Takziah..........perkataan keramat itu saja yang acap kudengar bermula detik ayah pergi.Aku mula fobia dengan perkataan tersebut.
Hari Jumaat , 20hb September ,anggaran pukul 2 petang...tubuh ayah kurasakan dingin dalam bahang panas waktu itu.Hati terdetik kecil...apakah ayah sudah meninggalkan kami sekeluarga?
Namun kugagahi merasa nadi ayah.Tiada lagi denyut walau tadi selang beberapa minit tadi nadinya masih ada walau kurasakan teramat lemah.
Air mata mula berjurai membasahi kelopak mata.Apakah,apakah aku juga akan merasai pengalaman seperti orang lain.......menghadapi kematian insan tersayang??
Bagaimana aku akan menghadapinya....bagaimana ya Allah??
Telahan aku benar.....ayah telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya .Aku redha..walau hati berbaur pelbagai rasa yang aku sendiri keliru....entah apa perasaan itu....sukar aku bayangkan dan ungkapkan walau dengan sebaris ayat yang selalu aku ucapkan mudah kepada anak didikku ketika mengajar.Aku menjadi kelu...relakah aku ayah pergi...redhakah aku....Masyallah...aku terlalu jauh membiarkan perasaan menguasai fikiran sedar..
Ayah, disahkan meninggal dunia setelah terbaring akibat kemalangan lima tahun lalu. Sejak itu kamilah adik beradik bergilir-gilir menjaga ayah.Namun kakak dan adikku yang banyak menjaga ayah.Setiap hari mereka menjaga ayah.Aku tinggal berasingan dengan rumah ayah setelah berkeluarga.
Namun aku pilu sendiri kerana mungkin secara kebetulan ayah mendapat kemalangan pada tarikh hari lahir anak sulungku iaitu 13 Mac dan ayah meninggalkan kami pada tarikh kelahiran anakku yang ke 3 iaitu 20.9......Rencanamu amat tersirat ya Allah....
Ampunkan kami ..anak-anakmu tak mampu untuk menjagamu dengan lebih baik seperti mana yang engkau dan ibu laksanakan ketika membesarkan kami adik beradik.
Ampunkan kami , ayah....
Ya Allah ..tempatkan ayah di kalangan para solihinmu...Al Fatihah..