Thursday, March 11, 2010

Jenayah ke atas kanak-kanak.

Mutakhir ini banyak kes jenayah yang dilakukan ke atas kanak-kanak yang tidak berdosa.Hati ini bagi dihiris-hiris apabila melihatkan tubuh comel kanak-kanak diperlakukan seperti binatang .Tidak cukup dipijak,ditendang malah tergamak tubuh mereka diperlakukan sekejam-kejamnya.
Lebih menyedihkan penjenayah terdiri daripada golongan yang dikenali serta rapat dengan mangsa.Ibu dan bapa kandung,ibu dan bapa tiri,abang,datuk,penjaga,teman lelaki/wanita kepada bapa/ibu merupakan pelaku yang dikenalpasti terlibat dalam jenayah ini.
Cuba kita renungkan,sepatutnya tubuh , wajah comel mereka dibelai dengan kasih sayang dan bukannya sebagai tempat untuk melepaskan nafsu,dendam serta geram .Paparan menerusi akhbar,televisyen dan radio cukup memilukan seolah nyawa mereka tiada nilai malah cukup rapuh di mata, hati penjenayah.

Rentetan kes kematian adik Safiya dan beberapa orang lagi sepatutnya dijadikan penamat kepada keganasan yang berterusan ini.Penderaan ke atas mereka seakan-akan berita panas yang bermusim .Setiap kali membuka akhbar, ada saja berita yang sering mencengkam perasaan kita.Di mana silapnya?
Di sini saya gariskan beberapa faktor yang menjurus kepada perlakuan jenayah ini.Antaranya :

1.Jahil terhadap ilmu agama
2.Pengalaman lampau penjenayah
3.Tekanan perasaan
4.Berada di bawah pengaruh dadah
5.Tidak siuman secara berkala
6.Mempunyai moraliti yang rendah
7.Kemiskinan yang melampau
8.Sikap tidak prihatin masyarakat
9.Perasaan ibu /bapa yang kecewa dengan pasangan masing-masing

Namun apa yang saya ingin ketengahkan di sini ialah sikap dan peranan masyarakat terhadap kes-kes sebegini .Pada pandangan saya Safiya(kurang pasti nama sebenar) tidak akan meninggal dunia jika masyarakat sekeliling ialah masyarakat yang amat prhatin dan mengambil berat terhadap jiran tetangga.Bukan bermaksud mengambiltahu itu ialah menjaga tepi kain orang lain.Masyarakat kita telah lama menjunjung pepatah "jangan menjaga tepi kain orang" .Mungkin pepatah ini harus dibuang jauh-jauh dan kita mesti tanamkan sikap prihatin terhadap masyarakat sekeliling tambah-tambah pula jika terdapat kes-kes seumpama di kejiranan kita.
HOT NEWS