuatu.
• Aplikasi
Computer
Aided Design (CAD) merupakan alat aplikasi yang mampu digunakan untuk membantu
pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran.
Kelebihan
• Pelajar
mampu memberikan tumpuan di dalam aktiviti pembelajaran asli.
• Guru boleh
mengemukakan masalah yang akan mencabar minda pelajar.
• Pelajar akan
dapat meningkatkan tahap kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran mereka.
Keburukan
• Tanpa
penerangan dan pengawasan yang baik dari guru, pelajar berkemungkinan untuk
gagal dalam proses pembelajaran mereka.
• Pelajar yang
pelbagai kecerdasan sukar untuk di disatukan.
• Masa yang
diperlukan bagi suatu proses pembelajaran mungkin
sukar untuk
dikawal.
• Komunikasi
membolehkan
pelajar bertukar maklumat dengan sesiapa sahaja
di dunia.
Kelebihan
• Mampu
melaksanakan pembelajaran kolaboratif.
• Mampu
meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses
pembelajaran
melalui peer group yang bersifat global.
• Mampu
berkomunikasi terus dengan pakar dari serata dunia.
Keburukan
• Pelajar
dikhuatiri akan leka berkomunikasi sesama mereka tanpa
memberikan
perhatian terhadap objektif pembelajaran mereka.
• Kos pembelajaran
yang tinggi.
• Masa yang
diperlukan bagi suatu proses pembelajaran lama dan
mungkin
membosankan.
Pendekatan
Persekitaran ICT
-
konsep pembelajaran ‘belajar melalui membuat’ (learning
by
doing)
dan perseorangan (individual).
-
penyepaduannya dengan rangka pengajaran berteraskan
multimedia.
- Internet dan
WWW yang menjadi tulang belakang kepada
lambakan
maklumat memastikan pembelajaran yang dijalankan
benar-benar
bermutu dan efektif.
MULTIMEDIA
DALAM PENDIDIKAN
Definisi
Multimedia
Hofstetetter
(1995)- Multimedia bermaksud integrasi
elemen teks,
audio, grafik, animasi dan video
yang
menggunakan komputer sebagai alat kawalan
persembahan
untuk membolehkan pengguna
mengarah,
berinteraksi, mereka cipta dan
berkomunikasi
agar proses pembelajaran menjadi
lebih
berkesan.
Schurman
(1995)- Multimedia ialah kombinasi
manipulasi,
pengga bung jalin dan pengintegrasian
media seperti
teks, grafik, animasi, audio dan video
dalam suatu
perisian yang direka bentuk di dalam
meningkatkan
interaksi antara pengguna dan
komputer.
empat komponen
utama iaitu:
• Pertama,
komputer dijadikan alat untuk
mengkoordinasikan
apa yang dilihat, didengar dan
seterusnya
berinteraksi dengannya.
• Kedua,
perlunya hubungan untuk menghubungkan
kesemua
maklumat.
• Ketiga,
alat perhubungan diperlukan untuk maklumat
jaringan.
• Keempat,
terdapat kaedah untuk mengumpul,
memproses dan
mengkomunikasikan segala idea dan
maklumat.
Peranan
Multimedia dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
-
Jamalludin dan Zaidatun (2000)
Menerusi multimedia,
dokumen dapat dihubungkan
secara global.
Ianya dapat dilihat menerusi formatnya
yang
interaktif dan merangsangkan, komunikasi
maklumatnya
yang efektif, pengekalan informasinya
yang berkesan,
pemudah cara dalam proses
pengajaran dan
pembelajaran serta membenarkan
pelajar
belajar mengikut kehendak mereka sendiri
- Kurshan
(1991)
Kelebihan dan
keberkesanan aplikasi multimedia
dalam
pendidikan juga turut dapat dilihat berdasarkan
peningkatan
motivasi pelajar, reka bentuk
pembelajaran
yang menepati cita rasa pelajar, sumber
maklumat yang
multisensori, menggalakkan
kebolehan
metakognisi pelajar, mewujudkan proses pembelajaran yang aktif serta susunan
dan gaya pembelajaran yang ditentukan sendiri oleh pelajar.- McGloughlin (1997)
Pengintegrasian
multimedia di dalam pembelajaran berasaskan web mampu meningkatkan minat
pelajar, mengurangkan masa bagi menguasai aplikasi, kos pembangunan yang
rendah, meningkatkan kebolehcapaian dan meningkatkan pemahaman dan pengekalan
informasi dalam ingatan.
- Kulik (1985)
Penggunaan
multimedia juga telah menurunkan purata masa pembelajaran secara berkesan
sebanyak 80 peratus dan sekaligus
meningkatkan
tahap pencapaian pelajar.
Kategori/Elemen
Multimedia
1. Teks
Teks adalah
perkataan yang boleh difahami oleh pengguna.
Merangkumi
muka taip , font , ruang putih , serif ( Times Roman ,
Calistro dll )
, Scans serif ( Arial , Verdana dll) , dekoratif ( font
unsur sastera
lama – Lucida Handwriting dll)
2. Grafik
Grafik adalah
gambar atau ilustrasi.
(a) Resolusi
Ia adalah
darjah kualiti paparan grafik pada peranti output dan peranti input.
(b) Penggunaan
Grafik dalam Aplikasi Multimedia
(c) Format
Utama Fail Imej Digital – GIF , BMP , PICT , JPEG
(d) Sumber-sumber
Grafik – Scanner , kamera digital, Laman
web
( enjin pencari )
3. Audio
Audio adalah
bunyi yang dapat didengar tetapi tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia.
4. Penggunaan
Audio dalam Aplikasi Multimedia
(i) Menarik
perhatian
(ii) Mampu
menarik dan menumpukan perhatian pengguna.
(iii) Meningkatkan
pemahaman dan membantu pengguna mengingati mesej yang disampaikan
(iv) Ia
mensimulasikan deria dalaman pengguna seterusnya
menyampaikan
mesej dalam bentuk yang lebih menarik.
(v) Dapat
mempengaruhi emosi dan cara berfikir
(vi) Untuk
mengilustrasikan idea yang kompleks dan dapat
meningkatkan
konsentrasi penonton.
(vii)
Penggunaan Audio Dalam Aplikasi Multimedia
Terdapat tiga
cara utama penggunaan audio:
(i) Sebagai
muzik latar belakang
• Fail audio
yang dimainkan akan mewujudkan mood untuk persembahan tersebut.
• Akan
menghasilkan keseronokan dan keinginan
(ii) Sebagai
kesan bunyi
• Bunyi akan
memberi perhatian dan arahan kepada pengguna,
pada butang
dan transisi untuk menekankan pada perubahan skrin.
• Kesan-kesan
bunyi ini bersaiz kecil tetapi mempunyai kesan yang menarik.
(iii) Sebagai
suara latar
• Merupakan
bahan sokongan penyampai.
• Digunakan
seminimum mungkin dalam persembahan kerana ianya boleh mengganggu.
• Konsep Audio
Analog dan Digital
(a) Format
Fail Audio – mp3, wave, MPEG , RA / RM
5. Animasi
Animasi ialah
satu proses menghidupkan atau memberikan
gambaran
bergerak kepada sesuatu yang statik agar ia kelihatan hidup dan dinamik.
(a) Animasi
dalam Aplikasi Multimedia
(b) Animasi
2D
Animasi dua
dimensi (2D) dikenali sebagai animasi linear.
(c) Animasi
3D
Animasi 3D
membuatkan objek kelihatan lebih hidup (nyata) berbanding animasi 2D.
6. Video
Video adalah
satu siri skrin yang memuatkan gambar-gambar yang diiringi bunyi-bunyian yang
dimainkan pada kadar yang laju. Contoh : MPEG1 (VCD), MPEG2(DVD) , Quict Time
(Mscintost)
7. Hipermedia
dan Hiperteks
Hiperteks
-dokumen tanpa urutan yang terdiri daripada
teks, audio
dan maklumat visual yang disimpan dalam komputer.
Hipermedia
merupakan media berpautan atau
kombinasi
media. Ianya merujuk kepada perisian komputer yang mengintegrasikan elemen
teks, grafik,
animasi, video
dan audio yang saling berhubungan dalam proses pengaksesan maklumat.
INTERNET
DALAM PENDIDIKAN
Internet
merupakan satu sistem jaringan rangkaian
komputer
antarabangsa yang meliputi seluruh dunia.
World
Wide Web (WWW) pula merupakan sub set kepada sistem internet. WWW merupakan
perkhidmatan
internet yang menghubungkan tapak-tapak yang berada di seluruh dunia melalui
dokumen
hiperteks.
Alamat
Protokol Internet (IP) menggunakan system komunikasi berdasarkan
nombor kepada setiap alamat yang terdiri dari kombinasi nama akaun pengenalan diri
pengguna (user id) dan nama pendaftaran internet komputer (host
name). Sumber Lokasi Uniform
(URLs)
bermula dengan prefiks HTTP (HyperText Transfer Protocol)
yang merupakan standard internet di
dalam menentukan bagaimana mesej dihantar dan bertindak balas.
WAN
(Wide Area Network)
Merupakan
rangkaian komputer yang menghubungkan
beberapa
komputer dalam sesebuah institusi dan meliputi antara satu sama lain
LAN
(Local Area Network)
Merupakan
rangkaian jaringan setempat yang
menghubungkan
beberapa komputer dalam sesuatu kawasan terhad
INTRANET
Merupakan
rangkaian dalaman yang berperanan
sebagai
penghubung bagi sesebuah kumpulan kerja. yang menggunakan pelbagai pengantara
komputer
pada lokasi
yang berjauhan.
Internet
dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Sumber
Statik Maklumat
• Kaedah yang
digunakan untuk mencari sumber-sumber yang
diperlukan untuk
tujuan pengajaran.
• Ianya
bersifat statik dengan mengaplikasikan sumber sedia ada.
Contohnya
penggunaan
kemudahan perpustakaan atau pusat sumber
kurikulum.
Penggunaan
Interaktif Dinamik
• Internet
digunakan untuk menggalakkan suasana dialog antara
pelbagai pihak
yang berlainan yang merupakan komponen penting.
• Ianya
bersifat dinamik memandangkan pengetahuan hanya akan
terhasil
apabila dialog antara individu dilaksanakan.
Bilik
Darjah ke Bilik Darjah
• Kesemua
individu di dalam bilik darjah akan bekerjasama secara
dinamik bagi
menyempurnakan suatu tugasan.
• Organisasi
popular yang mempromosikan projek sebegini adalah
Pendidikan
Antarabangsa dan Rangkaian Sumber.
Individu
ke Individu
• Merupakan
satu lagi bentuk dinamik penggunaan interaktif
menerusi perhubungan
individu ke individu melalui mel-elektronik.
• Pelajar dan
guru boleh bertukar-tukar maklumat serta
pengetahuan
tentang bidang yang diminati.
Individu/Bilik
Darjah kepada Dunia
• Pelajar dan
guru mampu mengendalikan tinjauan menerusi
listservs atau
newsgroup yang terdapat dalam internet.
Penyelesaian
Masalah
• Internet
mampu bertindak sebagai suasana penyelesaian
masalah bagi
tujuan pembelajaran.
• Menerusi
perisian tertentu pengguna internet mampu mengubah
simpanan fail
di dalam sesebuah laman web.
TOPIK
9 PENGURUSAN STUDIO DAN BILIK SENI DI SEKOLAH
KEPERLUAN
ASAS BILIK SENI
(a) Warna
Dinding - Warna-warna yang disarankan adalah warnawarna
terang -
nampak besar selain daripada sesuai untuk
dijadikan
latar
(b) Papan
Buletin - untuk mempamerkan hasil karya pelajar selain
sebagai tempat
untuk menyampaikan maklumat
(c) Cahaya
- menggunakan sinaran cahaya semula jadi dari luar.
(d) Bahan
Pameran Khas - mempamerkan objek semula jadi
yang boleh
membangkitkan rasa ingin tahu.
(e) Zon
Kerja- lokasi murid menghasilkan karya dan menyiapkan
kerja mereka –
meja kerja , bahan seni , warna , jarak yang sesuai
antara
pelajar.
(f) Stor
Penyimpanan - Rak simpanan boleh digunakan untuk menyimpan bahan dan hasil karya
pelajar seperti folio dan buku latihan.
KESELAMATAN
DAN DISIPLIN
(a) Membaca
Label Bahan - mengandungi kandungan yang merbahaya dan boleh membahayakan
kesihatan murid.
(b) Pilih
Bahan Sesuai Mengikut Peringkat Umur -
mengenalpasti
bahan dan alatan yang sesuai dengan tingkatan umur murid.
(c) Mewujudkan
Panduan Keselamatan - Dokumen
keselamatan
disediakan sebagai
peraturan yang
digunakan oleh semua murid untuk mengelakkan kemalangan.
(d) Menggunakan
Bahan Alternatif - mencari bahan dan alat alternatif bagi menggantikan alatan dan bahan
yang tidak selamat. Cth Cat minyak – Cat air/Pewarna berasaskan , Varnish
- Cat tempera Thinner- Acrylic
Pemilihan
Karya
Kriteria
pemilihan karya murid perlu melihat kepada dua perkara iaitu dari sudut
pedagogi (keberkesanan dan penyampaian proses dan kaedah menghasilkan karya )
dan juga nilai estetik (pencapaian objektif
penghasilan
karya – untuk cantik atau sebaliknya ).
Susun
Atur Karya
Karya
2 Dimensi - bahan dan karya 2 dimensi sebuah
panel pameran
diperlukan 4 x 8 ‘
- setiap karya
yang ingin dipamerkan perlu
dibingkaikan
supaya nampak kemas dan menarik.
Karya
3 Dimensi – Meja yang dilapik dengan kain
berwarna boleh
digunakan sebagai tempat untuk
meletakkan
objek dan hasil karya. - disusun mengikut
jenis dan
ketinggian - hasil karya seramik, sejenis
kotak yang
dikenali sebagai pedestal boleh digunakan.
TOPIK
10 PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM
PENDIDIKAN
SENI VISUAL
DEFINISI
PENGUJIAN DAN PENILAIAN
-
Pengujian merujuk kepada keseluruhan proses yang terlibat di dalam
mendapatkan bukti
(evidence)
keupayaan pelajar; daripada menentukan objektif pengujian, merangka soalan atau
tugas, menjalankan ujian, memeriksa atau memberi markah termasuk melaporkan keputusan
ujian kepada pihak-pihak yang terbabit (pelajar, pihak sekolah, pihak
kementerian,
ibu bapa dan lain-lain). Antara bentukbentuk pengujian termasuklah ujian
bulanan,
peperiksaan, pemerhatian, temuduga,
portfolio
serta tugasan-tugasan kelas yang
diberi markah.
- penilaian
merujuk kepada proses menghakimi
sesuatu dengan
tujuan untuk memberi nilai. Dengan maksud yang lebih mudah, seseorang akan menjalankan
penilaian untuk melihat salah satu atau semua daripada perkara berikut:
keberkesanan, kelancaran, fungsi dan
operasi.
Pengujian
Formal dan Tidak Formal
- Antara
bentuk pengujian tidak formal ialah bertanya sama ada pelajar faham apa yang
diajar, membaca isyarat tidak verbal pelajar untuk mengagak tahap pemahaman
mereka, mengadakan sesi soal jawab dalam melihat penguasaan pelajar ataupun
memeriksa latihan dan kerja rumah pelajar.
- Pengujian
formal pula melibatkan pengujian rasmi yang dijalankan oleh guru atau pihak
jawatankuasa pengujian di sekolah. Ianya formal kerana sejumlah masa khusus diperuntukkan
untuk menjalankan ujian berkenaan, semua pelajar akan diuji mengikut prosedur yang
telah ditetapkan, harus mempunyai matlamat dan objektif pengujian, melibatkan pemberian
markah dan keputusan sesuatu pengujian perlu
dilaporkan
kepada pihak-pihak yang relevan.
Pengujian
Formatif dan Pengujian Sumatif
-
Pengujian formatif merujuk kepada sebarang bentuk pengujian yang
dijalankan pada bila-bila masa semasa tahun pembelajaran.
- pengujian
sumatif pula merujuk kepada sebarang bentuk pengujian yang dijalankan pada
akhir tahun pembelajaran.
Rujukan
Norma (Norm-referenced) dan
Rujukan Kriteria(Criterionreferenced)
- Rujukan
Norma ialah satu cara melapor keputusan pengujian dengan menyusun pencapaian
para pelajar di dalam sesuatu kelas
mengikut
norma. Dalam erti kata lain,
para pelajar
disusun mengikut pencapaian markah mereka.
- Rujukan
Kriteria merujuk kepada pencapaian atau penguasaan
seseorang
pelajar berdasarkan kriteria-kriteria pengujian yang
telah
ditetapkan - Sekiranya ada kriteria yang pelajar masih lemah,
guru boleh
memfokuskan
pengajaran
untuk kriteria tersebut kemudiannya.
Rubrik
Analitikal dan Rubrik Holistik
- Rubrik
analitikal merujuk kepada panduan pemarkahan yang
selalunya
digunakan untuk pengujian formatif. guru dapat melihat
bidang
(kriteria) yang dapat dikuasai oleh pelajar dengan baik dan
bidang
(kriteria) yang memerlukan pembaikan.
- Rubrik
holistik selalunya digunakan di dalam pengujian sumatif
untuk melihat
kepada pencapaian pelajar secara menyeluruh.
Pengujian
Tradisional dan Pengujian Alternatif
- Pengujian
tradisional merujuk kepada sebarang bentuk pengujian
bertulis yang
melibatkan penggunaan pen dan kertas.
- kebanyakan
pengujian yang dijalankan adalah
berbentuk
alternatif. Contoh-contoh pengujian alternatif di dalam
bidang seni
visual ialah portfolio, buku kerja kajian (research
workbook) dan juga pengujian berasaskan prestasi (performancebased
assessment)
seperti kerja kumpulan, demonstrasi dan pembentangan pelajar.
KAEDAH-KAEDAH
PENGUJIAN DI DALAM
PEMBELAJARAN
SENI VISUAL
Hurwitz dan
Day (2001) menyenaraikan beberapa ciri-ciri
pengujian
alternatif.
1. Menilai
pelajar berdasarkan tugasan yang berdasarkan keperluan disiplin bidang seni
visual.
2. Mengambil
kira pengetahuan dan kemahiran secara holistik dan tidak melihat daripada
fragmen-fragmen yang berbeza.
3. Menghargai
pencapaian pelajar di dalam sesuatu pengujian, kerana pencapaian yang rendah
sekalipun tetap menjadi indikator kepada sesuatu penguasaan.
4. Melihat
kepada proses dan hasil pembelajaran.
5. Mendidik
pelajar supaya menguji pencapaian
sendiri.
6. Mengajar
pelajar untuk memperkenal, membentang dan mempertahankan hasil karya mereka di
hadapan umum.
- Pemerhatian
boleh dilakukan oleh guru untuk
pengujian
formal (bermarkah) ataupun pengujian tidak
formal (untuk
meningkatkan proses pembelajaran).
-
Temuramah - Temuramah dapat membantu guru
dalam memahami
masalah yang mungkin dialami oleh
pelajar di
dalam kelas, melihat tahap pemahaman
pelajar
terhadap sesuatu dan boleh digunakan
sebagai satu
cara untuk mendekati diri
pelajar.
- Perbincangan
- Perbincangan boleh melibatkan sekumpulan pelajar dan ini mengelakkan
pelajar
daripada
merasa gemuruh ketika diuji.
- Pengujian
Berasaskan Persembahan
(Performance-based
Assessment) - pelajar
melakukan
sesuatu sama ada demonstrasi,
pembentangan
dan lain-lain.
-
Maklum Balas- Borang maklum balas atau
questionnaire
boleh diaplikasikan untuk menggantikan ujian bertulis, dan bentuk
soalan yang ditanya adalah soalan tertutup
Portfolio
- Kesemua hasil kerja pelajar – karya seni, latihan, tugasan bertulis,
nota, dan sebagainya dikumpul dan disusun dengan sistematik di dalam folder
yang berupa fail.
PENGUJIAN
KEMAJUAN KANAK-KANAK DALAMPENDIDIKAN SENI
1. Adakah
kanak-kanak gembira dengan pengalaman pembelajaran positif di dalam kelas?
Adakah suasana pembelajaran selari dengan matlamat belajar kanakkanak?
2. Perlukah
sebarang perubahan dibuat di dalam
proses
pembelajaran kanak-kanak? Adakah strategi pengajaran juga perlu diubah? Adakah
meletakkan kanak-kanak di dalam gerak kerja kumpulan memberi lebih manfaat
daripada bekerja secara individu?
3.
Bagaimanakah kanak-kanak belajar?
Bagaimanakah
cara kanak-kanak belajar dapat
dikaitkan
dengan harapan guru untuk pelajar?
Bagaimanakah
ini dapat dikaitkan dengan harapan pelajar? Dan apakah pula harapan kanak-kanak
terhadap diri mereka sendiri?
4.
Bagaimanakah guru boleh menjadi lebih berkesan?
Bagaimanakah
keputusan yang tepat dapat dilakukan untuk memperbaiki kemajuan kanak-kanak?
5.
Bagaimanakah guru dapat berkomunikasi dengan berkesan tentang kekuatan dan kelemahan
pelajar dalam seni?
Bagaimanakah
guru dapat menghebahkan dengan relevan pencapaian pelajar kepada guru lain,
pentadbiran sekolah dan juga ibu bapa?
PENGUJIAN
HASIL KREATIVITI KANAK-KANAK
-
pengujian lebih merupakan pengukur kepada kemampuan guru
menfasilitasi
pembelajaran, lebih daripada ukuran kemajuan dan pencapaian pelajar.
- luahan
kreatif pelajar mestilah sentiasa digalakkan walaupun ianya mungkin agak sukar
untuk dinilai.
- tahap
kreativiti yang ditetapkan oleh guru bukanlah di standard yang sangat tinggi,
dan biarlah bersesuaian dengan pelajarpelajar
di dalam
kelas.
- cara
mengaplikasikan kemahiran teknikal dan prinsip-prinsip seni pada sebarang
medium seni.
PENGUJIAN
DI DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH SENI
-
Sekiranya pengajaran bertujuan untuk membantu pelajar mengenali
ciri-ciri seni Cina, pengujian pelajar juga perlulah menjurus ke arah itu.
PENGUJIAN
ESTETIKA DALAM SENI
-
mengkaji konsep-konsep asas di dalam pembentukan seni, kecantikan,
kualiti seni serta takrifan seni yang dapat diklasifikasikan sebagai aspekaspek
estetika.