Monday, December 28, 2009

Apa tu bacaan intensif?

Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Di samping itu ia memberi tekanan kepada kajian-kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid.
Bacaan intensif melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan. Biasanya, ia dilakukan berdasarkan petikan yang pendek-pendek untuk mengkaji pola-pola kalimat, latihan kosa kata, telaah kata, diskusi umum dan sebagainya. Teks bacaan yang benar-benar sesuai sahaja yang digunakan, iaitu yang dipilih secara berhati-hati dengan mengambil kira bentuk dan isinya. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan intensif ini adalah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa. Dalam membaca telaah isi ini, membaca teliti, membaca pemahaman, membaca kritis dan membaca idea adalah ditekankan. Sementara dalam membaca telaah bahasa, aspek-aspek yang menyangkut bahasa ditegaskan.
Setelah murid-murid memperolehi asas yang kukuh dalam kemahiran membaca, mereka hendaklah dilatih untuk membaca dengan lebih mendalam dan meluas. Mereka bukan hanya setakat boleh membaca kuat, menyebut perkataan-perkataan dengan jelas dan tepat, menggunakan intonasi, gaya dan tekanan yang betul tetapi mereka juga harus boleh memaham dengan baik apa sahaja yang dibaca. Untuk mencapai maksud ini latihan bacaan intensif boleh dilaksanakan..
(Diedit dari sebuah artikel)

Thursday, December 17, 2009

Cucur Jagung

Cucur Jagung (untuk 2 orang)












Bahan-bahan:

Tepung gandum 2 cawan
2 tongkol jagung(Amik isinya ja)
daun bawang/bawang goreng instant)
5-6 ekor udang
Serbuk kunyit (sket jaa...nak warna cantik)
1/2 sudu kecil Serbuk maggi cukuppp rasa/MCR
Sebiji telur
Garam
Air
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara nak buat:
1.Tepung gandum dibancuh dgn air.Jangan sampai lembik ..ceduk n angkat..kalau turun lambat2 dari sudu ..ok lah tu....tapi kalau nak lembut lagi..boleh tambah air .
2.Masukkan jagung,daun bawang yang dipotong anggaran 1/2c,.bawang goreng dan serbuk kunyit.Kacau rata.
3.Masukkan garam dam serbuk MCR.
4.Sudukan dan goreng dalam minyak panas.
5.Apabila warna cucur agak kekuningan..angkat dan toskan .
5.Taadaaa....siappp dihidang.
HOT NEWS